Now Reading
Ini 5 Langkah Yang Boleh Kurangkan Risiko Kanser Kolon Jika Diamalkan Setiap Hari

Ini 5 Langkah Yang Boleh Kurangkan Risiko Kanser Kolon Jika Diamalkan Setiap Hari

Menurut doktor perubatan Dr Khoong, satu daripada dua puluh rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser kolon seumur hidup.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sering dianggap sebagai penyakit yang hanya menyerang golongan berusia. Kanser kolon merupakan salah satu kanser yang banyak dilaporkan di negara.

Kerana kanser ini berlaku di bahagian usus kita, ia juga dipengaruhi oleh gaya pemakanan, stres, tidur dan kehidupan seharian kita.

Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk menguatkan kesihatan usus serta mengurangkan risiko berlakunya kanser kolon.

Baca Artikel Berkaitan:“Benjolan Pada Payudara Tak Semestinya Kanser” – Pakar | TRP

Perkara Yang Perlu Anda Elak Untuk Menjaga Kesihatan Usus

Gambaran ilustrasi kanser kolon. (Foto: Chirag Global Hospitals)
#1. Kurangkan Makanan Yang Diproses

Halia ialah bahan semula jadi yang bagus untuk mengurangkan rasa perut kembung, menyokong penghadaman dan membuatkan perut kita rasa lebih selesa.

Selain itu, ia boleh mengurangkan keradangan usus tau.

Umum mengetahui makanan proses seperti pemanis tiruan, makanan segera dan produk yang terlalu banyak bahan pengawet boleh menganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus.

Jika diambil terlalu banyak, ia boleh menyumbang kepada keradangan dan masalah penghadaman.

#2. Elakkan Tekanan Stres Kronik

Kesihatan usus tidaklah hanya dipengaruhi oleh amalan makanan sahaja. Stres kronik turut memberi kesan kepada penghadaman kerana otak dan usus mempunyai hubungan yang rapat.

Ini bermaksud, jika seseorang berada dalam keadaan tertekan. Badan akan mengalami perubahan seperti perut kembung, penghadaman lambat dan menyebabkan Irritable Bowel Syndrome (IBS).

#3. Elak Tidur Kurang Daripada 8 Jam Sehari
Tidur yang mencukupi. (Foto: Pexels)

Adakah anda dapat tidur yang mencukupi? Sekurang-kurangnya 8 jam untuk memastikan tidak menganggu keseimbangan tubuh badan.

Kemudian, ia juga dikaitkan dengan penghadaman kurang baik, perasaan ingin makan bertambah dan badan lebih mudah mengalami keradangan.

Sebaliknya, Amalkan 5 Langkah Mudah Ini
#1. Halia

Halia ialah bahan semula jadi yang bagus untuk mengurangkan rasa perut kembung, menyokong penghadaman dan membuatkan perut kita rasa lebih selesa.

Selain itu, ia boleh mengurangkan keradangan usus tau.

#2. Probiotik

Probiotik sering dikaitkan bakteria baik yang membantu menyokong keseimbangan usus.

Selain itu, ia turut membantu mengurangkan rasa kembung, menyokong sistem imun tubuh badan dan menguatkan lapisan usus, terutama selepas mengambil antibiotik atau sedang sembuh dari penyakit.

#3. Makanan Fermentasi

Amalkan makanan seperti yogurt, kimchi, sauerkraut dan tapai antara contoh makanan fermentasi yang boleh menguatkan kesihatan usus anda.

Namun, perlu diingatkan makanan ini perlu diambil dengan kadar sederhana juga.

#4. Serat

Serat ialah sumber makanan kepada bakteria baik dalam usus. Antara sumber serat yang boleh anda cuba seperti oat, kekacang, sayur-sayuran dan biji chia.

Ia bukan sahaja dapat melancarkan sistem penghadaman anda, ia turut menyokong keseimbangan usus.

#5. Magnesium

Magnesium memainkan peranan dalam fungsi otak, tindak balas stres, pergerakan usus dan kualiti tidur.

Kekurangan magnesium boleh menyebabkan kita ada masalah sembelit, stres dan tidur kurang berkualiti.

Walau bagaimanapun, pengambilan magnesium tidak wajar dibuat tanpa nasihat doktor atau pakar kesihatan.

Masalah Kanser Kolon Tidak Boleh Diambil Ringan
Gambar ilustrasi pesakit. (Foto: Pexels)

Untuk pengetahuan umum, isu kanser kolon semakin membimbangkan.

Menurut pakar kanser kolon di Subang Jaya Medical Centre, Dr Khong Tak Loon, kanser kolon ialah kanser paling banyak berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita.

Dr Khong turut menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai sekitar 50% sepanjang hayat untuk menghidap kanser kolon secara klinikal, bersamaan kira-kira satu daripada 20 rakyat Malaysia.

Kalau Dapat Dikesan Awal, Peluang Untuk Sembuh Lebih Tinggi
Gambaran ilustrasi tahap kanser kolon. (Foto: Fred Hutchinson Cancer Center)

Antara kebimbangan utama ialah ramai pesakit di Malaysia hanya dapat kesan menghidap kanser kolon pada tahap lewat.

Menurut Dr Khong, dalam kalangan orang muda penyakit ini cenderung untuk berkembang lebih agresif.

Manakala, simptom awal kadangkala dianggap seperti sakit perut biasa. Peluang rawatan pula banyak bergantung kepada tahap kanser kita diagnosis dibuat.

Kadar sembuh boleh mencapai sekitar 90% untuk tahap satu, namun akan menurun kepada bawah 15% hingga 20% bagi tahap empat.

Oleh Itu, Jangan Abaikan Simpton & Saringan Seperti Ini…

Antara tanda yang perlu anda perhatikan ialah tabiat membuang air besar, darah dalam najis, perubahan bentuk najis dan rasa tidak selesa pada perut secara berterusan serta keletihan melampau.

Kaedah saringan seperti iFOBT boleh mengesan darah tersembunyi dalam najis, manakala kolonoskopi pula membantu mengesan kanser pada peringkat awal.

Senang kata, penjagaan usus tidak boleh bergantung pada pemakanan sahaja. Anda perlu amalkan gaya hidup aktif, tidur yang cukup dan mengawal tahap stress.

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Perubatan Tepis Dakwaan Vaksin Covid-19 Punca Kanser | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Kesihatan Dakwa Bahaya Makan Kubis Goreng Hangus, Ada Risiko Dapat Penyakit Kanser | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd