Now Reading
Food Republic Buka Satu Lagi Cawangan Baharu Di Pavilion Bukit Jalil

Food Republic Buka Satu Lagi Cawangan Baharu Di Pavilion Bukit Jalil

Food Republic di Pavilion Bukit Jalil ini berkeluasan 22,000 kaki persegi dan menyediakan 800 tempat duduk untuk para pelanggan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Food Republic baru sahaja membuka cawangan terbaharunya di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil pada 1 Mei 2022. Pengunjung boleh melihat dekorasi dalaman yang kontemporari serta dihiasi cahaya terang dan kawasan yang lapang.

Menurut Pengurus Besar Food Republic Malaysia Encik Andy Kiu, Food Republic akan memberi pengalaman baharu kepada para pelanggan mereka dengan memilih peniaga yang menawarkan pelbagai makanan berkualiti di bawah satu bumbung.

Kami berhasrat untuk menjadikan Food Republic sebagai destinasi sehenti untuk semua orang yang mahu merasai makanan jalanan di ruang yang selesa serta mempunyai pelbagai pilihan.

Pengurus Besar Food Republic Malaysia Encik Andy Kiu.
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pelbagai pilihan makanan ditawarkan kepada pelanggan

Dengan pelbagai pilihan makanan popular seperti Kari Kepala Ikan, makanan bergoreng dari Little Wok dan campuran tofu serta sayuran dari Yong Tau Foo, semuanya boleh didapatkan di satu lokasi yang mempunyai fleksibiliti dari segi pilihan.

Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan berpatutan.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Antara menu lain yang boleh dinikmati oleh para pelanggan adalah seperti Hot Plate Chicken Yee Mee dari Delicious Hot Plates, hidangan barat dari Wild Basil Western dan masakan Jepun oleh Ken-chen Curry.

Ichiban Teppanyaky juga mempunyai meja dan kerusi bersambung dengan kaunter yang membolehkan pelanggan melihat sendiri proses memasak di atas gril.

Makan kalau tak ada ada pencuci mulut rasa macam tak lengkap kan? Di sini juga anda boleh mendapatkan pelbagai jenis manisan seperti Cendol dan Ais Kacang yang cukup menyelerakan.


Jadi kepada anda yang ingin mencuba menu-menu yang ditawarkan di sini, bolehlah berkunjung ke Food Republic Pavilion Bukit Jalil ini yang dibuka pada jam 10AM sehingga 10PM pada setiap hari.

Nak ajak seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan makan di sini pun boleh kerana lokasi ini yang berkeluasan 22,000 kaki persegi menyediakan 800 ruang duduk kepada pelanggan mereka.

Lokasi: Lot 1.16.00 Level 1, Pavilion Bukit Jalil, No. 2, Persiaran Jalil 8, Bandar Bukit Jalil 57000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd