Now Reading
Milo Sambut Ramadan Tawar Gabungan Produk Berkhasiat. Siap Ada Kurma!

Milo Sambut Ramadan Tawar Gabungan Produk Berkhasiat. Siap Ada Kurma!

Diperbuat daripada malt, susu dan koko serta gabungan vitamin dan mineral penting, MILO sesuai dihidangkan untuk sahur, iftar mahupun moreh bagi mengekalkan dan memulihkan tenaga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


MILO menyambut kedatangan Ramadan tahun ini dengan menawarkan rangkaian produk berkhasiat bagi membantu rakyat Malaysia kekal bertenaga dalam menyempurnakan aktiviti harian sepanjang bulan yang mulia ini.

Digemari turun temurun selama lebih 70 tahun, jenama minuman malt coklat ikonik ini melangkah lebih jauh pada musim ini dengan menunjukkan pelbagai cara untuk menikmati aneka produknya yang lazat serta penuh kebaikan.

Diperbuat daripada malt, susu dan koko serta gabungan vitamin dan mineral penting yang membantu membebaskan tenaga daripada makanan, MILO sesuai dihidangkan untuk sahur, iftar mahupun moreh bagi mengekalkan dan memulihkan tenaga. 

Saban tahun, MILO telah mengembangkan inovasi rangkaian produknya bagi memenuhi keperluan tenaga, cita rasa serta gaya hidup rakyat Malaysia yang berbeza.

Daripada serbuk MILO dalam tin kegemaran ramai sepanjang zaman, sehinggalah pelbagai variasi MILO Mixes yang didatangkan dalam format stik pek dan ‘sachet’ seperti:

  • MILO 3-in-1.
  • MILO Less Sugar.
  • MILO with Whole Grain Cereal

MILO mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama meneroka semula dan terus menikmati kebaikan MILO sepanjang Ramadan ini.

Gabungan Bahan-bahan Berkhasiat.

Enak dinikmati begitu sahaja mahupun digabungkan dengan bahan-bahan berkhasiat yang mudah didapati pada musim ini seperti buah kurma, MILO turut menyajikan resepi istimewa seperti MILO Panas dengan Kurma, MILO Pisang dan Kurma Koko Buzz dan MILO dengan Anggur dan Kurma yang ideal untuk sahur, iftar atau moreh.

Resepi-resepi MILO ini juga diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada pengguna untuk menghasilkan hidangan ciptaan mereka yang tersendiri.

Sebagai jenama yang dekat di hati pengguna, kami percaya Ramadan tahun ini lebih mencabar di mana kehidupan seharian kini kembali padat. Memulakan hari dengan nutrisi penting yang lengkap dengan vitamin dan mineral semestinya perlu untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Selain itu, kami juga mengetahui pelbagai cara unik rakyat Malaysia menikmati MILO kesukaan mereka. Justeru, melalui kempen Raikan Kebaikan Ramadan, kami ingin terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menikmati kebaikan khasiat serta kelazatan MILO mengikut cara kesukaan masing-masing, agar mereka dapat menyempurnakan Ramadan ini dengan penuh bertenaga. Bagi menyemarakkan sambutan, kami telah melancarkan satu peraduan beli-dan-menang selama sembilan minggu di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah mingguan yang lumayan

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Peraduan: Raikan Kebaikan Ramadan

Dari 1 Mac hingga 30 April 2022, pengguna di seluruh negara layak menyertai peraduan MILO Raikan Kebaikan Ramadan dengan hanya pembelian minimum mana-mana produk MILO terpilih bernilai RM15 dalam satu resit dan menghantarkan penyertaan mereka secara atas talian.

Pemenang akan dipilih setiap minggu di mana seramai 27,000 peserta berpeluang memenangi hadiah bonus mingguan Pin Tambah Nilai Touch ‘n Go bernilai RM5.

Bagi melipatgandakan peluang untuk menjadi pemenang, pengguna boleh membeli mana-mana produk MILO berikut untuk meraih dua penyertaan:

  • MILO 3-in-1.
  • MILO Less Sugar.
  • MILO Stik Pek.
  • MILO with Whole Grain Cereal.
  • MILO Tin 1.5kg.

NOTA: Tiada had ke atas jumlah penyertaan yang boleh dihantar oleh pengguna. 

Peraduan MILO Raikan Kebaikan Ramadan mengalu-alukan semua pengguna MILO berumur 18 tahun dan ke atas yang merupakan penduduk Malaysia dengan dokumen pengenalan yang sah.

Untuk terma dan syarat penuh serta sajian resipi MILO istimewa bagi menyempurnakan sambutan Ramadan, [KLIK SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd