Santan Perkenal Menu Nasi Lemak Salmon Sempena Tahun Baru Cina. Jom Cuba!
Hidangan ini juga didatangi dengan tambahan Mushroom Goreng Rempah serta Cauliflower Goreng Rempah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Santan baru sahaja memperkenalkan menu baharu iaitu Nasi Lemak Salmon.
Sal…WHAT? SALMON?!
Wah, bukan calang-calang ya menu keluaran Santan kali ini. Ingatkan ada Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah atau Daging Rendang sahaja. Kali ini mereka bakal menyajikan rakyat Malaysia dengan Salmon pula.
Ikan kayangan tu!
Nasi Lemak Golden Salmon, CNY!
Nasi Lemak Golden Salmon Pak Nasser ini diperkenalkan bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Salmon rangup berempah digoreng sehingga keemasan ini dihidangkan bersama nasi wangi dan semestinya sambal istimewa Pak Nasser.
Hidangan ini juga didatangi dengan tambahan Mushroom Goreng Rempah serta Cauliflower Goreng Rempah. Tapi untuk kedua-dua tambahan ini anda hanya perlu menambah RM3/setiap satu.
Berbaloi!
Kami dah cuba, WE LOVED IT!
VERDICT:
Team TRP berpeluang untuk mencuba sendiri menu baharu keluaran Santan ini dan jika ikut selera dan tekak kami: SEDAP!
Paling favorite sambal popular Pak Nasser ini.
Rasa manis-manis pedas, nasi wangi dan dinikmati pula dengan ikan Salmon. Tapi jika makan terlalu banyak, boleh muak juga. Kalau anda kurang suka ikan Salmon, mungkin boleh cuba pesan satu dan kongsi dengan sesiapa.
Baru tak membazir sebab menu ini sangat limited ya.
(Kredit: Siti Murni/TRP)
(Kredit: Siti Murni/TRP)
Kalau nak cuba, boleh pesan sendiri di airasia food [KLIK SINI].
Sekian, review dari TRP.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.