Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Resepi Ayam Peri-Peri Jakarta. Sihat Betul Cara Penyediaannya!

Lelaki Ini Kongsi Resepi Ayam Peri-Peri Jakarta. Sihat Betul Cara Penyediaannya!

Senang sangat nak bancuh bahan-bahan. Lumur, bakar, dan makan. 😀

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berhari-hari makan makanan sama saja pun bosan juga. Tekak terasa nak makan something yang sihat dan sedap pula.

Mana tidaknya, dah hampir hujung minggu ni, barangan dapur pun hampir habis dipakai sebab hari-hari masak. Jadi, boleh masak sesuatu yang simple sahajalah untuk habiskan bahan yang ada.

Makan hidangan sihat pun elok juga sekali sekala

Ha, apa kata kali ini anda cuba buat hidangan sihat pula seperti resepi yang dikongsikan oleh lelaki ini di laman Facebook Khairul Hakimin Muhammad iaitu Ayam Peri-Peri Jakarta.

Nampak menarik.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam. Apa-apa bahagian pun boleh.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging.
  • 1 sudu besar serbuk cili atau nak tukar paprika pun boleh.
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil perahan lemon.
  • Secubit oregano.
  • Secubit lada hitam.
  • 1 sudu besar gula kelapa atau boleh je nak tukar ke gula merah.
  • 1 sudu besar minyak masak. Nak guna minyak jagung pun boleh. Secubit garam.

Cara-cara penyediaannya:

  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Bancuh rata.
  • Hiris-hiris ayam.
  • Lumur ayam dengan bahan tadi. Perap sekejap dalam 30 minit. Sambil-sambil panaskan ketuhar.
  • Saya bakar dalam sejam, suhu kecil dalam 120-130. Rajin-rajin palingkan ayam dalam setiap 20 minit.
  • Apabila dah kemerah-merahan begitu, sapu-sapu bahan perapan tadi dalam setiap 15 minit.
  • SIAP.

Uish, mudah sangat ni. Kalau malas nak buat juga tak tahulah. 😀

Selamat mencuba!


Kalau nak cuba resepi lain pula, boleh tengok sini:

Raih 35K Shares, Resepi Cucur Udang Rangup Ini Dapat Sambutan Ramai. Sedapnya!

Resepi Chili Butter Clams Ini Raih Shares Hampir 8K Di Facebook. Nampak Sedap!

Nak Masak Menu Baru? Boleh Cuba Resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri Ini. Sedap Betul!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd