Bunga Kertas Boleh Dijadikan Minuman Segar, Banyak Khasiat Untuk Tubuh Badan
Minuman yang diperbuat daripada kelopak bunga kertas itu dikenali sebagai Agua de Bugambilia dalam budaya Mexico.
- Bougainvillea flowers can be made into a refreshing drink called Agua de Bugambilia, popular in Mexico, by boiling petals with water and sweetener.
- The drink offers health benefits, including helping those with high blood sugar, and relieving coughs, asthma, and bronchitis when served as hot tea.
- Researchers confirm bougainvillea contains antioxidants and phytochemicals, used in traditional medicine to treat ulcers, rashes, hepatitis, and irregular menstruation.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pokok bunga kertas atau dikenali sebagai bougainvillea merupakan salah satu tumbuh-tumbuhan yang mudah didapati di dalam negara.
Sama ada ditanam di rumah, di taman awam atau menghiasi tepi jalan raya, terdapat pelbagai warna pokok kertas dengan warna ungu yang paling banyak ditemui.
Walaupun fungsi utama pokok bunga kertas adalah sebagai pohon hiasan, namun siapa sangka ia juga mempunyai kebaikan buat tubuh badan.
Baca Artikel Berkaitan: Daun Senduduk Bulu Banyak Kegunaan, Boleh Jadi Sabun & Sesuai Untuk Merawat Luka
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Manis & Lembut, Ini Khasiat Golden Garlic Yang Anda Perlu Tahu
Bunga Kertas Boleh Dibuat Air Minuman Seakan Lemonade
Pasti ramai yang terkejut jika mengetahui bahawa bunga bougainvillea boleh diproses menjadi air minuman yang sangat menyegarkan.
Tidak begitu terkenal di Malaysia, minuman bougainvillea ini banyak diamalkan oleh budaya tertentu, khususnya di Mexico yang menggelarnya sebagai Agua de Bugambilia.
Seperti yang dikongsikan oleh pempengaruh kesihatan, Erick España, mudah sahaja untuk menyediakan minuman ini. Berikut merupakan cara-caranya:
- Rebus kelopak bunga kertas yang telah dibersihkan dalam kuantiti yang banyak bersama air. Boleh juga tambahkan kulit kayu manis.
- Kacaukan gula, madu atau manisan lain ke dalam air rebusan.
- Untuk rasa yang lebih segar, tambahkan perahan jus lemon atau limau.
- Boleh juga dihidangkan bersama ais.
Boleh Diminum Sejuk Atau Panas Bergantung Kepada Fungsi
Bukan sahaja dihargai kerana warnanya yang cantik, namun minuman Agua de Bugambilia juga mempunyai banyak khasiat buat kesihatan.
Erick berkata minuman ini sesuai diambil oleh mereka dengan masalah gula tinggi kerana mengandungi molekul D-pinitol.
Selain itu, bunga kertas juga dipercayai dapat membantu keradangan dan masalah pernafasan seperti batuk, asma serta bronkitis.
Menurut Taste Atlas, minuman Agua de Bugambilia ini mempunyai dua fungsi di dalam budaya Mexico.
Ketika cuaca panas, minuman yang dihidangkan bersama ais ini berfungsi untuk memberi kesegaran dan menghilangkan dahaga.
Namun apabila disediakan sebagai teh panas, ia merupakan satu kaedah rawatan tradisional untuk melegakan batuk dan sakit tekak.
Bunga Kertas Digunakan Dalam Perubatan Tradisional, Dipercayai Dapat Kurangkan Keradangan
Khasiat bunga kertas turut dikaji oleh pengkaji di dalam negara, khususnya di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Pertanian UPM, Dr Puteri Edaroyati Megat Wahab, kajian daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mendapati terdapat bunga kertas mempunyai kandungan fitokimia.
Antaranya ialah bahan antioksidan yang dapat membantu untuk mengurangkan keradangan.
Katanya, bunga kertas digunakan dalam perubatan tradisional untuk pelbagai fungsi termasuk:
- Mengubati bisul
- Menghilangkan ruam atau gatal
- Hepatitis
- Masalah haid tidak teratur
- Merawat keputihan
- Membantu mengurangkan senggugut
Selain kelopak bunga, daun bougainvillea pula mempunyai komponen steroid dengan ciri-ciri anti diarea, anti ulser, anti radang dan anti mikrobial.
“Selain kelopak bunga yang boleh direbus dan dijadikan teh, daunnya juga boleh dilumatkan dan ditampal untuk merawat luka (mengeringkan darah). Akar pokok bunga kertas ini boleh direbus dan diminum untuk merendahkan suhu dan memberi keselesaan yang lama,” kata beliau.
Mengulas tentang minuman bougainvillea yang dipercayai dapat menyejukkan badan, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPM Bintulu, Dr. Keeren Sundara Rajoo berkata kajian ini masih di peringkat penemuan dan saringan.
“Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa ekstrak Bougainvillea mempunyai kesan anti-radang yang dipercayai dapat menyejukkan badan secara tidak langsung. Selain itu, teh bunga kertas juga dipercayai dapat merawat sakit tekak, batuk dan selsema,” kata beliau.
Tambah beliau, terdapat juga kajian yang mengesan daun bunga kertas mempunyai aktiviti antimikrob terhadap beberapa strain bakteria.
Bukan sahaja dijadikan minuman atau ubat-ubatan, bunga kertas turut digunakan dalam masakan terutamanya di Brazil dan Thailand.

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Kongsi Petua Redakan Selesema & Kahak Anak, Guna Bawang Je!
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Psikologi Kongsi Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan Mental
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tahukah Anda, Berkumur Dengan Air Garam Boleh Elak Jangkitan Kuman? Ini Penjelasannya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.