Now Reading
Kadar Kematian Antara 30 Hingga 40 Peratus, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hantavirus

Kadar Kematian Antara 30 Hingga 40 Peratus, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hantavirus

hantavirus juga boleh menyebabkan gangguan pernafasan, kompilasi buah pinggang dan darah membeku.

In Brief
  • Hantavirus bukanlah penyakit baharu dan telah lama dikenal pasti di Asia, Eropah serta Amerika dengan kadar kematian mencecah 40 peratus.
  • Tiada rawatan khusus untuk hantavirus, namun amalan kebersihan mudah dan perhatian awal terhadap simptom boleh mengurangkan risiko jangkitan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Wabak hantavirus yang dikaitkan dengan sebuah kapal persiaran bulan lalu mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia selepas beberapa kematian yang telah dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan ini bukan permulaan pandemik baharu. Namun perlu diingatkan bahawa jangkitan ini tidak boleh diambil mudah kerana kadar kematiannya boleh mencecah antara 30 hingga 40 peratus bergantung kepada kadar jangkitan.

Tambahan pula, ini bukan penyakit baharu muncul seperti yang dipercayai.

Baca Artikel Berkaitan: Disyaki Akibat Najis Tikus, 3 Maut Dalam Wabak Hantavirus Di Lautan Atlantik

Virus Berbahaya Sudah Dikenal Pasti Di Beberapa Tempat Di Dunia

Gambaran Hantavirus. (Foto: National Geographic)

Menurut Dr Lee Kok Soon, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit di Sunway Medical Centre, Sunway City, hantavirus telah lama dikenal pasti di Asia, Eropah, Amerika dan bukan penyakit yang muncul tiba-tiba.

“Wajar bagi orang ramai untuk berwaspada apabila sesuatu penyakit muncul di tajuk berita, terutama selepas COVID-19. Namun pentingnya untuk memahami bagaimana jangkitan ini boleh merebak serta tahap risikonya,” katanya.

Virus Yang Terhasil Daripada Spesies Tikus
Spesies tikus membawa penyakit hantavirus. (Foto: Yale)

Hantavirus bukan satu virus tunggal, sebaliknya kumpulan virus dibawa oleh spesies tikus yang boleh merebak kepada manusia dan setiap jangkitan boleh memberi kesan berbeza kepada tubuh badan.

“Di Amerika Syarikat, jangkitan tertentu boleh menyebabkan Hantavirus Pulmonary Syndrome (HPS), ia adalah keadaan melibatkan pengumpulan cecair dalam paru-paru yang boleh membawa kepada kegagalan pernafasan,” kata Dr Lee.

“Di Eropah dan Asia, ada jangkitan yang dikaitkan dengan kompilasi buah pinggang serta menyebabkan darah membeku.”

Wabak kali ini menarik kerana melibatkan jangkitan Andes yang merupakan salah satu daripada beberapa jangkitan hantavirus boleh merebak ke manusia secara terhad.

Namun mekanisme penularannya sangat berbeza daripada COVID-19.

Risiko Yang Sering Diabaikan
Gambaran bagaimana hantavirus boleh merebak melalui ruang udara. (Foto: North Carolina)

Dr Lee turut menjelaskan bahawa jangkitan hantavirus lazimnya dikaitkan dengan pendedahan kepada persekitaran tercemar oleh spesies tikus.

Hantavirus akan merebak apabila zarah kecil daripada air kencing, air liur atau najis tikus tersebar di udara dan terdapat kes yang menyebabkan virus ini berjangkit melalui gigitan atau kesan cakar.

“Sesuatu yang mudah seperti menyapu atau menghidu udara kotor seperti di stor boleh menyebabkan kita terjangkit dengan hantavirus tanpa disedari,” tambah Dr Lee.

Beliau menegaskan agar kawasan yang dijangkiti dengan tikus tidak disapu secara kering kerana kawasan tersebut perlu disembur serta dibersihkan menggunakan ubat dan disinfeksi untuk beberapa minit sebelum menggunakan kain lembap untuk proses pembersihan.

Beliau turut menggalakkan penggunaan sarung tangan dan pelitup muka semasa membersih, pembuangan sampah serta menyediakan sistem pengudaran yang baik.

Tanda-Tanda Dijangkiti Hantavirus Serupa Dengan Penyakit Biasa
Batuk, sukar bernafas antara tanda awal. (Foto: Harvard)

Salah satu cabaran utama hantavirus ialah gejalanya menyerupai penyakit lain seperti demam, sakit badan, lesu, loya atau pening.

Selain itu, hantavirus turut mempunyai simptom sama seperti influenza, denggi, leptospirosis dan COVID-19 menyebabkan sukarnya untuk pakar perubatan mengenal pasti punca virus ini.

“Waktu dan kawasan menjadi petunjuk penting untuk mengenal pasti sama ada pesakit menghidap hantavirus atau tidak,” kata Dr Lee.

Tambahan pula, pengesahan hanya boleh dilakukan melalui penilaian klinikal, ujian makmal, ujian PCR atau antibodi.

Tiada Rawatan Khusus Tetapi Perlu Berwaspada Pada Peringkat Awal

Dr Lee menegaskan tiada rawatan khusus untuk hantavirus, sebaliknya perlu diberi perhatian pada peringkat awal jangkitan kerana ia boleh merebak dengan cepat apabila simpton seperti gangguan pernafasan mula muncul.

Jika jangkitan semakin teruk, pesakit mungkin memerlukan sokongan oksigen, pengurusan unit rawatan rapi atau dialisis bergantung kepada organ yang terjejas.

Tiada Laporan Berkenaan Hantavirus Di Malaysia Tidak Bermakna Kita Selamat
Kapal persiaran yang tercetus hantavirus. (Foto: PBS)

Malaysia belum melaporkan sebarang wabak berkenaan dengan Hantavirus tetapi menurut Dr Lee, virus ini telah dikenal pasti pada peringkat global dan memberi peringatan untuk tidak mengabaikannya.

Dr Lee menasihati agar penduduk di Malaysia sentiasa mengekalkan persekitaran yang bersih, menyimpan makanan dengan selamat dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa membersih kawasan terbiar terutama selepas banjir, renovasi atau tempoh pengabaian yang lama.

“Tabiat pencegahan yang mudah dan amalan pembersihan boleh mengurangkan risiko pendedahan dengan ketara. Jika jangkitan bertambah teruk jika terdedah kepada tikus, anda perlu mendapatkan perhatian perubatan dengan kadar segera,” kata Dr Lee.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Nak Guna Racun Serangga Halau Tikus Di Rumah? Ini Langkah Mudah Guna Bahan Semula Jadi

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa Aduan Ada Tikus Diabaikan Oleh Pekerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd