Matcha, Beri, Kunyit & 2 Makanan Lain Yang Kaya Antioksida
Salah satu manfaat utama antioksida ialah membantu mengurangkan keradangan dalam badan, selain menyokong penurunan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat).
- Lima makanan kaya antioksida termasuk buah beri, kacang pecan, coklat gelap, matcha dan kunyit mudah didapati di pasar raya.
- Antioksida dalam makanan ini membantu mengurangkan keradangan, melindungi jantung dan mengawal radikal bebas dalam badan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pengambilan makanan berkhasiat dengan kandungan tinggi nutrien adalah penting bagi menjaga kesihatan tubuh badan.
Antaranya termasuk makanan kaya bahan antioksida yang berupaya untuk mengawal radikal bebas dan melindungi sel daripada kerosakan oksidatif.
Perkara ini sekali gus dapat mengurangkan risiko penyakit kronik termasuk sakit jantung dan kanser.
Baca Artikel Berkaitan: Kanser Kolon Melonjak 53.9% Dalam Lima Tahun, Kini Menjejaskan Ramai Golongan Muda
Baca Artikel Berkaitan: Kerap Demam ‘On-Off’? Hati-Hati, Boleh Jadi Simptom Awal Kanser
Ini 5 Makanan Kaya Dengan Antioksida
Menerusi perkongsian di TikTok, pakar pemakanan dikenali sebagai Ms Kiek (@nutritionist_kiek) menyenaraikan lima makanan utama tinggi kandungan antioksida.
Katanya, kesemua makanan ini mudah didapatkan di pasar raya berdekatan di seluruh negara.
#1. Buah-buahan Beri
Buah-buahan beri sememangnya menjadi pilihan utama apabila memilih makanan kaya antioksida.
Terdapat pelbagai jenis buah beri yang boleh didapatkan, namun Kiek berkata beri hitam (blackberry) mempunyai kandungan antioksida paling tinggi jika dibandingkan dengan strawberi, beri biru dan raspberi.
Menurutnya, antara jenis antioksida yang terkandung dalam beri hitam ialah antosianin dan elagitanin, yang berfungsi dalam:
- Menyokong kesihatan jantung dan otak
- Mengurangkan keradangan
- Menyokong proses penuaan dengan sihat

Selain beri hitam, terdapat lapan jenis buah-buahan beri lain yang paling bagus untuk kesihatan iaitu:
- Beri biru – Sering dihidangkan sebagai sumber vitamin K
- Raspberi – Sumber serat dan vitamin C yang bagus
- Beri goji – Sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi.
- Strawberi – Sumber vitamin C yang bagus
- Bilberi – Kaya dengan kandungan mangan
- Beri açaí – Tinggi kalori dan serat
- Kranberi – Tingi kalori dan vitamin C
- Anggur – Tinggi kalori dan vitamin K
#2. Kacang Pecan
Kacang pecan juga antara kekacang yang tinggi kandungan antioksida termasuk polifenol, flavonoid, asid elagik dan vitamin E.
Memetik kajian, Kiek berkata pengambilan kacang pecan dapat membantu dalam:
- Mengurangkan tekanan oksidatif (ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksida di dalam badan)
- Mengurangkan keradangan
- Melindungi kolesterol LDL daripada pengoksidaan
- Menyokong kesihatan jantung
Menurut United States Department of Agriculture (USDA), pecan merupakan kacang pohon dengan kandungan antioksida paling tinggi jika dibandingkan dengan lapan kacang pohon lain.
Malah analisis dijalankan meletakkan kacang pecan sebagai 20 makanan teratas dengan kapasiti antioksida tertinggi mengikut saiz hidangan biasa.

#3. Coklat Gelap
Coklat merupakan salah satu makanan kegemaran ramai. Namun siapa sangka coklat gelap atau dark chocolate juga merupakan sumber makanan kaya antioksida.
Menurut Kiek, antara oksidan yang terdapat dalam coklat gelap ialah epicathechin, katekin, procyaniding dan asid fenolik.
Tambahnya lagi, antioksida di dalam coklat gelap dapat membantu dalam:
- Melindungi kolesterol LDL daripada pengoksidaan
- Menyokong kesihatan jantung dan otak
- Menyokong paras tekanan darah yang sihat
- Mengurangkan keradangan
Bukan itu sahaja, Healthline juga menekankan bahawa coklat gelap berfungsi untuk membantu pengawalan gula dalam darah.
Apa yang penting adalah memilih coklat dengan kandungan coklat gelap sekurang-kurangnya 70%.

#4. Matcha
Kini menjadi salah satu minuman pilihan ramai, matcha mengandungi kandungan antioksida yang tinggi.
Memandangkan matcha dihasilkan menggunakan keseluruhan bahagian daun teh hijau yang dikisar, Kiek berkata kandungan antioksidanya adalah jauh lebih tinggi berbanding teh hijau biasa.
Dia menjelaskan bahawa matcha kaya dengan antioksida epigallocatechin gallate (EGCG) yang membantu dalam:
- Mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan
- Menyokong kesihatan otak
- Melindungi kolesterol LDL daripada pengoksidaan
- Meningkatkan fokus
Namun diingatkan agar mengambil matcha secara berpatutan kerana ia juga mempunyai kandungan kafein tinggi serta boleh menghalang penyerapan zat besi.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Matcha Ada Bahan Yang Boleh Elak Penyerapan Zat Besi?
#5. Kunyit
Sering digunakan sebagai bahan masakan, kunyit juga kaya dengan antioksida terutamanya kurkumin.
Oleh sebab itu, terdapat kunyit yang dimasukkan ke dalam suplemen kerana dapat membantu untuk:
- Mengurangkan keradangan
- Meneutralkan radikal bebas
- Menyokong kesihatan otak, jantung dan sendi
- Melindungi kolesterol LDL daripada pengoksidaan
Pun begitu, sebelum mengamalkan pengambilan kunyit, dapatkan nasihat doktor dahulu jika anda mempunyai sebarang penyakit, sedang hamil atau menyusu, atau sedang mengambil ubat-ubatan lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Kebaikan Ambil Buah-Buahan Sebelum Makan Hidangan Lain
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.