Now Reading
Duke Fine Durian Kini Berada Di Fahrenheit88, Bukit Bintang

Duke Fine Durian Kini Berada Di Fahrenheit88, Bukit Bintang

Ada juga beberapa variasi menu minuman untuk dinikmati dengan hidangan durian seperti Matcha Yuzu, jus, pelbagai jenis teh Cina dan kopi.

duke fine durian

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terletak di Fahrenheit88 di tengah-tengah Bukit Bintang, Duke Fine Durian membawakan sentuhan kemewahan kepada buah ikonik Malaysia yang manis dan berlemak.

Diinspirasikan oleh durian, kafe pencuci mulut yang pertama di negara ini telah memenuhi keperluan peminat dan penggemar makanan yang ingin menikmati durian dengan cara baharu.

Sesuai dengan namanya, dekorasi kafe ini juga menampilkan pokok durian sebenar sebagai hiasan utamanya!

Kami dalam misi untuk mentakrifkan semula kenikmatan durian di Malaysia dan di tempat lain. Hanya menggunakan rangkaian durian tempatan paling eksklusif di pasaran, kami telah menghasilkan tawaran menu iaitu durian segar, kek dan pastri. Sebagai pembekal durian terbaik negara, kami memilih durian yang kami gunakan. Mereka dipilih dengan teliti oleh pakar untuk memastikan kesegaran dan kualitinya. Setiap buah yang membawa jenama kami juga mesti ditanam secara artisan

Ernest Lee Chi Yeung, Pengurus Pemasaran.
duke fine durian
Durian platter & Matcha Yuzu. Kombinasi yang menarik untuk dinikmati bersama.

Pengunjung boleh memilih daripada lima jenis durian seperti D197 dan Green Dragon. Setiap satunya akan digandingkan dengan hiasan seperti serpihan emas, matcha, keju dan banyak lagi.

Ada juga menu lain iaitu:

  • Durian Oyaki (muffin Inggeris Jepun dengan durian)
  • Durian Charcoal (tart kastard durian dengan asas croissant arang)
  • Croissant Durian
duke fine durian
Antara variasi pilihan pastries yang terdapat dalam menu. Menarik juga dapat makan Croissant Durian sambil tengok trafik di kawasan Bukit Bintang.

Ada juga beberapa variasi menu minuman untuk dinikmati dengan hidangan durian seperti Matcha Yuzu, jus, pelbagai jenis teh Cina dan kopi.

Untuk maklumat lanjut tentang Duke Fine Durian atau melihat promosi terbaru mereka, ikuti mereka di Instagram @duke.finedurian.

duke fine durian

Duke Fine Durian terletak di Lot G-43 (depan Uniqlo), Tingkat Bawah Fahrenheit88, di sepanjang Jalan Bukit Bintang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd