Now Reading
Jenny Bakery Tawar Biskut Terkenal Dari Hong Kong, Kini Bertapak Di Bangsar

Jenny Bakery Tawar Biskut Terkenal Dari Hong Kong, Kini Bertapak Di Bangsar

Jenny Bakery diasaskan pada tahun 2005 di Hong Kong oleh Auntie Jenny yang pada mulanya hanya membuat biskut mentega untuk rakan dan keluarganya sebagai hobi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pemanis mulut ini memang dikatakan kegemaran ramai. Terutamanya, wanita di luar sana. Jaranglah kalau pergi mana-mana kafe, tak mencari pemanis mulut.

Kononnya, sebagai penutup juadah.

Antara menu yang terkenal adalah kek pavlova, red velvet, coklat, burnt cheesecake, dan pelbagai lagi. Tapi ada juga segelintir yang mungkin sukakan sesuatu yang simple dan senang dimakan iaitu biskut.

Sumber: We Heart It

Biskut dari Hong Kong kini di Malaysia

Mengidamkan pencuci mulut yang lazat? Pengimport sah Jenny Bakery Malaysia, Pinz telah menyediakan sesuatu yang istimewa buat anda!

Pelancaran kedai butik Jenny Bakery di Bangsar Shopping Centre telah meningkatkan lagi peluang rakyat Malaysia untuk mendapatkan biskut mentega yang terbaik dari Hong Kong ini.

Jenny Bakery Malaysia, Bangsar Shopping Centre.

Kini, penggemar biskut di sekitar Lembah Klang dapat menikmati kelazatan biskut yang cair di dalam mulut.

Para pengunjung yang hadir ke kedai Jenny Bakery akan disambut oleh hiasan signatur kontemporari Jenny Bakery yang berwarna putih dengan rak-rak yang memaparkan hiasan anak patung beruang yang comel.

Dengan membawa Jenny Bakery ke Malaysia, kami yakin kami telah membawa masuk jenama yang sungguh digemari ramai, sehingga mereka sanggup menempuh jarak jauh dan beratur berjam-jam untuk mendapatkannya. Kini, biskut yang lembut, lazat, dan cair dalam mulut ini sentiasa tersedia untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia – tidak kiralah anda mengunjungi kedai kami atau membuat pesanan secara dalam talian. Kami amat teruja kerana dapat membawa kebahagiaan dengan setiap kepingan biskut Jenny Bakery yang menambah selera semua rakyat Malaysia.

Jovi Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Pinz.

Hidangan lazat ini dibuat segar setiap hari di Hong Kong dengan menggunakan ramuan bermutu tinggi dan melalui beberapa proses utama yang dilaksanakan dengan tangan untuk mengekalkan rasa aslinya.

Biskut berbentuk bunga signatur Jenny Bakery disusun dalam bentuk bulatan dan disimpan ketat dalam bekas tin kedap udara untuk menjamin kesegarannya.

Biskut-biskut tersebut kemudian dihantar terus ke Malaysia bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati biskut Jenny Bakery yang tulen dan segar.

Antara jenis biskut yang ditawarkan oleh Jenny Bakery Malaysia adalah:

  • Pure Butter Flower Cookies klasik.
  • Aroma Coffee Flower Cookies.
  • Pure Chocolate Flower Cookies.
  • Raisin Oat.
  • Shortbread.

Tawaran lainnya termasuk:

  • Mix Nut Cookies.
  • Macadamia Cocoa Crisp.
  • Cranberries & Macadamia Chewy Nougat Candy.
  • Exotic Pine Nut Coffee Crisp.
  • Crazy Almond Flakes.
  • Walnut & Dates Chewy Nougat Candy.
  • Mocha & Tea Cookies.

Biskut Jenny Bakery diperbuat tanpa bahan pengawet – dengan ramuan bebas GMO tanpa menggunakan bahan berasaskan babi dan dijual dalam lingkungan RM48 hingga RM179 bergantung pada berat dan jenis biskut.

Pembukaan Jenny Bakery diraikan dengan tawaran eksklusif berbentuk diskaun sehingga 25% – hanya eksklusif untuk pembelian di kedai butik Bangsar Shopping Centre.

Untuk maklumat lanjut dan untuk memesan Biskut Jenny Bakery dalam talian, [KLIK SINI].


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd