Now Reading
Jenama ‘Gummy Bears’ HARIBO Perkenal Rasa Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun Ke-100

Jenama ‘Gummy Bears’ HARIBO Perkenal Rasa Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun Ke-100

HARIBO bakal menganjurkan sebuah acara fizikal di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid Mall bermula 7 hingga 13 November 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


HARIBO – pelopor pasaran global bagi gula-gula getah dan pencipta beruang getah pertama dunia memulakan sambutan ulang tahun ke-100 produk perasa manis asli Goldbears.

HARIBO akan menandai pencapaian ini dengan memperkenalkan perasa Goldbears edisi terhad dan promosi hari jadi yang akan melibatkan pemberian hadiah dan acara fizikal.

Popularitinya yang tidak pernah pudar sejak 100 tahun lalu dalam kalangan tua dan muda adalah bukti terhadap rasa enak dan ketekalan kualiti gula-gula getah yang dihasilkan


HARIBO Perkenal Perisa Sempena Hari Jadi Terbaharu Untuk Masa Terhad!

Bagi menandakan sambutan ulang tahunnya, HARIBO memperkenalkan perisa hari jadi baharu untuk tempoh terhad.

Selain rasa asli ikonik HARIBO Goldbears yang terdiri daripada enam perisa buah-buahan, HARIBO juga memperkenalkan:

  • Goldbears Fruits of the World.
  • Goldbears Cake O’Clock edisi ulang tahun.

Goldbears Fruits of the World diilhamkan daripada rasa buah-buahan popular dari seluruh dunia termasuk mangga dari Asia, Kiwi dari Australia dan Acai dari Amerika Selatan.

Sementara itu, Goldbears Cake O’Clock pula membawakan sambutan ulang tahun berkenaan kepada seluruh warga Malaysia dengan rasa kek unik seperti:

  • Lemon Pound Cake.
  • Apple Pie.
  • Strawberry Cheesecake dan banyak lagi.

Parti Ulang tahun ke-100 Goldbears Di Sunway Pyramid, Petaling Jaya

HARIBO menganjurkan sebuah acara fizikal di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid Mall minggu ini bermula 7-13 November 2022.

Masuk adalah percuma dan semua pelanggan boleh menyertai sambutan ulang tahun ke-100 ini yang membawakan permainan menarik, peraduan roda bertuah pasti menang, kios foto dan banyak lagi!

Sejak sekurun lalu, HARIBO Goldbears telah menceriakan pelanggan dengan rasa enak dan tekstur kenyalnya yang unik. Kami teruja untuk menyambut ulang tahun ke-100 Goldbears dan berharap akan terus membawakan detik riang kepada semua peminat HARIBO di Malaysia!

Pengurus Pemasaran, HARIBO Asia Pasifik, Elin Yip.

Sempena sambutan ulang tahun ke-100 ini, HARIBO juga memberi ganjaran kepada pelanggan melalui menganjurkan peraduan dengan hadiah menarik, yang berlangsung hingga 15 Disember 2022.

Peserta berpeluang memenangi 10 unit Nintendo Switch V2 Ring Fit dan 500 hadiah saguhati berupa HARIBO Goldbear Plush Toy bersaiz 30 cm.

KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd