Kekurangan Tidur Boleh Menyebabkan Darah Tinggi Meningkat, Ini 5 Tips Mudah Untuk Dapatkan Tidur Berkualiti
Orang dewasa disyorkan dapatkan tidur antara tujuh hingga sembilan jam setiap malam untuk kurangkan risiko darah tinggi dan saluran darah pecah.
- Kekurangan tidur secara berterusan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, risiko serangan jantung, obesiti, dan diabetes.
- Penggunaan gajet dua jam sebelum tidur mengaktifkan hormon badan, menyukarkan tidur, terutama dalam kalangan warga emas.
- Amalkan waktu tidur konsisten, kurangkan tidur siang, dan cipta persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur berkualiti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidur sering menjadi perkara pertama yang dikorbankan apabila jadual harian semakin padat.
Namun, perlu diingatkan kekurangan tidur secara berterusan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti masalah darah tinggi.
Menurut Mayo Clinic, kekurangan tidur boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau hipertensi dalam kalangan kanak-kanak ataupun orang dewasa.
Baca Artikel Berkaitan: Dozoff: Minuman Fungsi Buatan Malaysia Yang Diformulasi Untuk Sokong Tidur Lebih Berkualiti | TRP
Semakin Kurang Anda Tidur, Semakin Tinggi Tekanan Darah Anda

Orang dewasa disyorkan untuk mendapatkan tidur antara tujuh hingga sembilan jam setiap malam.
Jika kurang daripada enam jam, kesihatan akan mula terjejas dan kesan buruk bakal berlaku seperti risiko serangan sakit jantung, obesiti dan diabetes.
Bagaimana Kekurangan Tidur Menyebabkan Tekanan Darah Jadi Tinggi?

Menurut Manhattan Primary Care, tekanan darah akan turun secara semula jadi ketika seseorang sedang tidur seperti biasa dan dikenali sebagai nocturnal dipping.
Ia merupakan cara badan berehat dan membolehkan sistem kardiovaskular pulih.
Namun, apabila seseorang kurang tidur, corak ini akan terganggu. Tekanan darah kekal tinggi lebih lama daripada sepatutnya, terutama pada waktu malam.
Keadaan ini dikenali sebagai hipertensi nokturnal dan menjadi punca sesetengah orang mengalami tekanan darah tinggi pada waktu malam atau ketika bangun tidur.
Tambahan pula, hormon tekanan seperti kortisol dan adrenalin akan kekal tinggi, sistem saraf simpatetik, iaitu mod “lawan atau lari” badan akan kekal aktif sehingga saluran darah kembali seperti biasa.
Lama-kelamaan, badan hilang keupayaan untuk mengawal tekanan darah dengan baik.
Kesannya Bukan Sekadar Darah Tinggi Sahaja
Apabila kualiti tidur serta waktu tidur anda terjejas, jantung juga turut terjejas.
Kekurangan tidur berterusan akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan jantung seperti berikut:
- Hipertensi atau tekanan darah tinggi
- Aritmia atau degupan jantung yang tidak teratur
- Peningkatan risiko serangan jantung dan strok
- Penebalan otot jantung (left ventricular hypertrophy)
Semakin lama seseorang kurang tidur, semakin kuat jantungnya bekerja dan kesannya ia tidak dapat berehat dan pulih semula seperti sepatutnya.
Penggunaan Gajet Juga Menyebabkan Ramai Sukar Tidur, Terutama Warga Emas

Salah satu punca gangguan tidur hari ini ialah penggunaan gajet.
Menurut Berita Harian, menggunakan gajet dalam tempoh dua jam sebelum tidur akan mengaktifkan hormon dalam badan, sekali gus menyukarkan anda untuk melelapkan mata.
Masalah ini sangat ketara dalam kalangan warga emas kerana kira-kira 40%-50% warga emas berumur 60 tahun ke atas sukar tidur pada waktu malam.
Wanita pula didapati lebih cenderung mengalaminya berbanding lelaki.
Selain itu, insomnia atau masalah sukar tidur juga menjadi faktor turut memberi pelbagai kesan seperti keletihan fizikal dan mental, mudah resah, kehilangan daya ingatan dan risiko darah tinggi.
Namun, Tidur Berlebihan Juga Tidak Bagus
Perlu diingatkan, kekurangan tidur tidak boleh digantikan dengan tidur berlebihan.
Ini kerana ia akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat yang boleh menjejaskan kesihatan jantung anda serta mengakibatkan berat badan bertambah.
Selain itu, punca tidur yang tidak berkualiti ialah masalah sleep apnea. Keadaan apabila pernafasan terhenti berkali-kali ketika tidur.
Kesannya ialah tidur kurang lena dan terasa letih walaupun sudah tidur lebih daripada 6 jam.
5 Tips Mudah Untuk Mendapatkan Tidur Berkualiti, Mengurangkan Masalah Tekanan Darah

Berikut adalah 5 langkah mudah yang boleh diamalkan untuk perbaiki kualiti tidur anda:
#1. Dapatkan cahaya matahari pada waktu siang
Cahaya matahari pada waktu siang sangat membantu untuk mengekalkan irama sirkadian anda kerana menurut Healthline, kajian pada tahun 2022 mendapati pendedahan kepada cahaya terang pada siang hari boleh tingkatkan kualiti tidur.
#2. Kurangkan Tidur Siang Atau Tidak Menentu
Tidur pada waktu siang boleh menyebabkan kekeliruan tubuh badan lalu menyukarkan seseorang untuk tidur pada waktu malam.
Walaupun kesannya berbeza bagi setiap orang, kajian pada tahun 2021 mendapati tidur siang sesuai untuk atlet atau mereka yang melakukan aktiviti fizikal berat.
Jika anda tidak menggunakan tenaga banyak seperti itu, cuba kurangkan tidur di waktu siang.
#3. Tidur Dan Bangun Pada Waktu Konsisten
Irama sirkadian badan berfungsi mengikut kitaran tetap, selari dengan matahari terbit dan terbenam.
Mengamalkan waktu tidur yang konsisten boleh membantu kualiti tidur dalam jangka masa panjang dan turut meningkatkan kualiti tidur.
#4. Dapatkan Katil, Tilam Dan Bantal Yang Selesa
Kualiti tempat tidur turut mempengaruhi kerana tilam yang kurang selesa boleh menyebabkan sakit belakang menyukarkan anda mendapat rehat yang lena.
Selain itu, tilam yang tidak terlalu lembut dan keras boleh memberi keselesaan diperlukan tanpa menyebabkan masalah sakit belakang.
#5. Cipta Persekitaran Bilik Tidur Yang Sesuai
Selain daripada keselesaan katil. Suhu, bunyi, pengudaraan dan kualiti udara juga main peranan penting untuk dapatkan tidur berkualiti.
Cuba kurangkan bunyi bising dan cahaya, termasuklah dari telefon pintar anda dan kekalkan bilik pada suhu selesa, iaitu sekitar 18°C yang sesuai untuk kebanyakan orang.
Amalkan tips ini untuk kurangkan masalah tidur sekaligus mengelakkan daripada masalah darah tinggi yang boleh menyebabkan saluran darah pecah.
Baca Artikel Berkaitan: Nafas Terhenti Semasa Tidur? Kenali Tanda-Tanda Sleep Apnea Sebelum Terlambat | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Cepat Moody Sebab Tak Cukup Rehat? Ini Tips Anda Boleh Cuba Untuk Tidur Awal Setiap Hari | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.