Now Reading
Team TRP Cuba Menu Baru Ramadan & Raya Dari KFC. Sedap Beb!

Team TRP Cuba Menu Baru Ramadan & Raya Dari KFC. Sedap Beb!

Mula-mula rasa macam sama je dengan ayam goreng hot and spicy lain, tapi bila dah menyahati rasa sebenar KFC Zesty Crunch ni, lain macam sedap dia!

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Dah nak puasa ni, KFC kembali dengan tawaran menu terbaru dan ia merupakan tawaran yang terhad ya. Menu Zesty Crunch ini hanya akan ada di bulan Ramadan dan Hari Raya sahaja.

Jangan terlepas untuk cuba!

(Kredit gambar: KL Foodie)

KFC Zesty Crunch – memang love!

Ayam goreng rangup yang disaluti dengan sos chimichurri gaya Argentina dengan rasa limau dan memang padu habis.

Sos sedap dan versatil popular di seluruh Amerika Selatan ini diperbuat daripada hirisan limau, daun ketumbar, daun parsley, dan bawang putih. Ianya sekaligus berasa sitrus, masam manis, harum berherba, dan pedas manja.

Memang tempting habis!

Team TRP cuba rasa ayam ni untuk review!

Mula-mula gigit ayam ni, rasa macam ayam goreng Hot and Spicy yang sama macam sebelumnya. Cuma ada rasa lebih ‘ummmph’ lah.

Kalau korang nak tahu, ayam Zesty Crunch ni memang sangat mengiurkan sebab ia terdiri daripada ayam goreng enak, rangup, segar, dan padu dengan rasa zesty limaunya yang berzing! Tambah pula, rasa pedas ayam ni memang just nice.

(Kredit gambar: TRP)

Keputusannya…

KFC Zesty Crunch ini ada kelainannya tersendiri. Ramuan tambahan yang ada di dalamnya membuatkannya lebih menarik dan sedap namun tidak keterluan.

Kesimpulannya, korang kena cuba sendiri kalau korang memang peminat tegar ayam-ayam KFC sebelum ni.

(Kredit gambar: TRP)

Jangan lupa kunjungi cawangan KFC berdekatan dan cuba menu baru ini!


Kalau dah cuba, boleh kongsi bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd