Now Reading
In Colonial, Restoran Mesra-Muslim Perkenal Menu Dimsum Bermula Jun 2022

In Colonial, Restoran Mesra-Muslim Perkenal Menu Dimsum Bermula Jun 2022

Menu Dimsum di In Colonial ini disediakan setiap hari bermula jam 10 am sehingga 6 pm.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jika anda sukakan masakan Cina, In Colonial di Intermark Mall, Kuala Lumpur menyediakan beberapa hidangan masakan Cina Mesra-Muslim untuk pelanggan.

Tapi sebelum itu, kami ingin menceritakan serba sedikit tentang restoran yang telah bertapak sejak 2014 ini. Restoran ini membawakan suasana yang bertemakan Kolonial.

Selain itu, mereka juga menggabungkan team cef daripada Barat dan Timur untuk membawakan masakan Authentic Chinese Muslim kepada pelanggan di Malaysia.

In Colonial menekankan 100% kepada bahan-bahan yang halal dalam masa yang sama masih mengekalkan keaslian masakan Cina Malaysia untuk kekal bertahan selama 8 tahun di Kuala Lumpur.

Terletak di antara dua menara, The Integra dan Vista di Intermark Mall, In Colonial telah menjadi tempat pertemuan untuk orang ramai sama ada golongan pejabat, perjumpaan kasual, minum petang bersama rakan-rakan, atau sekadar untuk menjamu selera semasa waktu makan tengah hari. Lunch set pun ada ya!

Team TRP juga telah dijemput untuk menikmati beberapa hidangan istimewa (Signature) di In Colonial ini dan kami sangat berpuas hati dengan setiap menu yang dihidangkan.

Setiap menu dibuat dengan penuh semangat, persembahan makanan yang begitu menarik, sampaikan sayang kami nak makan! Rasanya juga mengikut tekak kami sebagai rakyat Malaysia (dan tekak Melayu).

Antara menu-menu yang dihidangkan kepada kami adalah:

  • Signature Fish Fillet Pot.
  • Prawn In Buttermilk Sauce.
  • Hong Kong Beef Noodle.
  • Cantonese Yee Mee Seafood.
  • Kam Heong Fried Rice.
  • Steamed Scallops.
Prawn In Buttermilk Sauce.
Sumber: Nur Farahin/TRP
Signature Fish Fillet Pot.
Sumber: Nur Farahin/TRP
Steamed Scallops.
Sumber: Nur Farahin/TRP

Puas juga kami menikmati kesemua menu yang dihidangkan.


In Colonial Perkenal Menu Dimsum

Buat peminat tegar Dimsum di luar sana, jangan melepaskan peluang untuk menikmati hidangan Dimsum yang ditawarkan In Colonial. Menu Dimsum ini disediakan setiap hari bermula jam 10 am sehingga 6 pm.

Antara menu Dimsum yang ditawarkan adalah:

  • Steamed Dimsum
    • Prawn Siumai.
    • Steamed Chicken Wing.
    • BBQ Chicken Bao.
    • Prawn Rolled in Bean with Curd Skin.
  • Fried Dimsum
    • Fried Prawn Dumplings.
    • Cheezy Spring Roll.
    • BBQ Chicken Pastry.
    • Crispy Duck with Pancake.
    • Lotus Pancake.
Sumber: Nur Farahin/TRP

Dalam kelasnya yang tersendiri – tanpa kompromi terhadap kualiti, In Colonial akan menjadi pilihan terbaik buat pengunjung.

Oh! Untuk pengetahuan anda, In Colonial turut menawarkan sesi Live Music setiap hari Jumaat bermula jam 6 petang. Jadi, kalau anda tak ada rancangan pada malam Jumaat dan malas nak menghadap trafik untuk pulang ke rumah, singgah dulu di In Colonial, minum mocktail dan layan Live Music.

Best juga, kan?

  • Alamat: In Colonial Restaurant. G-13, Ground Level The Intermark, 348, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.
  • No Telefon: 019 242 3066 (Syed Isa)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd