Now Reading
[Review] Jackson’s Fried Chicken Keluar Menu Baru. Team TRP Dah Rasa!

[Review] Jackson’s Fried Chicken Keluar Menu Baru. Team TRP Dah Rasa!

Antara menu terbaharu dari Jackson’s Fried Chicken adalah Biscoff Baked Cheesecake dan bubur ayam.

Jackson's Fried Chicken menu baharu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di Malaysia, ada pelbagai jenis restoran makanan segera seperti McDonald’s, KFC, Jollibee, Five Guys dan sebagainya.

Boleh dikatakan kebanyakan restoran ini beroperasi sehingga lewat malam. Jadi kalau tiba-tiba lapar lepas tengok wayang, memang boleh sangat singgah.

Tapi kalau anda sudah bosan dengan beberapa restoran ini dan ingin sesuatu yang lain, jom cuba rasa makanan dari Jackson’s Fried Chicken?

Jackson’s Fried Chicken lancar menu baharu

Jackson’s Fried Chicken terkenal dengan hidangan burger dan ayam goreng mereka yang rangup. Memang krup krap kalau makan.

Baru-baru ini, team TRP diberi peluang untuk merasai sendiri menu baharu yang dikeluarkan oleh Jackson’s Fried Chicken. Nak tahu review dari kami tentang hidangan mereka?

Jom baca perkongsian di bawah:

1. Nasi Lemak dengan Jackson’s Popcorn Chicken

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Komen: Yang menjadi kegemaran kami adalah sambal nasi lemak ini. Rasa pedas dan manis memang ngam! Pedas-pedas manja gitu.

Kalau anda jenis yang malas nak makan hidangan ini menggunakan tangan, potongan popcorn ayam dengan saiz kecil memudahkan anda untuk menikmati menu ini.

Walaupun rasa popcorn ayam agak ‘crispy’, tetapi lagi best kalau nasinya lebih berlemak untuk lebih ummph!

Rate: 8/10

2. Bubur Ayam

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Komen: Bagi pendapat kami, bubur ayam ini agak tawar tetapi ketulan ayam yang dimasukkan sekali boleh menaikkan selera.

Anda juga boleh pilih sama ada inginkan ketulan ayam berperisa asli ataupun pedas.

Rate: 5/10

3. Cheesy wedges

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Komen: Siapa yang suka hidangan berkeju, mesti akan suka cheesy wedges ini kerana rasanya cukup ‘addictive’. Lebih-lebih lagi kalau ianya baru lepas digoreng panas, fuh! Gabungan sos keju dan mayonis bersama kepingan kentang wedges ini memang sedap.

Rate: 7/10

4. Biscoff Baked Cheesecake

Sumber: Jackson’s Fried Chicken

Komen: Kalau anda penggemar biscoff seperti kami, percayalah pencuci mulut ini memang perfecto! Tidak terlalu manis dan rasa kejunya juga seimbang. Sedap! Macam tak cukup kalau makan satu slice je.

Kepada anda yang tidak sukakan hidangan yang terlalu manis, Biscoff Baked Cheesecake ini memang sesuai.

Rate: 8.5/10


Jackson’s Fried Chicken

Beroperasi sejak tahun 2020, Jackson’s Fried Chicken telah mengorak langkah dengan membawakan pelbagai hidangan baharu mengikut citarasa tempatan seperti Nasi Lemak dan pencuci mulut yang pastinya memikat selera.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia Sayantan Das turut berkongsi perasaan gembira dengan pengumuman menu baharu tersebut.

Konsep gabungan sajian tempatan dengan citarasa antarabangsa adalah kombinasi kreatif baharu yang kini semakin popular kini. Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Jackson’s Fried Chicken untuk membawa hidangan ayam goreng kepada rakyat Malaysia

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia Sayantan Das

Jadi kepada mereka yang ingin merasai sendiri menu baharu yang dilancarkan oleh Jackson’s Fried Chicken, anda boleh membuat pesanan menerusi foodpanda dan pastikan anda tidak lupa untuk melihat menu baharu yang disediakan di sini!

Selamat mencuba! Nanti kongsilah dengan kami review dari anda pula okey?

BACA JUGA: Team TRP Cuba Burger Dari Los Angeles Di Pasadena Burger! [Review]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd