Now Reading
Ini 6 Jenis Ketupat Yang Jarang Diketahui Ramai. Tapi Wajib Rasa!

Ini 6 Jenis Ketupat Yang Jarang Diketahui Ramai. Tapi Wajib Rasa!

Antara jenis ketupat yang jarang ditemui di Semenanjung Malaysia adalah ketupat Borneo atau Burasak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila terbayangkan kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri, mesti akan teringat hidangan ketupat dimakan pula dengan kuah rendang. Alamak terliur pula. Walaupun kita berada dalam peredaran masa yang semakin canggih, namun makanan tradisional masih menjadi kegemaran ramai.

Tak lengkap rasanya nak menyambut perayaan Aidilfitri kalau tak ada menu ketupat dan rendang disajikan di atas meja sebagai juadah kan?

Bukan setakat untuk dimakan, cara anyaman ketupat pun masih ada yang sudi untuk belajar walaupun zaman sekarang sudah banyak ketupat instant dijual di pasaran.

BACA JUGA: Ini 13 Cara Mudah Untuk Anyam Ketupat Bagi Mereka Yang Baru Belajar. Nak Cuba?

Jenis-jenis ketupat

Bila sebut tentang ketupat, mesti ramai yang terbayang ketupat sate kan? Sebab ketupat ini yang paling mudah dibuat. Tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis ketupat yang anda perlu tahu.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Ketupat bawang

Sumber: Halalogy

Kenapa namanya ketupat bawang? Kerana kelongsongnya yang dibuat menggunakan daun kelapa hampir sama dengan bentuk bawang.

Langkah penyediaan ketupat ini dengan jenis lain sama sahaja iaitu dengan mengisi beras ke dalamnya sebelum direbus dalam periuk. Yang membezakannya hanyalah bentuk sahaja.

Kalau anda teringin nak belajar cara menganyam ketupat bawang, memang kena banyak bersabar terutamanya mereka yang baru nak berlatih. Banyak je video tutorial cara nak anyam ketupat bawang ini.

2. Ketupat palas

Sumber: Rasa

Ketupat yang berbentuk segi tiga ini lebih popular di negeri pantai timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang. Di negeri belah utara, ketupat palas ini ada jantina ya. Jangan terkejut!

Ketupat palas jantan mempunyai lebihan isi di akhir balutan dan diikat dengan kemas manakala ketupat palas betina bersaiz kecil dan tiada isi lebihan di hujung ikatan serta tidak dibalut dengan rapi.

Ketupat palas ini berbeza sedikit kerana diperbuat daripada beras pulut dan santan pekat. Kelongsongnya juga diperbuat daripada daun palas dan boleh dimasak dengan dua cara, sama ada direbus atau dikukus.

Yang uniknya, ketupat palas ini juga mempunyai pelbagai variasi seperti inti kacang, serunding dan jagung. Tak ada inti pun ada juga.

Sumber: Twitter @MawarSiti4

3. Ketupat nasi

Sumber: Gempak

Ketupat ini diberi nama sedemikian kerana diperbuat daripada nasi yang dimampatkan ke dalam losong daripada daun kelapa. Selain disebut sebagai ketupat nasi, menu ini juga dikenali sebagai nasi impit. Cara penyediaan ketupat nasi ini mudah sahaja iaitu dengan dikukus di dalam periuk.

Rasanya ramai yang selalu makan ketupat nasi ini kerana biasanya dihidangkan bersama sate serta dimakan dengan kuah kacang. Bukan itu sahaja, ketupat nasi juga dimakan bersama lodeh serta rendang yang menjadi kegemaran masyarakat di selatan Semenanjung Malaysia.

4. Ketupat borneo

Sumber: Kuali

Juga dikenali sebagai Burasak, hidangan ini jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia kerana lebih terkenal dalam kalangan etnik Bugis di Sabah. Menu ini merupakan hidangan tradisional mereka yang dihidangkan bersama ayam masak merah, ayam masak likku dan asam pedas ikan parang.

Dengan nama lain iaitu Buras, menu ini disediakan dengan nasi yang dikukus bersama santan dan dibalut menggunakan daun pisang nipah.

Sekali tengok, burasak ini mempunyai bentuk yang hampir sama dengan lepat pisang tetapi lebih lebar dan besar.

5. Ketupat sotong

Sumber: Iluminasi

Ketupat sotong juga dikenali sebagai sotong sumbat kerana bahagian dalam hidangan ini diisi dengan pulut yang dimasak dengan santan pekat.

Menu tradisional ini lebih popular di perkampungan nelayan di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu kerana lambakan sotong yang tidak habis dijual ketika musim mencandat sotong.

Biasanya kita tengok ketupat dibalut dengan daun palas atau daun kelapa, tetapi hidangan ini ‘dibalut’ dengan sotong. Unik kan?


Banyak rupanya jenis ketupat yang ada. Selama ini ingatkan ketupat cuma ada sejenis je. Sekarang ini anda dah tahu!

Bolehlah tunjuk sikit skil pengetahuan anda tentang ketupat kalau terjumpa dengan mana-mana jenis ketupat di atas ketika menziarahi keluarga di musim perayaan. Sambil-sambil makan, boleh bertukar maklumat dengan saudara-mara tentang menu tradisional ini. Dapat juga tambah ilmu sikit-sikit, betul tak?

BACA JUGA: Ini 13 Cara Mudah Untuk Anyam Ketupat Bagi Mereka Yang Baru Belajar. Nak Cuba?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd