Johor Ada Apa? Ini Tempat ‘Chill’ & Kafe Menarik Di Sekitar Johor
Antara tempat lepak yang menarik di sekitar Johor adalah Chaiwalla & Co dan The J Seri Alam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Dari tempat untuk membeli-belah, membuat aktiviti air, berkelah di tepi pantai dan bercuti di pulau semuanya boleh dilakukan di Johor.
Macam-macam ada di negeri bersebelahan dengan Singapura ini seperti Johor Premium Outlet (JPO), Legoland Malaysia, Bazaar Karat, Pulau Rawa, Pantai Desaru dan banyak lagi.
BACA JUGA: Terokai LEGOLAND Malaysia Resort Bersama Team TRP Selama 3 Hari 2 Malam
Pergilah mana-mana pun, pasti akan ada satu masalah yang sama iaitu “Nak makan mana?”. Betul juga kan? Dah penat berjalan mestilah kita nak lepak makan dan minum.
Kat mana tempat lepak yang best di Johor? Jom baca perkongsian Visit Johor menerusi Twitter (@visitijohor_) untuk membantu anda menyelesaikan masalah ‘makan mana’ ini.
Tempat lepak yang best sekitar Johor
Kalau di Kuala Lumpur kita ada Warong Che Senah dan TAPAK Urban Street Dining di Jalan Ampang KL, di Johor pun ada lokasi yang mempunyai ‘vibes’ sama.
Antaranya seperti:
1. The J Seri Alam
Dengan dua tingkat ruang makan, The J Seri Alam menawarkan 18 jenis kedai makan kepada pengunjung. Dari hidangan nasi kandar, bakso, steamboat, sate serta manisan semuanya ada di bawah satu bumbung.
Bukan itu sahaja, di sini pun ada kedai gunting rambut dan kedai bundle ya!
Alamat: 6J, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari (12PM – 12AM)
2. Ground Cabin Cafe
Tengok gambar pun dah tahu tempat ini berkonsepkan santai. Juga dibina secara dua tingkat, Ground Cabin Cafe menyediakan pelbagai hidangan seperti masakan Barat dan Melayu serta pencuci mulut daripada kedai berbeza.
Lokasi ini berkonsepkan ‘open-air’. Memang syok makan spageti bolognese sambil layan angin sejuk pada waktu malam.
Alamat: Jalan Kempas Baru, Kempas Denai, 81200 Johor Bahru, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari (5PM – 2AM)
3. Karl’s Place
Kalau nak bersantai dan melepak dengan kawan-kawan, Karl’s Place pun best juga. Konsep di sini juga sama seperti lokasi-lokasi sebelum ini iaitu mereka menawarkan pelbagai jenis hidangan daripada kedai berbeza.
Alamat: 22, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari (5PM – 2.30AM)
4. Jobox Food Truck Park
Dari jauh lagi anda dah boleh nampak Jobox Food Truck Park kerana dipenuhi dengan lampu berwarna kuning yang sangat terang. Seronok juga makan kat food truck sambil layan nyanyian dari busker kan?
Tempat duduk yang disediakan pun banyak juga. Tapi kalau takut penuh, kena datang awal okey?
Alamat: Plaza Angsana, Padang C, 81200 Johor Bahru, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari (6PM – 12AM)
5. Chaiwalla & Co. Container Cafe
Siapa yang suka ambil gambar estetik, Chaiwalla & Co. Container Cafe memang tempat yang sesuai. Kafe ini terkenal dengan pelbagai minuman seperti teh dan kopi. Kalau anda datang sini, wajib cuba pencuci mulut mereka juga.
Alamat: 36, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.
Waktu operasi: 10AM – 6PM (Isnin hingga Rabu), 10AM – 12AM (Khamis hingga Ahad)
Tempat-tempat lain yang anda boleh lepak di sekitar Johor adalah:
- Restoran SS9 (belakang Plaza Pelangi)
- Port Place Cafe (Kempas)
- Istana Sangkut Kitchen (Taman Melodies)
- Mana Cafe (Puteri Harbour)
- Tebrau Food Truck Park
Bookmark siap-siap okay? Nanti bila makan angin di Johor, dah tahu nak lepak makan di mana.
BACA JUGA: Ini Beberapa Tempat Menarik Boleh Anda Explore Di Perlis. Syok Aih!
Nak lepak mana ehh dekat Johor ni? Nah, min listkan tempat korang boleh lepak area sekitar Johor😌
— Visit Johor🏄🏻♂️ (@visitjohor_) April 29, 2022
1. The J Bandar Seri Alam (Pasir Gudang)
2. Restoran SS9 (belakang Plaza Pelangi)
3. The Ground Cabin (Kempas)
4. Mana Lagi Cafe (Puteri Harbour, Iskandar Puteri) pic.twitter.com/nYcu5ERBhL
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.