Now Reading
Nak Masak Menu Baru? Boleh Cuba Resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri Ini. Sedap Betul!

Nak Masak Menu Baru? Boleh Cuba Resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri Ini. Sedap Betul!

Meleleh air liur tengok resepi Daging Masak Hitam ni.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Sejak dua menjak ni, banyak juga resepi masakan daging yang dikongsi di media sosial mendapat sambutan ramai. Bermula dengan resepi Daging Harimau Menangis. Fuh, meleleh bila dengar lagi-lagi masa tengah puasa ni.

Kali ni, kita ‘korek’ pula resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Rusfaniza Abu Yazid. Namun, perkongsian tersebut telah diambil dan dikongsikan semula oleh Pesan Bonda dan berjaya meraih lebih 5.7 ribu shares ketika artikel ini ditulis.

Jom cuba Daging Masak Hitam Ala Kenduri ini!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. daging 2 kilo
  2. kicap manis dan kicap pekat
  3. cili kering 20 tangkai (dikisar)
  4. bawang besar 2 biji
  5. bawang putih 10 ulas
  6. halia 5-6 hiris
  7. serai 2 batang
  8. buah keras 5 biji
  9. kismis 1 genggam (patutnya guna kismis hitam, kalau tak ada boleh guna yang kuning)
  10. jintan manis 1 sudu kecik
  11. lada hitam 1 sudu kecik

Cara-caranya pula memang simple. Pertama sekali perap daging selama 2-3 jam dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering yang dah dikisar. Sementara tunggu daging, kisar dulu bahan-bahan yang lain: bawang putih, bawang besar, halia, serai, buah keras, kismis, jintan manis dan lada hitam.

Untuk memudahkan kerja korang, boleh asingkan satu bekas untuk bawang besar, bawang putih dan halia. Lagi satu bekas untuk serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam.

Lepas itu, tumis empat sekawan, masukkan bawang yang dah dikisar tadi. Bila bawang dah garing, masukkan rempah yang dah dikisar pula. Dan selepas itu, minyak dah pecah baru masukkan daging dengan api perlahan dan jangan letak air sebab nanti air daging tu akan keluar.

Masak sehingga kering dan tak perlu tambah gula dan garam. Tapi kalau yang suka manis, boleh tambah dua sudu atau secukup rasa. Kalau nak daging tu kering, kena masak dengan api perlahan selama lebih kurang tiga jam. Tapi berbaloi.

Dah siap, senang je!

Simple je bukan? Bolehlah cuba-cuba buat kejap lagi untuk menu berbuka puasa atau sahur. 🙂


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd