Nak Elak Anak Dijangkiti RSV? Doktor Kongsi Sebab Taman Permainan Patut Dielakkan
Sebanyak 70.6% jangkitan saluran pernafasan dalam kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah berpunca dari penyakit RSV.
- Ibu bapa dinasihatkan elak bawa anak ke taman permainan buat masa ini kerana ia kawasan berisiko tinggi jangkitan RSV.
- Pakar cadang vaksin influenza dan antibodi nirsevimab untuk lindungi bayi, terutama yang pramatang atau menghidap penyakit kronik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Anak kecil sering mudah dijangkiti dengan pelbagai penyakit sering menimbul kerisauan setiap ibu bapa.
Menerusi laman Threads baru-baru ini, seorang pengguna (@mdnaimafnd) berkata ramai kliennya kini menghidap penyakit influenza dan Respiratory Syncytial Virus (RSV).
Ekoran itu, dia menasihatkan ibu bapa agar mengelak daripada membawa anak ke taman permainan buat masa ini kerana disifatkan sebagai kawasan berisiko tinggi.
Ibu Bapa Dinasihatkan Untuk Dapatkan Vaksin Influenza Terutama Untuk Anak Kecil
Naim Afandi turut menyarankan orang ramai untuk mendapatkan vaksin influenza sebelum dijangkiti terutama bagi anak kecil kerana mereka lebih berisiko apabila terkena jangkitan.
Selain itu, perkongsian itu turut menjadi peringatan buat ramai ibu bapa untuk lebih berwaspada sepanjang tempoh wabak ini.
RSV Punca Utama Kemasukan Bayi Ke Hospital Di Malaysia

Menurut Code Blue, RSV merupakan salah satu ancaman kesihatan yang membuatkan ramai terlepas pandang.
Menurut Dr Musa Mohd Nordin dan Dr Zulkifli Ismail, RSV merupakan punca utama kemasukan hospital dalam kalangan bayi di Malaysia, namun ia kurang diberi perhatian.
Bagi seorang ibu atau bapa, tiada perkara yang lebih menakutkan daripada melihat bayi mereka bergelut untuk bernafas.
Di Malaysia, keadaan menakutkan itu sering berpunca daripada RSV, iaitu virus yang jarang sekali ramai ambil tahu.
Malah, selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan, kajian daripada National Library Of Medicine menunjukkan semakin banyak bayi menghidap penyakit yang teruk pada usia lebih muda.
Selain itu, keperluan sokongan ventilator telah meningkat kepada 32.5 peratus selepas era pandemik, berbanding hanya 9.4 peratus sebelum ini.
Pakar Cadang Strategi Dua Langkah Untuk Melindungi Bayi
Bagi menangani ancaman itu, kedua-dua pakar mencadangkan satu strategi dengan dua langkah yang praktikal seperti berikut:
- Langkah Pertama: Melindungi bayi berisiko tinggi terlebih dahulu, iaitu bayi pramatang serta mereka yang menghidap penyakit paru-paru atau jantung kronik. Golongan ini boleh dilindungi menggunakan antibodi monoklonal bertindak panjang yang dikenali sebagai nirsevimab.
- Langkah Kedua: Memperluas imunisasi kepada semua bayi apabila sumber mengizinkan, digabungkan dengan vaksinasi ibu sepanjang tahun ketika trimester ketiga kehamilan.
Tambahan pula, iklim tropika Malaysia menyebabkan RSV boleh berlaku sepanjang tahun dengan waktu-waktu puncak tertentu sekali gus menyukarkan sebarang aplikasi strategi bermusim.
Walau bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa RSV sebenarnya boleh dicegah, walaupun jangkitan saluran pernafasan bawah menyumbang kepada 14 peratus kematian kanak-kanak bawah lima tahun di seluruh dunia.
Apa Itu RSV & Kenapa Ia Sangat Berbahaya?
Sebagai info tambahan, RSV menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan, selain menjadi punca utama bronkiolitis dalam kalangan bayi dan kanak-kanak seawal usia dua tahun.
Menurut kajian dari Persatuan Pediatrik Malaysia, RSV mula ditemui pada 1956, dan terbahagi kepada dua kumpulan antigen utama iaitu A dan B, yang kedua-duanya merebak dengan serentak ketika sesuatu wabak belaku.
Malah, setiap tahun RSV dianggarkan telah menyebabkan 33 juta orang menghadapi jangkitan pernafasan terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun.
Ia juga boleh menjangkiti orang dewasa tetapi kerana mempunyai sistem imun yang lebih kuat dan simptomnya biasanya menyerupai sakit demam biasa.
Namun ini tidak bermakna penyakit ini tidak berbahaya kerana jangkitannya boleh jadi teruk kepada sesetengah golongan seperti bayi berusia 12 bulan ke bawah terutama mereka yang pramatang, warga emas atau individu yang mempunyai masalah sakit jantung dan paru-paru.
Simptom RSV Perlu Diberi Perhatian Sebelum Terlambat
Simpton RSV biasannya muncul dalam empat hingga enam hari selepas seseorang telah terdedah kepada virus itu.
Selain itu, berikut adalah simptom menandakan anda menghidap penyakit RSV:
- Hidung tersumbat atau berair
- Batuk kering
- Demam ringan
- Sakit tekak
- Bersin
- Sakit kepala
Jangkitan lebih teruk boleh merebak ke saluran pernafasan menyebabkan radang paru-paru atau bronkiolitis.
Tanda-tandanya adalah seperti berikut:
- Demam
- Batuk teruk
- Mengah
- Sukar bernafas sehingga perlu duduk daripada baring
- Pernafasan tidak sekata seperti terlalu pantas
- Kulit berubah ke warna biru kerana kekurangan oksigen
Tambahan pula, tanda jangkitan RSV teruk pada adalah:
- Pernafasan pendek dan pantas
- Susah untuk bernafas
- Batuk
- Kurang menyusu
- Keletihan luar biasa
- Mudah meragram
Kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa pulih dalam satu ke dua minggu, walaupun terdapat beberapa kes simptom RSV akan berulang sekali lagi.
Sebagai peringatan, sesiapa yang mengalami gejala ini membimbangkan terutama membabitkan bayi anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Perubatan Kanak-kanak Kongsi Tentang Penyakit Sepsis Dalam Kalangan Si Manja
Baca Artikel Berkaitan: Demam Anak Tak Kebah Lepas Dah Makan Ubat? Doktor Jelaskan Boleh Jadi Simptom Penyakit Kawasaki | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.