Ini 5 Kopi Lokal Yang Anda Patut Cuba. Mesti Sedap Punya!
Ada macam-macam pilihan kopi lokal yang anda patut cuba sekitar Lembah Klang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bagi pencinta kopi, pastinya hidup anda tidak lengkap kalau tak dapat secawan kopi sebelum memulakan hari. Rasa macam tak ada ‘kick’ lah!
Ada yang suka buat kopi sendiri di rumah dan ada juga yang suka beli kopi dari beberapa kedai pilihan masing-masing.
Bila sebut kopi je, mesti ramai akan terfikir kedai-kedai yang biasa kita nampak seperti Starbucks, The Coffee Bean & Tea Leaf, Costa dan sebagainya.
Apa kata kita cuba kopi di kedai lokal pula. Jom?
Banyak sebenarnya kedai kopi lokal yang best sekitar Lembah Klang. Harga pun boleh berbaloi juga. Antaranya:
1. Kopi Saigon

Dengan tagline ‘ Tiada Hari Tanpa Kopi’, Kopi Saigon memperkenalkan Kopi Vietnam kepada masyarakat Malaysia.
Kalau anda nak tahu, Saigon adalah nama lama bagi ibu negara Vietnam yang kini dikenali sebagai Ho Chi Minh.
Menggunakan biji kopi premium jenis Robusta yang berkualiti tinggi dan dihasilkan dengan kaedah ‘dripping’ menggunakan Phin Filter membuatkan anda rasa seakan-akan sedang minum kopi original daripada Vietnam.

Di sini, tiada kopi yang lebih daripada RM10. Murah kan? Ada macam-macam pilihan kopi seperti Kopi Kelapa, Kopi Yogurt, Kopi Cincau, Kopi Charcoal dan banyak lagi.

Fuh, kena try ni!
Disebabkan mendapat sambutan hangat daripada penggemar kopi di Malaysia, Kopi Saigon telah membuka beberapa cawangan di lokasi berikut:
- Kampung Baru, KL
- Ara Damansara
- Shah Alam Seksyen 13 dan Seksyen 7
- Bandar Sunway
- Ampang
- Taman Melawati
- Setiawangsa
- Datuk Keramat
- Sungai Penchala
- Puchong Permai
- Cyberjaya
Anda boleh layari laman web www.kopisaigon.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama kopi ini.
2. Kee Nguyen

Jenama ini juga menjual kopi Vietnam sejak Jun 2019 dan diasaskan oleh dua rakyat Malaysia iaitu Radius Khor dan Henry Tan.
Disebabkan ingin memberi pengalaman kepada masyarakat Malaysia merasai kopi Vietnam, harganya pun tidaklah terlalu mahal.

Dalam linkungan RM3 hingga RM8 sahaja. Murah kan?


Bila lihat pada menu mereka pula, terbeliak biji mata sebab pertama kali dengar Kopi Coke? Biar betul?
Bukan itu sahaja, ada juga Kopi Telur! Wah, memang unik ya.

Boleh tahan ramai jugalah peminat Kopi Kee Nguyen ini kerana ada banyak cawangan yang dibuka sekitar Lembah Klang seperti:
- The Strand, Kota Damansara
- Kampung Baru, KL
- SS19
- Seksyen 15 Bandar Baru Bangi
- Bandar Sri Permaisuri, Cheras
- US9, Subang Jaya
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang, anda boleh layari laman web mereka https://keenguyencaphe.com/ dan juga Facebook Kee Nguyen – Vietnam Coffee.
3. Kopi Dua Darjat

Siapa sangka perniagaan yang diusahakan dua orang sahabat ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.
Syed Abdul Hadi Syed Hamzah dan Azad Azmy adalah pengasas kepada gerai kopi ini yang menggunakan kopi kampung sebelum mengolahnya dengan cara moden.
Ada macam-macam pilihan kalau anda datang ke Kopi Dua Darjat ni. Rambang mata tak tahi nak pilih yang mana satu, sebab semua nampak sedap!


Yang tak minum kopi, jangan risau. Ada pilihan lain untuk anda, selain kopi.


Tak boleh ni kalau tengok je, kena cuba ni. Terliur dah.
Anda boleh ke beberapa cawangan mereka yang terdekat seperti berikut:
- AU2, Setiawangsa
- Bandar Tasik Permaisuri, Cheras
- Danau Kota
- KL Traders
- Pandan Indah
Ada banyak lagi lokasi mereka. Anda boleh layari laman web mereka untuk ketahui di mana lagi lokasi yang berdekatan dengan anda.
4. Kopi Kisah Kita
Wah, nama macam orang tengah bercinta pula kan?
Tapi ada kaitan juga sebab nama menu kopi mereka pun boleh tahan jiwang. Tak percaya? Cuba teka menu di bawah.



Boleh kot sambil minum kopi tu bagi pickup line dekat pasangan.
“Walaupun kopi ni pahit, tapi cukuplah ada awak memberi kemanisan dalam hidup saya.”

Tapi kalau nak try pick up line tu, kena pergi dulu kedai Kopi Kisah Kita ni. Baru feel!
Alamat: GFloor GL-08, Metropoint Kajang.
5. Biru by Feebay

Satu lagi jenama kopi tempatan yang anda patut cuba iaitu Biru by Feebay.
Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan tetap mereka adalah kopi gula melaka. Wah, kena try ni!
Pilihan kopi mereka tidak banyak tetapi mereka juga menjual makanan seperti nasi lemak.

Kalau anda nak pergi, kena pergi cepat. Nanti kena beratur panjang.

Ini antara menu pilihan anda.


Untuk anda yang nak cuba kopi dari Biru by Feebay, boleh kunjungi ke lokasi berikut:
- Sri Hartamas
- Commonground Bandar Utama
Walaupun kopi tempatan, tapi taraf mereka sudah hampir sama dengan kopi antarabangsa.
Nampak sedap lain macam. Nak kena cuba ni.
Untuk penggemas kopi di luar sana, jom ajak kawan-kawan dan ahli keluarga anda jatuh cinta dengan kopi tempatan pula.
Selamat mencuba! ☕
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.