Now Reading
Team TRP Cuba Burger Dari Los Angeles Di Pasadena Burger! [Review]

Team TRP Cuba Burger Dari Los Angeles Di Pasadena Burger! [Review]

Kalau dah cuba Five Guys, mungkin anda ingin cuba Pasadena Burger and Coffee ini pula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia dan makanan berpisah tiada. Hampir kesemuanya boleh digelar sebagai ‘foodie’.

Sebut sahaja pizza, burger, sushi, nasi lemak, tomyam, dan sebagainya.

Pasti mereka akan tahu ke mana patut dituju. Siap ada senarai dalam telefon!

Kredit: Giphy

Team TRP cuba burger dari Los Angeles (LA)

Beberapa hari lalu, team TRP telah dijemput untuk mencuba sendiri Pasadena Burger & Coffee yang menawarkan menu terbaik dari bandar Los Angeles dengan resepi burger aslinya yang membawa pengaruh budaya Pasadena, California.

Untuk kaki burger, kami rasa anda kena cuba sendiri.

Kami dah cuba. Nak tahu apa review kami? 😀

Mereka bagi kami cuba tiga jenis burger dan menu popular di Pasadena Burger.
(Kredit: Murni Azman/TRP)

Antara item baharu yang terdapat dalam menu ini juga termasuk:

  • Burger Ayam Bakar.
  • Tiga varian kentang goreng istimewa Pasadena.
  • Kentang Keju Cajun.
  • Kentang Goreng Habanero Chili Queso.
  • Kentang Keju Madu.
  • Roti ala muffin baharu untuk burger Celup.

Untuk Burger Ayam Bakar, gigitan pertama buat kami jatuh hati. Mungkin sebab kami sukakan sesuatu yang ‘crispy’.

(Tapi bukan rendang).

Burger Ayam Bakar tidak sesuai untuk dinikmati dengan mana-mana sos yang disediakan sebab aroma yang ada pada ayam tersebut sudah mencukupi.

Not bad, actually.

Kami beri 8/10 untuk menu ini.

Burger celup cheese! Maaf, kami datang malam sebab itu gambar gelap sikit. 😀
(Kredit: Murni Azman/TRP)

Untuk Burger Celup Cheese (dipping burger) pula, jika anda tak sukakan sesuatu yang manis iaitu sos cheese yang disediakan, mungkin anda tak akan suka dengan menu ini.

Tapi disebabkan kami sukakan cheese, kami beri 8/10 untuk burger celup ini.


Cawangan fizikal pertama di Malaysia

Pasadena Burger & Coffee – jenama pertama yang memperkenalkan burger celup atau lebih dikenali sebagai “dipping burger”, telah melancarkan sebuah kedai fizikal di Plaza Mont Kiara.

Reka bentuk hibrid outlet baharu yang menyatukan konsep kafe dan restoran ini bertujuan untuk menyediakan suasana yang selesa kepada pelanggan.

Berpaksikan konsep bandar Pasadena, suasana santai ruangnya dipenuhi dengan tanda-tanda tempat popular seperti California Institute of Technology (Caltech), Old Town Pasadena dan Colorado Boulevard.

Mont Kiara merupakan kawasan yang sibuk  dan dipenuhi oleh penghuni bandar yang sering bekerja keras. Kami berharap dengan kewujudan kedai fizikal pertama ini dapat menjadi sebuah ‘tempat berteduh’ sementara di mana mereka boleh duduk dengan selesa sambil menghayati secawan kopi dan menikmati hidangan daripada kami. Ditambah dengan tawaran pencuci mulut seperti kek dan pastri, pelanggan kini boleh menikmatinya selepas makan hidangan burger kami.

Cornelius Lu, Pengasas Pasadena Burger.

Jadi, untuk anda yang teringin nak cuba Pasadena Burger & Coffee ini, boleh pergi singgah sendiri di cawangan pertama mereka di Plaza Mont Kiara.

Nanti boleh kongsikan dengan kami sama ada menu di sana menepati citarasa anda, atau sebaliknya.

Selamat mencuba! 😉


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd