Raih Lebih 100K Shares, Resepi Daging Harimau Menangis Ini Memang Laris!
Resepi Daging Harimau Menangis ni memang famous betul. Hampir semua orang suka, lagi-lagi sos tu.


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Bila sebut je Daging Harimau Menangis, hampir semua orang tahu tentang menu yang tengah ‘hot’ ni. Mana-mana pun ada jual, siap ramai yang dah jadi stokis untuk penjualan daging ni.
Tambahan pula, kalau tengok di IG story, memang ramai yang muat naik tentang kesedapan Daging Harimau Menangis ni. Hmm, macam kena cuba je?

Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Sarah telah berkongsi resepi Daging Harimau Menangis ini melalui perkongsian di dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Perkongsian itu seterusnya mendapat perhatian ramai dan dikongsikan semula oleh Makan Sedap Johor sehingga berjaya meraih lebih 103 ribu shares!
Ternyata laris juga ya resepi ini.
Resepi Daging Harimau Menangis ini lebih berbaloi kalau boleh buat dan olah sendiri katanya
Bahan-bahan yang diperlukan dan cara-caranya:
Lada hitam
Daging (hiris nipis, senipis yg boleh. Baru cepat masak)
Kicap manis 3 sudu
Kicap lemak/manis 3 sudu
Sos tiram 5 sudu
Madu (suku botol)
- Kalau tak ada kicap, letak kicap kipas udang sahaja pun boleh.
- Kalau suka daging tu hitam, letak lebih sikit kicap. Kalau tak nak gelap sangat, letak dua sudu pun dah cukup.
- Garam nak letak pun boleh kalau suka masin. Tapi saya tak letak sebab kicap dah ada rasa masin juga.

Hiris daging nipis-nipis dan tumbuk lada hitam sehingga hancur. Daging boleh beli batang pinang, cepat lembut juga sebab daging harimau menangis susah nak dapat.

Letak ke semua bahan kicap tadi.

Gaul sampai rata.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos pula:
- Daun ketumbar (hiris halus)
- Limau/lemon (ambil air sahaja)
- Cili (nak letak boleh, tak nak letak pun tak apa)
- Gula
- Sos thai (kalau sos yang macam dalam gambar tak jumpa, boleh guna sos maggi)

Bawang putih dadukan halus-halus.

Masukkan ke semua bahan-bahan.

Tuang sos dan kacau ke semua bahan. Dah siap!
Kemudian, daging tadi letak di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais. Perap daging tu, lagi lama lagi sedap. Selalunya kalau nak makan esok, malam tu dah boleh perap.

Masukkan daging, air daging masih ada dan goreng/bakar atas pan non-stick sampai air daging tu kering.



Taraa, dah siap. Mudah je bukan?

Selamat mencuba untuk berbuka puasa atau sahur nanti. 🙂
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.