Now Reading
Santan Perkenal Menu Baru Sempena Ramadan & Raya. Wajib Try!

Santan Perkenal Menu Baru Sempena Ramadan & Raya. Wajib Try!

Tengok pun terliur. Harga set memang berbaloi. Makan hari-hari pun boleh.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Santan kini telah melancarkan dua menu baharu sempena Ramadan & Raya iaitu Nasi Lemak Pak Nasser dengan Ayam Percik dan Thai Milk Tea.

Harga untuk Santan Value Set (12-3PM & 6-9PM) bagi Nasi Lemak Pak Nasser dengan Ayam Percik adalah serendah RM10.90 dengan 1 minuman ATAU RM12.90 untuk Set dengan Thai Milk Tea.

Berbaloi kan? Boleh beli untuk berbuka puasa nanti.

Santan Nasi Lemak Pak Nasser dengan Ayam Percik dan Thai Milk Tea.
(Kredit: Santan)

Terliur pula tengok.

Bukan itu sahaja, Santan turut melancarkan 2 menu baharu untuk produk sedia dimakan: Nasi Goreng Kampung dan Nasi Briyani Ayam.

Harga untuk produk sedia dimakan: RM8.90 untuk Nasi Goreng Kampung dan RM9.90 untuk Nasi Briyani Ayam – sebahagian daripada jualan akan disalurkan kepada komuniti yang memerlukan melalui perkhidmatan Sadaqah IKHLAS.

Santan x IKHLAS: Nasi Briyani Ayam Sedia Dimakan.
Santan x IKHLAS: Nasi Goreng Kampung Sedia Dimakan.

Oh ya, untuk pengetahuan korang, Santan kini memperkenalkan sneka berasaskan sayur-sayuran seperti: Samosa, EPIC Pandan Chicken, Sweet Potato Ball, Potato Cauli Bites dan Potato Curry Puff yang boleh didapati secara eksklusif di cawangan Santan Mid Valley, NU Sentral dan Sunway Pyramid.

Pendek kata, korang kena cuba semua menu yang ada dijual di mana-mana cawangan Santan. Tambah pula, pihak mereka akan membuka cawangan ke-11 di IOI Mall, Puchong pada 14 April 2021 dan ke-12 di Setia City Mall, Shah Alam pada 30 April 2021.

Santan juga bekerjasama dengan 2 PKS tempatan sempena musim perayaan ini: Zara Turkish Delight dan Cookies Tree untuk membantu mengembangkan perniagaan mereka.

David Lee, Product innovation Manager of Santan.

Syabas, Santan!


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

three × five =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd