Now Reading
Breakfast Spot, KL: ‘Hidden Gem’ Baharu Di Jalan Sin Chew Kee [Review]

Breakfast Spot, KL: ‘Hidden Gem’ Baharu Di Jalan Sin Chew Kee [Review]

Breakfast Spot ini mengetengahkan reka bentuk nostalgia dan mengekalkan nada ‘vintage’ diikuti dengan sentuhan moden.

breakfast spot

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Anda kaki ‘cafe-hopping’?

Team TRP baru terokai satu spot untuk ‘brunch’ yang baru dibuka. Diberi nama Breakfast Spot, kedai ini terletak di Jalan Sin Chew Kee.

Jika sebelum ini, lokasi restoran ini merupakan homestay. Kalau dilihat dari luar, macam panas sebab ianya berkonsep kaca/glass-sheltered. Walau bagaimanapun, anda tak perlu risau sebab tempat ini dilengkapi dengan penghawa dingin.

Sumber: Eat Drink KL

Kedai bertemakan warna hijau dan putih ini menghadap bangunan kedai kafe yang terkenal iaitu Three Years Old. Di bahagian dinding bangunannya pula dihiasi dengan mural yang menarik.

Kalau nak #OOTD, boleh sangat.

Breakfast Spot ini mengetengahkan reka bentuk nostalgia dan mengekalkan nada ‘vintage’ diikuti dengan sentuhan moden. Mood anda juga akan automatik bertukar sejurus memasuki premis kedai ini, terasa macam balik kampung pun ada. Dengan lantai yang bercorak, bagaikan rumah nenek dan atuk. Sangat nostalgik!

Bagi kami, menikmati hidangan makan pagi di Breakfast Spot ibarat berada di kampung – dengan suasana yang ditawarkan ini.
(Sumber: Malaysian Flavours)

Pelanggan boleh memilih untuk duduk di bahagian dalam ataupun luar (glasshouse area). Jangan risau, nampak macam panas, tapi sebenarnya sejuk sangat. Penghawa dingin juga dibuka ‘full-blast’ untuk memastikan pelanggan sentiasa selesa ketika menikmati hidangan di sana.

Matahari di atas kepala pun tak terasa panas. Layan je!

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Breakfast Spot Tawar Menu Breakfast & Brunch.

Breakfast Spot mula menyajikan hidangan buat pelanggan bermula seawal jam 8 pagi. Untuk menu, Breakfast Spot menawarkan menu breakfast dan juga brunch. Ada sandwic, pasta, dan sebagainya.

Pilihan pastri pun banyak. Jika anda sejenis yang sukakan benda manis, ada juga pemanis mulut ditawarkan. Boleh tahan menarik juga, sampai tak tahu nak pesan yang mana. Ada Nutella Almost Croissant, Pain Au Choco, Cenele, Lemon tart, Tutti Fruit Tart, dan banyak lagi.

Sumber: Siti Murni/TRP

Paling menarik, anda juga boleh ‘build your own BIG BREAKFAST’ dengan minimum lima (5) bahan yang akan disediakan. Anda boleh pilih sendiri bahan apa yang anda gemari di dalam menu Big Breakfast ini termasuklah; potato wedges, mash potato, roast potato, sweet potato, hash brown, poach egg, dan pelbagai lagi.


[Review] TRP Cuba Menu Pilihan Di Breakfast Spot.

Dengan pembukaan lokasi baharu breakfast dan brunch ini, team TRP juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan di Breakfast Spot ini.

Bagi kami, apa yang menjadi halangan buat kami adalah parkir.

Lokasi parkir kawasan di sekeliling Breakfast Spot ini sememangnya agak terhad dan sangat-sangat sempit (SANGAT). Kalau anda memandu SUV atau kereta jenis sedan yang panjang dan bersaiz besar, anda boleh memilih untuk meletakkan kereta anda di tempat yang lebih selamat.

P.S: Kereta team kami tercalar sebab dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang pada ketika itu.

Pelbagai Pilihan Pasta Di Breakfast Spot.

breakfast spot
Sumber: Siti Murni/TRP

Bila bercakap tentang ‘brunch’, mestilah anda ingin sesuatu yang berat, kan? Mungkin ada yang boleh menikmati sandwic sebagai brunch, tapi jika anda inginkan pilihan lain yang lebih mengenyangkan, boleh pilih pasta.

Pelbagai jenis masakan pasta ditawarkan. Aglio Olio, Carbonara, Bolognaise, Pesto, dan lain-lain lagi. Tapi untuk kali ini, team kami cuba menu masakan pasta yang lebih unik iaitu Chicken Rendang Pasta dan AiFunghi Pasta.


VERDICT: Chicken Rendang Pasta. 8/10.

Chicken Rendang Pasta ini ibadat anda menikmati rendang di pagi hari raya diikuti dengan spaghetti. Breakfast Spot menyajikan masakan pasta ini dengasn menggunakan pasta jenis Angel Hair. Rasa rendang ayam di dalam menu ini memang secukup rasa. Orang putih kata, ‘just nice’.

Muak pun tidak, jadi kami boleh habiskan begitu sahaja. Lapar mungkin?

VERDICT: AiFunghi Pasta. 8/10.

AiFunghi Pasta lebih kepada rasa creamy tetapi tidak sama seperti kuah carbonara yang anda selalu makan kerana biasanya carbonara akan ada potongan ayam atau daging, tetapi pasta ini hanya mempunyai cendawan sahaja sebagai pelengkap rasa.


Untuk minuman pula, disebabkan team kami hanya berdua. Jadi kami hanya memesan dua jenis minuman yang menarik perhatian kami iaitu Blue Lagoon dan juga Matcha Honey Yuzu (penggemar teh hijau sahaja akan tertarik dengan menu ini).

Blue Lagoon (kiri) & Matcha Honey Yuzu (kanan).
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Rating kami untuk kedua-dua air ini adalah 7/10. Rasa pun tak pelik dan boleh diminum, tapi jikalau anda tidak menyukai air ‘masam’, mungkin Matcha Honey Yuzu ini bukan untuk anda.

Boleh cuba pesan air lain ataupun bertanyakan kepada barista tentang menu ‘signature’ di sana.


Breakfast Spot, KL.

  • Alamat: Berhadapan dengan Three Years Old: No 2, Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang, 50150, Kuala Lumpur.
  • Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis, 8 pagi – 6 petang.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd