Now Reading
[Review] Team TRP Cuba Macam-macam Jenis Roti Di Baketouch Microbakery

[Review] Team TRP Cuba Macam-macam Jenis Roti Di Baketouch Microbakery

Secara keseluruhan, kami boleh bagi rate 8/10.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain nasi, roti juga menu yang sering dimakan oleh masyarakat Malaysia. Kebiasaannya hidangan ini dijamu ketika sarapan atau minum petang.

Bila sebut roti, mesti ramai yang teringat roti dijual di pasar raya seperti Gardenia, Mighty White dan sebagainya.

Sebenarnya, ada pelbagai jenis roti yang anda boleh jumpa jika di bakeri.

Team TRP pelbagai menu roti

Baru-baru ini, Team TRP dijemput untuk merasai beberapa menu di Baketouch Microbakery yang terletak di Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor. Untuk peminat hidangan roti, anda boleh cuba sendiri sebab kami pun dah cuba.

Nak tahu review dari kami? Jom!

Antara menu yang kami rasa adalah seperti:

1. Onion Bagel with Soft Shell Crab

Sumber: Murni Azman/ TRP

Menu ini dihidangkan sekali bersama ketam goreng dan sos kari. Sekali tengok memang ‘wow’!

Bila ‘ngap’ dalam mulut, kombinasi bagel dan kepingan ketam memang sedap.

Cuma bagi kami, hidangan itu agak leceh untuk dimakan kerana ketam tersebut agak mudah terkeluar dari bagel tersebut.

Rate: 8/10

2. Sweet Potato Raisin Bread with Avocado

Sumber: Murni Azman/ TRP

Ini antara menu favourite kami. Rasa avocado dia memang meresap dalam mulut bila sekali gigit!

Sedap betul sampai kami pun tapau lagi satu untuk makan di rumah pula.

Rate: 8.5/10

3. Tri-mushroom Soup with Garlic Bread

Sumber: Murni Azman/ TRP

Bila sebut sup cendawan, mesti anda boleh bayangkan rasa dia macam mana walaupun tak rasa lagi kan?

Menu ini agak biasa di kebanyakan kedai tetapi di Baketouch Microbakery, sup ini lain sikit rasa dia. Macam ada ‘kick’! Boleh tahan sedap juga.

Rate: 8/10

4. Large Croissant

Sumber: Facebook Baketouch Microbakery

Croissant di sini tiada inti tetapi rasanya masih sedap. Cuma bagi tekak kami, menu ini agak biasa dan hampir sama di kedai-kedai yang lain.

Rate: 7/10

Okay done with foods. Jom rasa minuman pula.

Kami diberi dua jenis minuman iaitu:

  • Mrs Tea
  • Sexy Chocolate On The Rock

Untuk minuman Mrs Tea, rasa dia agak lain tetapi sedap! Menurut pekerja mereka, katanya beg teh tersebut mengandungi bunga Krisantemum dan beberapa bahan semula jadi.

Yang paling best, rasa manis dalam teh itu bukan dari gula tetapi dari buah kurma! Memang healthy gitu.

Untuk minuman Sexy Chocolate On The Rock pula, rasanya agak muak bagi kami.


Tetapi setiap orang lain-lain tekak, betul tak? Mungkin ada datang dan cuba sendiri menu di Baketouch Microbakery untuk rasa sendiri hidangan mereka.

Kalau tanya pendapat kami sama ada bakeri ini ‘worth to go’ atau tidak? Jawapan kami YES!


Conscience Gourmet

Conscience Gourmet adalah syarikat makanan dan minuman (F&B) yang ditubuhkan pada tahun 2021 dengan matlamat bagi menawarkan peluang francais, mengeksport produk mereka ke luar negara dan mengendalikan dapur secara atas talian bagi mereka yang baru menceburi perniagaan F&B di Malaysia.

Mereka kini memperkenalkan 5 jenama yang dibuka sebagai francais iaitu:

  • Baketouch Microbakery.
  • Micro Dimsum Hot Pot.
  • Gelatoto.
  • Firemomo.
  • Nature Touch.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Conscience Gourmet, sila layari: www.conscience gourmet.com.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd