Now Reading
[Review] Team TRP Cuba 7 Menu Istimewa Berbuka Puasa Di Sunway Resort

[Review] Team TRP Cuba 7 Menu Istimewa Berbuka Puasa Di Sunway Resort

Sunway Resort kembali lagi dengan bufet Ramadan mereka iaitu ‘Jemput Makan’ yang berlangsung pada 4 April sehingga 2 Mei 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba bulan Ramadan, banyak hotel serta restoran akan menawarkan menu bufet Ramadan mereka untuk dinikmati ketika berbuka puasa bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Ada banyak pilihan lokasi yang anda boleh pergi sebenarnya di sekitar Lembah Klang.

BACA JUGA: Ini 11 Hotel Yang Tawar Hidangan Bufet Sepanjang Ramadan 2022. Jom?

Team TRP berbuka di Sunway Resort

Baru-baru ini, team TRP dijemput oleh Sunway Resort untuk berbuka puasa bersama mereka di The Resort Cafe.

Pada tahun ini, Sunway Resort kembali lagi dengan bufet Ramadan mereka iaitu ‘Jemput Makan’ yang berlangsung pada 4 April shingga 2 Mei 2022.

Di sini, anda memang akan rambang mata bila tengok hidangan yang disediakan kerana terdapat pelbagai jenis menu seperti pelbagai jenis nasi sehingga sajian antarabangsa antaranya sushi dan pasta.

Hidangan yang menarik perhatian untuk kami cuba adalah menu ‘highlight’ mereka seperti:

1. Hinava

Sumber: Sunway Resort

Nama lain bagi menu ini adalah Barramundi Ceviche.

Menu ini adalah hidangan klasik daripada Sabah dimasak mengikut resepi turun-temurun Chef Supaat menggunakan kepingan Barramundi yang diperap dengan jus limau, cili mata burung, bawang merah, halia dan peria.

REVIEW: Bagi kami, rasanya seperti ikan. Sedap juga!

2. Linut dan Ikan Rebus Kunyit

Sumber: Sunway Resort

Linut adalah hidangan yang diperbuat daripada tepung Sago yang dimasak bersama rebusan air ikan Skipjack Tuna dicampur kunyit, asam jawa, cili mata burung, buah Bambangan dan Sambal Belacan.

REVIEW: Rasanya agak liat dan sukar untuk ditelan. Namun, kombinasi pelbagai bahan masih boleh diterima anak tekak kami.

3. Ikan Salai Terung Asam

Sumber: Sunway Resort

Menu ini juga dipanggil sebagai ‘Smoked Barramundi’ merupakan hidangan yang sering dilihat di negeri Sarawak.

REVIEW: Ini FAVOURITE kami! Rasa masam-masamnya cukup sempurna. *chef’s kiss*

4. Sambal Kulat Sisir

Sumber: Sunway Resort

Percaya atau tidak, sambal ini memang diperbuat daripada kulat!

Tapi kulat yang digunakan ini tumbuh daripada pokok dan selalu dimakan oleh orang zaman dahulu ketika berada di dalam hutan.

REVIEW: Ada rasa rangup-rangup sikit. Makan dengan nasi putih panas memang sedap.

5. Ayam Pansuh

Sumber: Sunway Resort

Ayam Pansuh atau juga disebut sebagai ‘Manuk Pansuh‘ adalah hidangan istimewa negeri Sarawak yang dimasak menggunakan buluh.

REVIEW: Menu ini memang lain daripada yang lain. Tak pernah kami rasa di mana-mana tempat, pertama kali cuba. Tapi bila sekali rasa, memang nak lagi!

6. Bubur Lambuk Rusuk Pendek

Sumber: Sunway Resort

Bubur lambuk adalah hidangan yang wajib bila tiba bulan Ramadan. Tapi menu tersebut di sini agak berbeza kerana dihidang bersama Sup Rusuk Pendek dengan potongan daging.

REVIEW: Bagi kami, bubur lambuk ini agak biasa seperti yang kita selalu makan. Bezanya mungkin rasanya lebih berempah kerana dihidang bersama Sup Rusuk Pendek.

7. Sate Ikan

Kebiasaannya kita makan sate ayam dan daging, betul tak? Jarang kita tengok sate ikan.

REVIEW: Rasanya agak berbeza daripada sate ayam dan daging. Teksturnya lebih lembut. Senang nak makan.


Tempahan untuk berbuka puasa

Dah bosan berbuka puasa di rumah? Bolehlah ajak ahli keluarga atau rakan-rakan iftar di The Resort Cafe, Sunway Resort. Tempahan boleh dibuat melalui e-mel srhs.bookfnb@sunwayhotels.com atau boleh hubungi mereka di talian +603 7495 2009.

[KLIK DISINI] untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Jangan lepaskan peluang ini untuk berbuka puasa bersama Sunway Resort pada tahun ini!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd