Jangan Ambil Mudah Bila Sentuh Makanan Laut Mentah, Kajian Ini Jelaskan Sebabnya
Virus CMNV dikesan pada makanan laut boleh menganggu penglihatan, menyebabkan kerosakan saraf optik dan menyebabkan buta.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Makanan laut seperti udang, ikan, ketam dan sotong merupakan antara protein yang sering dinikmati ramai jika sudah bosan dengan ayam atau daging.
Lazimnya, makanan ini perlu dibersihkan terlebih dahulu dan proses tersebut melibatkan sentuhan langsung yang sangat berisiko tinggi.
Ini kerana terdapat satu kajian dari nature microbiology mendapati sejenis virus akuatik dikenali sebagai covert mortality nodavirus atau CMNV yang boleh menjangkit mata kita wajar diberi perhatian kepada cara makanan laut mentah dikendalikan.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Mula Takut Makan Seafood Di Langkawi, Ini Nasihat Doktor Yang Patut Anda Tahu | TRP
Virus CMNV Pertama Kali Dikesan Pada Udang Ternakan Di China

Menurut kajian yang diterbitkan dalam nature microbiology, CMNV pertama kali dikenal pasti pada udang ternakan di China pada tahun 2014.
Penemuan virus itu sebelum ini membantu menjelaskan sejenis penyakit misteri yang telah menyebabkan kerugian besar dalam industri ternakan udang di negara tersebut sejak 2009.
Memetik laporan kajian, virus berkenaan boleh menjangkiti lebih 20 spesies akuatik termasuk ikan, udang, ketam, moluska seperti kerang, tiram, kupang serta sotong dan pada masa sama para penyelidik turut menemui virus ini di Amerika, Afrika dan Antartika.
Virus Yang Dikaitkan Dengan Penyakit Mata POH-VAU

Kajian sama telah mengaitkan CMNV dengan satu penyakit mata dikenali sebagai persistent ocular hypertensive viral anterior uveitis atau POH-VAU.
Secara ringkasnya, penyakit ini boleh menyebabkan keradangan berulang pada bahagian depan mata serta memberi tekanan tinggi di dalam mata.
Jika dibiarkan, tekanan mata yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf optik, mengganggu penglihatan dan dalam kes tertentu, kehilangan daya penglihatan.
Sebahagian pesakit penyakit ini memerlukan pembedahan antiglaukoma untuk menurunkan tekanan mata manakala terdapat seorang mangsa telah dilaporkan mengalami kehilangan penglihatan kekal dalam laporan nature microbiology.
Memegang Makanan Laut Mentah Tanpa Perlindungan Antara Risiko Utama

Dalam laporan sama, risiko pendedahan lebih tinggi melibatkan individu yang kerap mengendalikan makanan laut mentah tanpa perlindungan mencukupi.
Ini termasuk mereka yang membersihkan atau memproses makanan laut sama ada di rumah, dalam industri akuakultur atau sektor pemprosesan makanan.
Ini Kumpulan Yang Lebih Berisiko Terdedah Kepada Virus CMNV
#1. Individu Yang Kerap Bersihkan Makanan Laut Mentah
Mereka yang sering membersihkan ikan, udang, ketam atau sotong tanpa sarung tangan dikatakan lebih berisiko terdedah kepada CMNV.
Risiko ini boleh meningkat sekiranya proses membersihkan dilakukan secara berulang atau tanpa perlindungan penuh.
#2. Pekerja Industri Akuakultur & Pemprosesan Makanan Laut
Individu yang bekerja dengan hidupan akuatik atau produk makanan laut mentah termasuk terlibat dalam sektor akuakultur, perikanan atau pemprosesan makanan laut.
#3. Individu Yang Kerap Makan Makanan Laut
Laporan sama turut menyatakan mereka yang kerap makan makanan laut juga berisiko untuk terdedah kepada virus ini.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud semua jenis makanan laut berbahaya untuk dimakan, sebaliknya ia lebih kepada cara makanan itu dikendalikan sebelum dihidang.
#4. Individu Yang Mengalami Luka Akibat Tercucuk
Jika terdapat sebarang luka akibat duri ikan, kulit udang atau bahagian tajam turut disebut sebagai antara risiko yang perlu diberi perhatian kerana berisiko tinggi untuk dijangkiti virus ini.
Virus CMNV Dikesan Dalam Pelbagai Sampel Hidupan Laut
Laporan ini turut menyatakan bahawa CMNV hadir dalam pelbagai spesies akuatik liar dan ternakan.
Di Asia, kira-kira 35% sampel udang dan 40% sampel ikan dilaporkan positif CMNV.
Sementara itu, ujian terhadap 351 produk makanan laut dari pasar di enam wilayah China mendapati virus tersebut dikesan dalam 33% hingga 62% sampel melibatkan ikan, udang, ketam dan sotong.
Kajian itu turut mendapati kes penyakit mata berkaitan CMNV lebih banyak dilaporkan di kawasan pengeluaran akuakultur yang tinggi.
Makanan Laut Perlu Dimasak Sempurna Supaya Tidak Dijangkiti Dengan CMNV

Walaupun kajian ini menimbulkan rasa bimbang terhadap pendedahan virus CMNV, laporan berkenaan turut mendedahkan fokus terhadap cara betul untuk mengendalikan makanan laut mentah.
Ini kerana virus dilaporkan boleh bertahan pada suhu beku, tetapi akan musnah dengan haba. Maksudnya, jika makanan laut dimasak dengan sempurna, ia lebih selamat untuk dimakan.
Jangan Lupa Untuk Pakai Sarung Tangan Ketika Mengendali Makanan Laut Mentah

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan makanan laut mentah.
Antara langkah mudah adalah seperti memakai sarung tangan ketika proses pembersihan dan perlu berhati-hati dengan bahagian tajam yang boleh menyebabkan luka kecil.
Baca Artikel Berkaitan: Gout Berpunca Daripada Seafood? Ini Penjelasan Dr Malar | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Keracunan Makanan, Rupanya Tiram Mentah Juga Boleh Bawa Wabak Hepatitis A | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



