Now Reading
Raih 35K Shares, Resepi Cucur Udang Rangup Ini Dapat Sambutan Ramai. Sedapnya!

Raih 35K Shares, Resepi Cucur Udang Rangup Ini Dapat Sambutan Ramai. Sedapnya!

Menu simple untuk hidangan minum petang. 🙂

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Biasanya kalau petang-petang, menu yang sedap untuk dijadikan kudapan adalah cucur udang. Pekena pula dengan teh o’ panas, fuh.

Sambil duduk santai dekat luar rumah dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang layan betul.

Kredit: Pinterest

Malas keluar rumah? Boleh buat sendiri je Cucur Udang Rangup guna resepi ini!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tepung gandum – 2 cawan
  • Tepung beras – hampir-hampir 1 cawan
  • Udang saiz sederhana (udang harimau pun boleh)
  • Udang kecil
  • Ikan bilis – segenggam
  • Bawang merah dimayang nipis – 3 ulas
  • Daun kucai
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Air
  • Minyak masak

Cara-caranya:

  • Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong-potong
  • Udang kecil dibuang kepala
  • Kemudian ambil satu magkuk besar
  • Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
  • Masukkan garam / serbuk pati ayam
  • Gaul-gaul (kering tanpa air)
  • Kemudian masukkan kedua-dua jenis udang & ikan bilis
  • Masukkan juga serbuk kunyit
  • Masukkan pula bawang & daun kucai
  • Masukkan air (agak-agak, jangan terlalu lembik)
  • Gaul-gaul biar sekata (warna & bahannya)
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
  • Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis
  • Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang

Mudah, bukan?

Bolehlah cuba dan dihidangkan untuk ahli keluarga petang-petang ni. 🙂


Kalau nak cuba menu lain pun boleh, kami sediakan beberapa resepi untuk korang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3 × 4 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd