Now Reading
Tak Suka Kopi? Jom Cuba 5 Minuman Matcha Jenama Lokal Sekitar Lembah Klang

Tak Suka Kopi? Jom Cuba 5 Minuman Matcha Jenama Lokal Sekitar Lembah Klang

Ada macam-macam jenis pilihan minuman matcha lokal yang anda patut cuba sekitar Lembah Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ada sesetengah orang yang hidup mereka rasa macam tak ada ‘kick’ kalau tak minum kopi dalam sehari. Bila dapat kopi, barulah bersemangat nak buat kerja di pejabat.

Tak kisahlah kopi bancuh sendiri atau beli di luar, yang penting coffee fixed!

BACA JUGA: Ini 5 Kopi Lokal Yang Anda Patut Cuba. Mesti Sedap Punya!

Namun, ada juga yang kurang gemar dengan minuman kopi dan lebih memilih minuman matcha. Jangan keliru antara matcha dan teh hijau kerana kedua-duanya adalah minuman yang berbeza.

Namun, kedua-duanya mempunyai khasiat yang sama seperti antioksidan, polyphenols, dan asid amino dikenali sebagai L-theanine.

Terliur pula bila bercerita tentang minuman matcha waktu cuaca panas. Jom cuba minuman matcha di kedai lokal nak?

Banyak sebenarnya kedai matcha lokal yang best sekitar Lembah Klang. Harga pun boleh berbaloi juga. Antaranya:

1. Niko Neko Matcha

Sumber: Instagram @donutstare

Niko Neko Matcha adalah salah satu kedai tempatan yang mendapat sambutan masyarakat terutamanya golongan muda.

Kedai yang terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur ini menyajikan pelbagai jenis minuman matcha. Korang tengoklah sendiri menu mereka. Memang rambang mata!

Harga pun taklah mahal sangat.

Bukan setakat minuman, pencuci mulut pun ada. Ada macam-macam jenis, rasa nak makan semua!

Untuk anda yang sudah terliur tu, boleh cepat-cepat pergi ke kedai mereka. Ada beberapa cawangan di lokasi seperti berikut:

  • Niko Neko Matcha 2.0 – Chinatown, 181, Jalan Tun H. S. Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur.
  • Niko Neko Matcha 1.5 – Bangsar, 82A, Lorong Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.

2. HEJAÜ

Sumber: Instagram @brunchqueenskl

Nama HEJAÜ, mestilah minuman jualan pun warna hijau. Minuman matcha di sini ada pelbagai perisa unik.

Disebabkan HEJAÜ adalah jenama tempatan, jadi ada di antara menu mereka menggunakan bahan yang sering digunakan oleh masyarakat tempatan seperti barli, kelapa, tebu, nenas dan kenyit.

HEJAÜ juga terkenal dengan pencuci mulut Matcha Polo Bun. Setiap kali datang, mesti habis punya!

Unik kan menu matcha mereka? Untuk anda yang tengah terbayang-bayang macam mana rasa matcha tebu dan lain-lain, jom serbu kedai HEJAÜ!

  • The Gasket Alley, Unit 15-10, Lot 15, Jalan 13/6, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor.
  • Lot G-7, Arcoris Plaza, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

3. IJO. Matcha

Sumber: Eat Drink KL

Satu lagi jenama tempatan yang patut anda cuba iaitu IJO. Matcha. Bila sebut IJO, seakan-akan sama dengan sebutan warna hijau tapi dengan loghat pekat negeri Perak.

IJO. Matcha ini pun boleh tahan unik juga menu dia. Bukan biasa-biasa tau minuman matcha tempatan.

Tak percaya? Cuba tengok menu mereka.

Tak pernah terbayang minuman matcha akan ada pelbagai jenis macam ini kan? Memang power betul masyarakat tempatan kita cipta menu yang unik.

Kalau tiba-tiba dilema nak minum matcha atau bandung selasih contohnya, jangan risau IJO. Matcha ada penyelesaiannya.

Teringin juga nak tahu apa rasa gabungan matcha dan beberapa minuman lain. Jom cuba?

  • Level 3, B.03.03A Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.
  • B1-13 (Level 1), Liberty Arc @ Ampang Ukay, Selangor.

4. Match-It Matcha

Satu lagi kedai minuman matcha yang menjadi bualan golongan muda sekitar Lembah Klang iaitu Match-It Matcha.

Dengan matlamat untuk menghasilkan minuman matcha yang memenuhi citarasa tempatan, pemilik Match-It Matcha ini menyediakan lebih 10 pilihan menu minuman matcha serta pencuci mulut.

Antara menu popular yang menjadi kegemaran ramai adalah Lotus Biscoff Matcha!

Sumber: Instagram Match-It Matcha

Menu yang lain adalah seperti berikut:

Baru-baru ini mereka memperkenalkan menu Rose Matcha Frappucino bersempena dengan Hari Valentines. Kreatif juga Match-It Matcha ini.

Sumber: Instagram Match-It Matcha

Jadi kalau anda nak tahu menu menarik apa lagi yang mereka ada, ajaklah rakan kairb anda ke kafe Match-It Matcha di lokasi berikut:

  • No 47, Jalan Wangsa 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5. Oh Cha Matcha

Sumber: Luxurious Magazine

Kombinasi kedai Oh Cha Matcha yang berwarna merah jambu dan hijau memang comel betul!

Minuman matcha dari kedai ini katanya tiada gula dan menggunakan susu ‘dairy-free’. Jadi, sesuai lah untuk anda yang mengidam minuman ini waktu tengah diet. Kasi chance lah kiranya kan?

Antrara menu yang terdapat di Oh Cha Matcha ini adalah seperti:

Sumber: The Foodbunny

Oh Cha Matcha juga ada menjual minuman bercampur dengan suplemen dari bahan semula jadi seperti herba dan cendawan.

Menarik juga kalau dapat rasa minuman matcha yang lebih sihat macam ini. Rasa macam nak pergi beli sekarang lah. Jom?

  • 130, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Ada banyak rupanya jenis pilihan matcha jenama tempatan. Tengok senarai tadi macam rambang mata, tak tahu nak cuba yang mana satu.

Weekend ni jom ajak kawan-kawan korang matcha-hunting?

Selamat mencuba! 🍵


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd