Now Reading
Ketam Viral, Bangi Perkenal 10 Hidangan Ketam Istimewa. Chili Crab Paling ‘Bomb’ [Review]

Ketam Viral, Bangi Perkenal 10 Hidangan Ketam Istimewa. Chili Crab Paling ‘Bomb’ [Review]

Siap ada servis istimewa untuk mengupas ketam!

Siti Murni
ketam viral

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila bercakap pasal ketam, mesti terfikir cara nak makan hidangan ini.

Sebab itulah tak kesemua orang menyukai ketam. Bahkan, ada yang suka makan tapi tak reti pula. Kena ada orang yang menolong untuk kopek ketam, dan berikan isi. Agak mencabar bila fikir cara untuk makan ketam sebenarnya.

Sumber: Tenor

Tapi untuk mereka yang menggemari ketam dan tidak kisah untuk meluangkan masa menikmati hidangan ini, kami ada satu lokasi menarik untuk anda cuba.

Nama kedai adalah Ketam Viral yang baru sahaja dibuka di Bandar Baru Bangi.


Ketam Viral Perkenal 10 Hidangan Ketam Istimewa

Untuk pengetahuan anda, pakar di dalam penyediaan sajian hidangan makanan laut serta ketam tempatan yang memenuhi citarasa Malaysia bakal menambat hati pengunjung dengan memperkenalkan 10 hidangan ketam istimewa.

Menampilkan aneka pilihan masakan ketam dengan resipi dari seluruh Malaysia, antaranya adalah:

  • Ketam Masak Iban
  • Ketam Masak Lomak Nogori (Ketam Masak Lemak Cili Api)
  • Chilli Crab
  • Ketam Buttermilk Lurpak
  • Ketam Berlado
  • Ketam Kam Heong
  • Ketam Kari 21 Hari
  • Ketam Juseyo (inspirasi masakan Korea)
  • Ketam Manickam (hidangan Ketam Bunga istimewa)
  • Ketam Portuguese

Ada juga pelbagai pilihan juadah lain yang pasti memikat selera.

Di samping itu, terdapat juga Siakap Laksa Siam, Chef Rathnor’s Flower Tofu, dan Nasi Lemak Alai yang dibungkus rapi dengan daun pisang – gandingan sempurna untuk dinikmati dengan setiap hidangan.


Apa Yang Istimewa Tentang Ketam Viral?

Menceritakan tentang keistimewaan dan keunikan hidangan Ketam Viral ini adalah kesemuanya dihasilkan oleh Chef Rathnor bersama pasukan kulinari terpilih yang mencipta seleksi hidangan makanan laut dan ketam dengan citarasa Malaysia.

Chef Rathnor.

Sepanjang kerjayanya selama dua dekad, beliau telah menyandang pelbagai jawatan dan kini merupakan Naib Presiden Persatuan Chef Kedah dan diiktiraf dengan Pingat Kehormatan daripada persatuan itu pada tahun 2019 atas sumbangannya kepada program dan jenama masakan negeri.


Ketam ‘Bae’

Mesti anda tertanya, apa benda ketam ‘bae’?

Restoran ini turut menawarkan pengalaman baru buat pelanggan untuk menjamu selera dengan khidmat Ketam Valet atau Ketam ‘Bae’ iaitu servis istimewa bagi membantu mengupas ketam tanpa merumitkan para pelanggan.

Siapa yang tak reti kupas ketam, boleh ambil servis ini!


Team TRP Cuba Hidangan ‘Signature’ Ketam Viral

Pantang dengar perkataan ‘viral’, kami memang tak senang duduk dan ingin mencubanya sendiri. Bolehlah cerita sendiri dekat anda semua bagaimana pengalaman kami menikmati hidangan di Ketam Viral.

Pertama sekali, setibanya team kami di sana, agak terkejut sebab hiasan dalaman kedai ini ibarat restoran mahal (ala fine-dining). Tak sangka kedai untuk makan ketam! Selalunya kalau pergi restoran ketam biasa, penghawa dingin pun jarang ada kan?

Restoran ini menawarkan ruang makan luas dan menarik dengan suasana yang direka sesuai untuk berkumpul dan menikmati hidangan bersama yang tersayang.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Bab makanan pula, kami dihidangkan dengan beberapa jenis ‘appetizer’ (pembuka selera) termasuklah Sotong Goreng, Flower Tofu (fun fact: menu ini adalah resepi daripada ibu kepada cef yang menyediakannya).

Dua-dua menu ini memang kena dengan tekak kami. Sedap dan memuaskan. Cuma kalau nak makan untuk dua orang, jangan order terlalu banyak sebab nanti kenyang tak sempat pula nak menikmati hidangan utama.

Sumber: Siti Murni/TRP

Hidangan ketiga dan keempat adalah Itik dan juga Gado-gado. ‘Presentation’ menu itik ini memang win. Betul-betul merasa macam makan di restoran lima bintang.

Bab rasa pula, menu itik ini memang sangat mengenyangkan kalau makan lebih daripada tiga poting. Jadi, kalau tak nak cepat kenyang dan muak, boleh kongsi dengan orang lain.

Gado-gado pula rasanya sama sahaja seperti yang terjual di luar sana dengan campuran timun, kacang panjang, telur, tauhi, keropok ubi dan dihidangkan dengan kuah kacang.

Sumber: Siti Murni/TRP

Kami juga berpeluang merasai sendiri beberapa hidangan Ketam Viral iaitu Ketam Masak Iban, Ketam Buttermilk, Ketam Berlado, Ketam Kam Heong, Bawal Kari Emas, dan banyak lagi.

Secara peribadi, kami amat menyukai hidangan Ketam Buttermilk dan juga Ketam Berlado. Rasa manis dan pedas kedua-dua hidangan ini sememangnya mampu untuk meningkatkan selera pelanggan.

Dimakan pula dengan Nasi Lemak dan juga sayur Kangkung Belacan, memang layan. Tak percaya, boleh rasa sendiri.

Untuk kedua-dua menu ini, kami beri rating 8/10.

Sumber: Siti Murni/TRP

Untuk rekod, Ketam Viral bekerjasama dengan pelbagai chef, pakar dalam bidang kulinari dari seluruh pelosok negara untuk mengembangkan nama dan membolehkan semua pencinta makanan laut untuk mencuba pelbagai resipi asli dari setiap negeri dan wilayah.

Untuk pengetahuan anda, Ketam Viral juga kini di dalam proses untuk mendapatkan sijil Halal.

Jika anda nak mencuba dan merasai sendiri pengalaman makan di Ketam Viral, boleh kunjung mereka di:

  • 1-11, Sunway Gandaria, 2, Jalan Pusat Bandar, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi.
  • No tel: 03-8912 2868 atau 012-580 5113.

Untuk maklumat lanjut layari KLIK SINI.


View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17 − eight =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd