Now Reading
Ini 5 Minuman Untuk Ganti Kopi Anda Boleh Ambil Setiap Pagi. Terus Terbeliak Mata!

Ini 5 Minuman Untuk Ganti Kopi Anda Boleh Ambil Setiap Pagi. Terus Terbeliak Mata!

Pendek kata, kesemua minuman haruslah diambil pada kadar yang memadai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kami faham, kadang-kadang itu memang mustahil untuk bangun pagi dan fokus pada kerja anda tanpa berasa mengantuk. Sebab itulah kopi sering membantu mengatasi masalah ini.

Tetapi terlalu banyak kopi juga ada risikonya. Insomnia, keletihan, kebimbangan, menggeletar, degupan jantung yang laju, dan banyak lagi. Jumlah kafein yang ada dalam kopi memang tersangat tinggi!

Jadi, jika anda perlu mengurangkan jumlah kopi seharian atau jika anda secara amnya tidak menyukai rasa kopi, ada alternatif lain yang tersedia buat anda. Berikut merupakan beberapa minuman yang boleh anda minum untuk menggantikan pengambilan kopi setiap hari.

1. Kombucha

Kombucha ialah minuman yang dibuat dengan teh, gula, bakteria dan yis yang ditapai untuk satu tempoh masa. Ia diambil secara meluas untuk manfaat kesihatan usus kerana bakteria baik yang terdapat di dalamnya iaitu probiotik.

Kopi kadangkala boleh merengsakan lapisan perut apabila diambil semasa perut kosong, jadi minum kombucha pada waktu pagi secara semulajadi boleh mengimbangi usus anda dan meningkatkan sistem penghadaman.

(Kredit: Unsplash)

Ia juga penuh dengan faedah kesihatan lain seperti mengurangkan lemak badan, meningkatkan metabolisme, menghidrat semula badan anda dan menyegarkan mood anda.

Selain itu, jumlah kafein dalam kombucha adalah lebih rendah daripada kopi, dan ini boleh menyelesaikan masalah berjaga di tengah malam.

2. Air Lemon Suam

Air lemon suam didakwa dapat meningkatkan tenaga dan boleh membantu anda fokus pada waktu pagi. Potasium dalam lemon membantu dengan fungsi otak dan saraf, yang meningkatkan kewaspadaan anda. Tambahan pula, haruman lemon membantu menjernihkan fikiran, mengurangkan perasaan tertekan dan menaikkan mood kita.

(Kredit: Freepik)

Ia juga mempunyai kelebihan kesihatan lain yang luar biasa seperti menyediakan sistem imun lebih kuat, memperbaiki kulit serta penghidratan badan, memberi nafas segar, mencegah batu karang dan membimbing dalam penurunan berat badan.

3. Teh Hitam (Black Tea)

Teh hitam atau teh merah ialah sejenis teh yang teroksida sepenuhnya diperbuat daripada daun tumbuhan bernama Camellia Sinensis. Daun terdedah kepada udara lembap kaya dengan oksigen yang menukarkan daun daripada hijau kepada warna hitam keperangan gelap.

Teh hitam mengandungi kedua-dua kafein dan asid amino dipanggil L-theanine yang mampu untuk membuatkan anda lebih cakna dan focus. Kajian mendapati bahawa minuman yang mengandungi kedua-dua elemen ini mempunyai kesan paling besar terhadap fokus kerana kesan L-theanine pada otak (memperbaiki pemprosesan kognitif).

(Kredit: Freepik)

L-theanine berfungsi memastikan badan kita menyerap kafein secara perlahan, yang menghasilkan tempoh tenaga lebih lama tanpa menyebabkan keadaan gelisah tanpa kafein. Selain itu, ia juga membawa kepada peningkatan fokus dan mood sambil mengurangkan tekanan.

4. Teh Hijau & Matcha

Teh hijau berasal daripada tumbuhan yang sama dengan teh hitam tetapi teroksida secara minimum. Teh hijau bermaksud daun teh yang telah diproses (dalam uncang teh atau peket) yang perlu direndam dalam air panas.

Matcha, satu lagi variasi teh hijau, biasanya ditemui dalam bentuk serbuk dan secara tradisinya perlu dicampur dengan pukul buluh.

(Kredit: Freepik)

Teh hijau mengandungi kira-kira separuh kandungan kafein teh hitam dan satu perempat daripada kafein kopi. Matcha, sebaliknya, mengandungi lebih sedikit kafein daripada teh hijau (kira-kira setengah cawan kopi). Ini kerana semasa merendam, tidak semua nutrien dan sebatian sihat meresap ke dalam air. Dalam minuman matcha, anda tidak akan meminum keseluruhan daun berkenaan (daun serbuk).

Kedua-dua minuman ini mempunyai asid amino yang sama seperti teh hitam yang boleh membantu anda menjadi penuh tenaga dan berwaspada tanpa rasa gelisah. Di antara semua jenis teh, teh hijau mempunyai jumlah L-theanine tertinggi dan dalam kategori teh hijau, Matcha diketahui mempunyai kepekatan tertinggi.

5. Masala Chai

Masala chai ialah sejenis teh hitam dicampur dengan susu serta campuran rempah dan herba yang mantap, terkenal di India. Ia biasanya mengandungi rempah seperti halia, buah pelaga, kayu manis, adas, lada hitam, bunga cengkih dan bahan-bahan lain yang serupa (ia mungkin berbeza-beza).

Anda boleh mengurangkan pengambilan kafein anda dengan minuman aromatik ini kerana ini juga meningkatkan tenaga dan kewaspadaan.

(Kredit: Freepik)

Selain itu, oleh kerana teh ini adalah campuran rempah ratus, Masala chai juga boleh meningkatkan kesihatan jantung, mengurangkan paras gula dalam darah, mengurangkan loya, memperbaiki penghadaman dan mungkin membantu anda menurunkan berat badan!

Walau bagaimanapun, kerana terdapat beberapa kafein dalam minuman ini, anda masih berhadapan dengan risiko pengambilan kafein.

Tetapi kandungannya jauh lebih rendah daripada kopi. Ini bermakna secara amnya, anda boleh menggantikan minuman kopi dengan dua teh untuk jumlah kafein yang sama (ia berbeza mengikut minuman).

(Kredit: Freepik)

Pendek kata, kesemua minuman haruslah diambil pada kadar yang memadai. Jangan terlebih, dan terkurang. Ini untuk memastikan apa jua yang anda minum/makan adalah baik untuk kesihatan, termasuklah pengambilan kafein.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd