Now Reading
IKEA Perkenal Menu Berasaskan Tumbuhan Special Untuk Bulan Oktober Ini!

IKEA Perkenal Menu Berasaskan Tumbuhan Special Untuk Bulan Oktober Ini!

Terdapat 7 menu baharu tanpa daging diperkenalkan – contohnya burger, wrap, pasta, dan menu mesra kanak-kanak seperti Jejari Ikan Tanpa Ikan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kini semakin ramai orang dilihat menggunakan diet berasaskan tumbuhan dan tanpa daging. Tapi paling menyeronokkan apabila jenama besar turut melakukan perkara yang sama untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.

Kedai perabot IKEA sering menarik perhatian oleh kerana menu bebola daging mereka yang popular – namun pilihan untuk vegetarian tak terlalu banyak ditawarkan.

Oleh itu, untuk bulan Oktober 2021, IKEA akan melancarkan menu istimewa yang lengkap dan sesuai untuk pelanggan yang meminati makanan berasaskan tumbuhan dan tanpa daging!

Terdapat 7 menu baharu tanpa daging diperkenalkan – contohnya burger, wrap, pasta, dan menu mesra kanak-kanak seperti Jejari Ikan Tanpa Ikan.

Kredit: IKEA
Kredit: IKEA
Kredit: IKEA

Untuk pengetahuan umum, kesemua restoran dan kafe di semua gedung IKEA kekal dibuka untuk penghantaran melalui rakan kongsi mereka iaitu Bungkusit dan foodpanda.

Manakala bawa pulang dan Pesan & Ambil seperti SOP sebelumnya untuk perkhidmatan perlu. Pilihan makan di restoran juga hanya dibuka untuk individu yang telah divaksinasi sepenuhnya sahaja.

Layari website IKEA untuk maklumat lebih lanjut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd