Now Reading
Jom Cuba 10 Jenis Snek Halal Kaum Cina Sempena Tahun Baru Cina

Jom Cuba 10 Jenis Snek Halal Kaum Cina Sempena Tahun Baru Cina

Anda juga boleh buat beberapa snek ini sendiri di rumah, senang je!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 1 Februari tahun ini sememangnya memberi keterujaan buat kaum Cina.

Untuk anda yang bakal menyambut perayaan ini tidak lama lagi, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan SOP yang perlu dipatuhi.

BACA JUGA: Reunion CNY Boleh, Namun Rumah Terbuka Tidak Dibenarkan – MKN

Bila tibanya musim perayaan ini, pastinya semua pasar raya akan dipenuhi dengan buah limau mandarin.

Kalau anda sudah bosan dengan limau mandarin, apa kata anda cuba pula beberapa snek kaum Cina yang lain.

Jangan risau, kami recommend menu yang halal buat penganut agama Islam.

1. Biji bunga matahari

Kredit: Kawaii Beauty Japan

Bila sebut biji bunga matahari mesti ramai yang macam terfikir kan? Sebenarnya ianya adalah makanan yang juga dipanggil kuaci.

Tahu tak? Kuaci adalah snek yang turut dihidangkan semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Tapi kalau anda nak dapatkan pada bila-bila masa pun senang juga kerana sudah dijual merata kedai serta pasar raya.

2. Latiao

Kredit: CGTN

Snek kepingan pedas yang diperbuat daripada tepung, minyak cili dan perasa makanan ini kurang diketahui oleh masyarakat. Jadi, siapa yang belum pernah rasa, kena cuba!

Rasanya yang ‘pedas manja-manja’ sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

3. Mantao

Kredit: Yummy.ph

Mantao atau juga dikenali sebagai roti kukus Cina adalah snek yang mudah dijumpai di mana-mana.

Bila tengok gambar, mesti ramai yang ingat ini adalah pau kan? Sebenarnya ada perbezaan antara dua makanan tersebut.

Dalam bahasa Mandarin, pau disebut sebagai Bao dan bukannya Mantao.

4. Kepingan haw

Kredit: Yum of China

Snek ini diberi nama sedemikian kerana diperbuat daripada pokok Hawthorn. Sebenarnya buah daripada pokok ini boleh dimakan begitu sahaja.

Tetapi, versi snek ini lebih popular di Asia.

Gula-gula ini juga dikenali ketika zaman kanak-kanak pada waktu dahulu. Siapa pernah makan mesti nak lagi kan?

5. Tanghulu

Kredit: Yum of China

Snek yang berasal daripada Beijing ini adalah salah satu snek yang diperbuat daripada buah pokok Hawthorn.

Namun, ada juga yang menggantikan buah itu menggunakan buah lain seperti stawberi, oren, dan kurma.

Kebiasaanya, buah-buah tersebut akan dicucuk pada batang lidi dan gula hangus.

Kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah pun boleh, senang je!

6. Tart nenas

Kredit: Resepi Che Nom

Tart nenas bukan sahaja juadah ketika Hari Raya Aidilfitri, kuih ini juga dihidangkan ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Istilah ‘ong lai‘ dalam bahasa Hokkien bermaksud nanas tetapi pada masa yang sama kedengaran hampir sama dengan kemakmuran atau kedatangan rezeki.

7. Bakwa

Kredit: Everyday On Sales

Bakwa yang asli adalah diperbuat daripada daging khinzir, tetapi IKEA ada menjual versi halal iaitu daripada daging ayam.

8. Kuih kapit

Boleh dikatakan kuih kapit ini sudah dijual secara meluas. Carilah di Facebook dan Instagram, mesti ramai yang jual.

Tapi, kuih kapit yang dihidangkan pada musim Tahun Baru Cina berbeza sedikit kerana berintikan chicken floss.

Wah, menarik!

9. Crabstick

Snek ini kalau sudah makan, pasti nak lagi kerana anda akan rasa seperti ketagih!

Snek ini boleh dibeli secara atas talian kerana ramai juga yang menjualnya. Kalau nak lagi jimat, boleh juga buat sendiri di rumah.

10. Arrowroot chips

Kredit: Shiok man

Dalam bahasa Kantonis, snek ini disebut sebagai ‘ngaku‘.

Snek ini yang diperbuat daripada sayuran bernama ‘Arrowroot‘. Rasanya tak ramai yang tak tahu tentang jenis sayuran ini.

Siapa sangka, ada juga sayuran yang boleh dijadikan sebagai snek.

Kredit: Shiok man

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd