Now Reading
Ini 5 Hidangan Tradisional ‘Rare’ Ditemui Di Pagi Raya Aidilfitri

Ini 5 Hidangan Tradisional ‘Rare’ Ditemui Di Pagi Raya Aidilfitri

Banyak sebenarnya hidangan ‘rare’ tradisional Melayu selain ketupat, lemang dan rendang yang biasa dihidangkan di pagi raya Aidilfitri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebiasaannya bila tiba musim perayaan Aidilfitri, meja makan akan penuh dengan hidangan seperti nasi impit, ketupat, rendang, kuah kacang dan sebagainya. Tak lengkap rasanya nak menyambut perayaan Aidilfitri kalau tak ada menu-menu ini disajikan di atas meja sebagai juadah kan?

BACA JUGA: Ini 6 Jenis Ketupat Yang Jarang Diketahui Ramai. Tapi Wajib Rasa!

Tetapi ada juga sesetengah keluarga yang akan menghidangkan menu lain daripada yang lain bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Nak tahu hidangan tradisional apa yang selalu dihidangkan pada zaman dahulu dan sekarang agak ‘rare’ untuk dijumpai? Jom baca perkongsian kami di bawah.

Antara menu ‘rare’ ketika Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:

1. Burasak

Sumber: Kata Malaysia

Juga dikenali sebagai Ketupat Borneo, hidangan ini merupakan menu tradisional popular oleh kaum Bugis di Sabah dan jarang dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia.

Menu yang disebut Buras ini juga kebiasaannya dimasak dengan nasi dikukus bersama santan dan dihidangkan dengan ayam masak merah, ayam masak likku dan asam pedas ikan parang.

Jangan tertukar dengan lipat pesang pula ya kerana bentuk kedua-dua juadah tersebut hampir sama tetapi burasak ini lebih lebar dan besar.

2. Ketupat lemak

Sumber: Cook Pad

Juadah ketupat memang hidangan biasa yang disajikan ketika musim perayaan Aidilfitri. Tetapi anda pernah dengar ketupat lemak? 

Apa yang isitimewa tentang ketupat lemak adalah ketupat ini akan direndam di dalam santan bercampur garam selama tiga hingga empat jam untuk memberikan rasa lemak secukup rasa. Ketupat lemak ini kalau dimakan sahaja pun dah sedap, inikan pula kalau makan dengan rendang ayam. Fuh, terliur!

3. Sambal goreng pengantin

Sumber: YouTube Cuba-Cuba Resepi

Sambal goreng pengantin adalah hidangan terkenal di negeri Johor serta Singapura dan jarang dijumpai kerana tak semua orang rajin nak masak sambal ini. Bahan-bahan yang banyak dan mengambil masa agak lama untuk dimasak membuatkan juadah berkenaan semakin kurang diketahui.

Apa yang isitimewa tentang sambal goreng pengantin adalah menu ini mempunyai kepingan daging dan bukannya sekadar campuran pelbagai protein seperti di dalam sambal goreng yang biasa dimakan.

4. Ayam ungkep

Sumber: Bella Jamal

Ayam ungkep adalah hidangan tradisional masyarakat Jawa ketika menyambut perayaan Aidilfitri. Siapa orang Jawa mesti tahu menu ini kan? 

Tapi apa maksud ‘ungkep’ sebenarnya? Ungkep bermaksud kesemua bahan dicampur sekali menjadi satu. Hidangan ini dimasak dengan cara mencampurkan kesemua bahan dalam satu tempat yang sama sebelum dimasukkkan ke dalam kuali dan ditutup rapat di bawah api sederhana.

Ayam ungkep ini kalau dimakan dengan nasi panas memang padu!

5. Lemang tepung

Menu ini adalah makanan tradisi orang Perak dan dikatakan mempunyai rasa hampir sama dengan kuih bingka. Cuma cara masakannya pula lebih kurang seperti lemang pulut iaitu dengan menggunakan buluh. 

Ada macam-macam warna lemang tepung ini seperti hijau, putih dan coklat bergantung kepada bahan yang digunakan.

Lemang ini sudah semakin jarang dijumpai pada zaman ini kerana dikatakan cepat basi dan tidak boleh bertahan lama. Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat lemang tepung juga agak sukar dicari dan mengambil masa yang lama untuk dimasak.


Banyak je sebenarnya hidangan tradisional orang Melayu selain ketupat, lemang dan rendang yang biasanya dihidangkan di pagi raya Aidilfitri. Sekali sekala dapat merasa hidangan lain pun okay juga kan?

Sumber: Gempak

Bolehlah tunjuk sikit skil pengetahuan anda tentang mana-mana hidangan di atas ketika menziarahi keluarga di musim perayaan. Sambil-sambil makan, boleh bertukar maklumat dengan saudara-mara tentang menu tradisional ini. Dapat juga menambah ilmu, betul tak?

BACA JUGA: Ini 13 Cara Mudah Untuk Anyam Ketupat Bagi Mereka Yang Baru Belajar. Nak Cuba?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd