Now Reading
Kaki Sushi Pasti Perasan Servis Baru Di Sushi King. Ada Nampak Tak?

Kaki Sushi Pasti Perasan Servis Baru Di Sushi King. Ada Nampak Tak?

Cawangan Sushi King juga akan dibuka di Pavilion Bukit Jalil (Dec 2021), Eco Grandeur (Jan 2022), Meridian Central Bintulu (Dec 2021), LalaPort KL (Jan 2022) and NU Sentral, KL.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila tekak tiba-tiba terasa nak makan sushi, restoran pertama muncul difikiran pastinya Sushi King. Itu merupakan pilihan utama setiap orang yang ingin menikmati sushi sedap, harga berpatutan, dan mudah untuk didapati.

Pergi je mana-mana shopping mall, mesti ada Sushi King.

Selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan pada masa kini, rakyat dilihat mula keluar untuk makan di kedai makan atau restoran.

Termasuklah kaki sushi di luar sana.

Sebenarnya kalau nak nikmati sushi, lebih ‘layan’ bila ada di restoran. Nak pilih pun senang. Terutamanya bila ada promosi Sushi King Bonanza.


Sushi King kini berwajah baru

Sushi King kini tampil berwajah baru dengan menambahbaik sistem serta menukar logo lama kepada yang lebih ‘fresh’.

Kalau ada yang berniat nak pergi Sushi King nanti, buka mata seluas-luasnya dan tengok apa yang berbeza di restoran ini.

What can you expect?!

1. Logo serba baharu.

Kredit: Sushi King

Bila logo dah bertukar, ada yang tanya masih sama lagi ke rasa setiap menu?

Jawapannya, masih sama. Kesegaran setiap hidangan dikekalkan, logo sahaja bertukar setelah sekian lama.

Tagline baru mereka adalah, “Your Happy Sushi Place”.

Betul sangatlah tu. Dapat makan sushi, muka ada senyum. 😉

2. Sistem penghantaran automatik.

Kredit: TRP

Zaman sekarang ini, robot pun nak bekerja.

Oleh itu, Sushi King kini memperkenalkan sistem penghantaran makanan secara automatik. Bukan sahaja cepat, malah lebih selamat dengan mengurangkan perkhidmatan bersemuka.

Servis ini masih belum didapati di kesemua cawangan, namun Sushi King akan mengembangkannya ke 54 cawangan seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

CAN’T. WAIT.

3. E-menu untuk lebih keselesaan.

Kredit: TRP

Konsep e-menu ini diperkenalkan untuk keselesaan mereka yang datang bersama keluarga. Bukan apa, e-menu ini sebenarnya lebih mesra pelanggan dan memudahkan orang ramai.

Nak pilih, nak cancel, nak tambah order semuanya boleh dilakukan hujung jari.

Sushi King juga difahamkan akan memperkenalkan e-menu di 116 cawangan seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

4. Main game dan menang hadiah. FUN!

Sementara tunggu makanan siap, bolehlah main permainan interaktif mini yang disajikan buat anak-anak dan para pelanggan.

Main permainan seronok juga sebab boleh menang hadiah dan ganjaran ekslusif.

Menarik betul penjenamaan terbaharu Sushi King kali ini. Buat para pelanggan lebih excited untuk pergi makan sushi!


Lebih banyak cawangan dibuka!

Cawangan Sushi King juga akan dibuka di Pavilion Bukit Jalil (Dec 2021), Eco Grandeur (Jan 2022), Meridian Central Bintulu (Dec 2021), LalaPort KL (Jan 2022) and NU Sentral, KL.

Psst, menu terbaharu Sushi King ni boleh tahan juga nampak sedapnya.

SEAFOOD SENSATIONS khas buat hantu seafood di luar sana!

Untuk rekod – menu Seafood Sensations ini hanya akan berada di cawangan Sushi King bermula 1 November hingga 31 Disember sahaja.

Jangan melepaskan peluang untuk nikmati sendiri menu ini!


26 tahun beroperasi

Meh sini, kami cerita serba sedikit tentang sejarah Sushi King ini.

Diperkenalkan sejak 1995 – Sushi King kekal menjadi Rangkaian Restoran Berkonsep Kaiten (Conveyor Belt) Halal yang terbesar di Malaysia dan digemari segenap lapisan umur.

Sushi King diasaskan oleh Tan Sri Dr. Fumihiko Konishi seorang usahawan yang berasal dari Nanao, Jepun. Beliau dikatakan jatuh cinta dengan Malaysia dan membuat keputusan untuk membina empayar bisnesnya di sini.

Tan Sri Dr. Fumihiko Konishi, Pengasas Sushi King.
(Kredit: Forbes)

Sushi King juga berjaya memperoleh status halal pada tahun 2016. Sekarang pun dah ada 116 cawangan di seluruh Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai menu terbaharu ini di website Sushi King atau muat turun app Sushi King MY di Playstore, App Store ataupun Huawei App Gallery.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd