Now Reading
Gula Creamery Perkenal 7 Perisa Kek Aiskrim Baru. Kami Dapat Cuba Biscoff Cheesecake! [Review]

Gula Creamery Perkenal 7 Perisa Kek Aiskrim Baru. Kami Dapat Cuba Biscoff Cheesecake! [Review]

Penggemar pencuci mulut boleh mencuba kesemua perisa baharu ini secara eksklusif di cawangan utama Gula Creamery di Eco Ardence Lab, Setia Alam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Gula Creamery, kedai aiskrim tempatan dan jenama seinduk Gula Cakery,  telah memperkenalkan barisan terbaharu kek aiskrim premium dengan tujuh perisa baharu iaitu:

  • Raspberi-Pistachio.
  • Pandan Gula Melaka.
  • Kek Keju Biscoff (Biscoff Cheesecake).
  • Kek Keju Mangga
  • Trio klasik neapolitan Coklat, Vanila dan Strawberi.

Penggemar pencuci mulut boleh mencuba kesemua perisa baharu ini secara eksklusif di cawangan utama Gula Creamery di Eco Ardence Lab, Setia Alam.

Nikmati gabungan kesejukan aiskrim yang dipadankan dengan keenakan kek  bakal menyajikan kelegaan daripada cuaca panas lembap di Malaysia dalam setiap gigitan!
(Kredit: Gula Creamery)

Pelanggan Gula Creamery kini boleh menikmati keenakan rasa buah apabila mencuba perisa Kek Keju Mangga (mango cheesecake), atau menikmati gigitan penuh rasa beri yang dipadankan dengan kemanisan dan rasa kekacang melalui perisa Raspberi – Pistachio.

Buat penggemar rasa coklat, kek berperisa Coklat Biscoff diperbuat daripada coklat hitam berkualiti tinggi dan ditaburi serbuk Lotus Biscoff rapuh untuk tekstur tambahan serta sedikit kemanisan adalah pilihan yang tepat untuk anda. Untuk kelazatan yang pasti mencair di mulut, cuba perisa alternatifnya, Kek Keju Biscoff gebu berkrim dengan rasa lembut mentega.

Untuk mereka yang inginkan perisa penuh nostalgia, Pandan Gula Melaka merupakan pilihan yang tepat. Anda seakan-akan kembali ke masa lalu dengan kek berperisa pandan lembut dan harum, dipadankan pula dengan gula melaka manis beraroma.

Selain daripada perisa-perisa unik ini, Gula Creamery juga memperkenalkan tiga rasa klasik iaitu lemak vanila, masam manis strawberi, dan coklat.

Kami menyedari bagaimana para pelanggan kami tidak hanya menikmati perisa-perisa aiskrim kami, namun turut mengidamkan rasa mewah kek kami. Oleh itu, saya mendapat idea untuk menggabungkan elemen-elemen terbaik Gula Cakery dan Gula Creamery bersama untuk menghasilkan pencuci mulut ini . Kami juga memasukkan elemen baharu ke dalam sebahagian daripada perisa klasik kegemaran ramai agar pelanggan tetap kami mempunyai sesuatu yang baharu untuk dinikmati. Seperti biasa, kami menjadikan saiznya bersesuaian untuk dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan!

Arieni Ritzal, pengasas Gula Creamery dan Gula Cakery.

Milkshake Pun Ada Di Gula Creamery!

Sering menyajikan kelainan yang menarik, Gula Creamery tidak hanya menawarkan kek aiskrim, tetapi juga menu milkshake yang lain daripada yang lain!

Kedai pencuci mulut tersebut menyediakan lebih 24 jenis aiskrim premium, dengan perisa-perisa yang diinspirasikan daripada kek-kek Gula Cakery iaitu:

  • Double chocolate nutella.
  • Salted caramel macadamia.
  • Ferrero Rocher dan banyak lagi.

Untuk keseimbangan yang sempurna antara panas dan sejuk, Gula Creamery menyediakan Waffle yang dibuat mengikut pesanan dan dihidangkan dengan aiskrim pilihan anda.

Selain itu, Gula Creamery turut menyediakan milkshake berperisa kek yang dikisar khas dengan beberapa perisa aiskrim terpilih. Antara perisa yang anda boleh nikmati ialah:

  • Strawberry momofuku.
  • Strawberry pavlova.
  • Red velvet.

Ada juga perisa-perisa edisi terhad yang mesra dengan selera rakyat Malaysia seperti pengat pisang dan cendol.

Harga untuk milkshake bermula dari RM20 sahaja setiap satu.

Gula Creamery melambangkan nilai pencuci mulut yang versatil, serta berapa banyak olahan yang boleh dihasilkan dengan beberapa bahan dan rasa yang dipilih dengan berhati-hati. Ia memberikan kami kebebasan untuk meneroka perisa-perisa baharu dan menarik, yang seterusnya dapat dipersembahkan dalam pelbagai cara, sama ada aiskrim, kek, atau susu kocak. Perisa-perisa unik aiskrim kami melambangkan bagaimana kami telah berjaya menggabungkan kreativiti dan harmoni dalam satu skup, dan ia juga dapat dilihat dalam ciptaan-ciptaan kami yang lain.

Arieni Ritzal, pengasas Gula Creamery dan Gula Cakery.

Gula Creamery kini mempunyai empat cawangan di Setia Alam, Puncak Alam, Kota Kemuning, dan Kuala Lumpur. Kesemua produk mereka juga tersedia untuk penghantaran melalui Beepit. Orderlah kalau nak cuba! 🙂


TRP Review Biscoff Cheesecake, Gula Creamery.

Team TRP tidak melepaskan peluang untuk memberikan honest review tentang menu kek aiskrim terbaharu keluaran Gula Creamery. Dan kali ini kami diberikan peluang untuk memilih salah satu daripada 7 perisa kek yang ditawarkan.

Jadi, kami memilih untuk mencuba Biscoff Cheesecake.

Tapi sebelum kami beri review, korang tengok dulu detail kek ini. Memang terlampau cantik dan kemas. Dari segi bentuk, hiasan, dan berat pun boleh tahan, solid betul. Portion kek ini pula boleh dinikmati sekurang-kurangnya 5-6 orang.

Siap ditaburi serbuk Lotus Biscoff rapuh untuk tekstur tambahan dan sedikit kemanisan di bahagian bawah kek.

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Tapi jangan pula dibiarkan kek ini di luar dalam tempoh yang terlalu lama. Nama pun kek aiskrim, cair pula nanti!

Verdict?

Sejujurnya, kami sangat menyukai apa-apa jenis kek yang berperisa/berasaskan Lotus Biscoff ini. Jadi, kek aiskrim daripada Gula Creamery ini sememangnya menaikkan lagi selera kami untuk menikmatinya, terutamanya pada cuaca panas.

Masuk sahaja ke dalam mulut, terus cair dan rasa biscoff yang begitu pekat dan memuaskan. Pendek kata, memang gebu berkrim diikuti dengan rasa lembut mentega. Memang puas.

Kalau nak beli untuk sambutan hari lahir pun boleh, sebab saiz comel dan tidak terlalu besar. Just nice, orang kata. Dan kek aiskrim ini sememangnya digemari oleh kanak-kanak, sekelip mata pun boleh habis. Kalau nak beli kek jenis span biasa, bosan pula, kan?

Untuk rating, kami beri 8/10!

Milkshakes

Lepas makan aiskrim kek, kami minum milkshake pula. Wah, memang kena ‘cuti gula’ untuk beberapa hari jawabnya!

Pendapat kami, milkshake ini memang VERY RICH. Maksudnya, kalau korang tak berapa gemar sesuatu yang terlalu manis, boleh beli satu dan kongsikan dengan dua atau tiga orang. Satu sedut itu pun boleh buatkan mata terbeliak.

Tapi maklumlah, nama pun milkshake. Kalau tawar pelik pula.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Ferrero Rocher Milkshake.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Untuk rating, kami beri 7/10.


Barisan terbaharu kek aiskrim Gula Creamery hadir dalam saiz 6 inci, bermula pada harga RM90 – sesuai untuk sambutan istimewa mahupun sekadar untuk memenuhi keinginan. Pelanggan yang mendapatkan kek ini sebelum 21 Oktober 2022 layak mendapat potongan harga sehingga 10%.

Jangan melepaskan peluang untuk mendapatkan kek aiskrim dari Gula Creamery ini!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd