Now Reading
Kaki Steak, Produk Pre-Cooked Dari Just Sear Berbaloi & Harga Pun OK! (Review)

Kaki Steak, Produk Pre-Cooked Dari Just Sear Berbaloi & Harga Pun OK! (Review)

Just Sear mengeluarkan produk pra masak berasaskan daging seperti stik, tomahawk, short ribs, briskets dan lain lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Attention! Untuk penggemar tegar daging.

Kami faham, ramai yang tinggal di Malaysia tapi tekak sukakan makanan barat. Tapi itulah, makanan barat ini sememangnya akan memakan harga yang agak mahal.

Kredit: Audio Asylum

Mana tidaknya, daging yang mereka sajikan pun premium!

Bila dapat bil, mungkin boleh puasa seminggu untuk cover. Hehe.

Produk pra-masak sejuk beku dari Just Sear

Memudahkan hidup dan dijamin lebih menjimatkan poket.

Untuk pengetahuan penggemar daging di luar sana, sebuah syarikat milik bumiputera Just Sear membawa sesuatu yang baru dalam pasaran daging premium tempatan dengan mengeluarkan produk pra masak berasaskan daging seperti stik, tomahawk, short ribs, briskets dan lain lain.

Paling best, ianya sedia dibakar.

Menu: Australian Black Angus Tomahawk.
Kredit: Just Sear

Sebelum itu, kami cerita sikit tentang latar belakang Just Sear ini.

Just Sear mengeluarkan makanan premium berasaskan daging yang mudah dan cepat untuk disediakan pada harga yang berpatutan supaya lebih ramai yang dapat menikmatinya.

Just Sear ditubuhkan pada tahun 2019 oleh 4 sahabat yang mempunyai latar belakang di dalam kejuruteraan industri minyak iaitu Saheran Hamid, Hisyammudin Yunos, Shazwan Md Noh dan Wai How.

Pengasas Just Sear di Dapur Pusat pertama di Pandan Indah. Dapur Pusat Just Sear kini terletak di M Suites, Jalan Ampang.
(Dari kiri: Shazwan Md Noh, Hisyammudin Yunos, Saheran Hamid, and Wai How)

Visi kami adalah untuk mengeluarkan produk makan premium pada harga yang mampu milik supaya lebih ramai dapat menikmatinya. Daging stik premium seperti Tomahawk, Angus Short Ribs, Wagyu Australia, Wagyu Jepun A5, steak Dry Aged tidak sepatutnya eksklusif hanya untuk restoran-restoran mahal. Dengan memudahkan cara penyediaan, dan menjual produk kami pada harga yang setimpal dengan kualiti, kami berjaya meluaskan pasaran kami kepada mereka yang dahulunya tidak berani mencuba daging premium disebabkan harga ataupun takut kerana tidak pandai memasak daging premium.

Saheran, Pengasas Just Sear.

Oh! Tahun ini Just Sear baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka iaitu Wellington yang sedia untuk dibakar.

Team TRP diberi peluang untuk mencuba beberapa produk Just Sear yang dihantar kepada team kami beberapa hari yang lalu.

Salah satunya, Chicken Wellington!

Chicken Wellington yang sedia dimasak dengan oven!
Kredit: Murni Azman/TRP

Waktu tengah bake Chicken Wellington ni, satu rumah jugalah berbau.

Aromanya memang terangkat. Lepas dah siap, kami kongsi beramai-ramai sebab nak kumpul beberapa pendapat yang berbeza.

Ada yang suka makan dengan sos, ada yang suka makan macam tu je. Rasa mushroom shitake pun kuat, puff pastry pun not bad.

Tapi percayalah, menu ini memang tak mengecewakan. Kalau lapar, sorang pun boleh habis.

Antara produk yang dihantar kepada kami: Lamb Steak, Beef Steak dan Chicken Wellington.
Kredit: Murni Azman/TRP.

Thanks, team Just Sear. Tak sabar nak rasa produk lain pula nanti!

Btw, kalau korang nak cuba sendiri produk-produk premium Just Sear, boleh klik sini. Atau layari Instagram @Just.Sear.

Sekian, review dari kami. 😉


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd