Now Reading
Resepi Mi Goreng Basah Ini Laku Sungguh Hingga Berjaya Raih Hampir 200K Shares!

Resepi Mi Goreng Basah Ini Laku Sungguh Hingga Berjaya Raih Hampir 200K Shares!

Nak masak Mi Goreng Basah yang paling senang, cepat tapi sedap? Jom ikut resepi ni.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Bulan puasa ni kalau dapat masak menu yang simple lagi senang sebenarnya. Tak perlulah berbuka dengan pelbagai jenis juadah, asalkan ada makanan untuk berbuka pun sudah memadai. Nanti tak habis pula sebab membeli atau memasak ikut nafsu. Membazir je.

Berserdahana lebih baik, bukan?

Tambahan pula, ada sesetengah orang suka makan nasi masa berbuka, ada juga yang boleh makan apa-apa menu dan tak semestinya perlukan nasi. Ha, untuk korang yang jenis macam tu, boleh tengok dan cuba buat Mi Goreng Basah dengan resepi viral ini.

Mesti sedap sebab perkongsian di laman Facebook Resepi Sheila Rusly ini telah berjaya meraih lebih 186K shares ketika artikel ini ditulis. Laris betul.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Mi Goreng Basah:

  1. Mee kuning 1 bungkus, bilas dan tos
  2. Sotong 10 ekor dibersihkan, potong dan tos
  3. Fish ball 1 paket dibersihkan, potong dan tos
  4. Sayur sawi jepun satu ikat dibersihkan, potong dan tos
  5. Tomato satu biji dibersihkan dan dibelah 6
  6. Cili kisar 4 sudu besar
  7. Sos cili 5 sudu besar
  8. Sos tiram 1 sudu besar
  9. Kicap pekat 1 sudu besar
  10. Kicap manis 5 sudu besar
  11. Kicap mee 2 sudu besar
  12. Air putih 1 cawan kecil
  13. Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis
  14. Bahan-bahan tumbuk
  15. Cili api 10 biji
  16. Bawang putih 3 ulas, tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat

Cara-cara memasak:

Panaskan kuali, masukkan minyak dua sudu besar dan tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball serta masukkan air putih satu cawan kecil.

Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi. Selepas itu masukkan mee kuning dan tomato, kacau sehingga sebati dan masak. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam, gula dan ajinamoto sebab rasa kicap-kicap tu semua sudah mencukupi.

Mudah bukan? Boleh cuba untuk masak berbuka puasa kejap lagi ataupun sahur. 🙂


Kalau nak cuba resepi-resepi lain pun boleh juga.

BACA SINI: Raih 456K ‘Shares’, Resepi Cookies Ala Famous Amos Ini Memang Laris!

BACA SINI: Hampir Cecah 500K Followers Di TikTok, Chef Ini Beri Tutorial Masakan Thai. Meleleh!

BACA SINI: Raih Lebih 100K Shares, Resepi Daging Harimau Menangis Ini Memang Laris!


Kongsikan cerita menarik korang di bulan puasa bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

twenty − thirteen =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd