Order Lemang Online Buat Anda Yang Berada Di Kawasan Bawah PKP. Deliver Sampai Depan Pintu Tau!
Lemang sorted untuk korang yang tinggal di kawasan KL dan Selangor!
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini mungkin akan berbeza dan tak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Mana tidaknya, berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk menghabiskan Ramadan, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan beberapa buah negeri dan daerah kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).
Tapi ini adalah jalan yang terbaik bagi mengekang penularan Covid-19 di Malaysia. Yang penting – duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu sahaja, okay?
#BePositiveStayNegative. 😀
Kami sediakan senarai lokasi kedai yang boleh hantar lemang kegemaran korang sampai depan pintu rumah
- Lemang Daun Lerek, Greenwood
Lokasi: Berhadapan Masjid Simpang 3, Greenwood, Gombak, Selangor
Waktu Operasi: 8am – 12pm (PKP)
Lemang Daun Lerek Greenwood menawarkan servis penghantaran di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook atau Instagram mereka.
2. Lemang Tok Abah
Lokasi: Bersebelahan Petronas Wangsa Melawati, MRR2 menghala ke Taman Melati, Selayang.
Lemang Tok Abah menawarkan servis penghantaran di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk maklumat lanjut, layari website, Facebook, atau Instagram mereka.
3. Lemang Asli Pak Din
Lokasi: Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Lemang Asli Pak Din menawarkan servis penghantaran di kawasan Kajang dan Bangi. Namun, bagi mereka yang tinggal di luar kawasan tersebut, mereka akan menggunakan servis Lalamove. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook mereka.
4. Satay Station
Lokasi / cawangan yang ada:
– Kampung Pandan, KL
– Bandar Sri Permaisuri
– Section 9, Shah Alam
– Mont Kiara, KL
– Saujana Rawang
– Ampang
– Selayang
Satay Station menawarkan servis penghantaran di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk maklumat lanjut, layari online store atau Facebook mereka.
5. Lemang Warisan Pak Hamid
Lokasi: Blok A Lembah Subang Fasa 1 (Berhadapan Kedai Makan Kak Ros Nasi Campur), Lembah Subang
Lemang Warisan Pak Hamid menawarkan servis penghantaran di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook mereka.
6. Lemang Panjang
Lokasi: Persiaran Jaya, Kampung Sungai Ramal, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Lemang Panjang menawarkan servis penghantaran di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk maklumat lanjut, layari online store atau Facebook mereka.
Kalau Bosan Hari Raya Nanti: Raya PKP? Netflix Malaysia Sajikan Kenduri Filem & Siri Menarik Sempena Aidilfitri. Best!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.