Now Reading
“Macam 10 Tahun Lebih Muda” – Pakar Kongsi Kesan Positif Lepas 2 Minggu Tak Guna Mobile Internet

“Macam 10 Tahun Lebih Muda” – Pakar Kongsi Kesan Positif Lepas 2 Minggu Tak Guna Mobile Internet

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam PNAS Nexus, seramai 91% peserta merasai kesan positif selepas tidak melayari internet menggunakan telefon pintar selama dua minggu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa telefon pintar merupakan alat komunikasi yang penting dan seolah-olah sudah menjadi nadi dalam kehidupan seharian.

Walaupun terdapat banyak kebaikan teknologi ini, namun penggunaannya secara berlebihan sememangnya dapat menganggu fungsi otak dan kesihatan mental.

Oleh itu, penting untuk mengawal penggunaan telefon pintar, lebih-lebih lagi media sosial agar kesejahteraan mental dapat dilindungi.

Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Gangguan Mental” – Pakar Dedah Bahaya Anak Main Game Guna Gajet Tanpa Pantauan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penasihat Kesihatan Mental Kongsi Keburukan Bangun Tidur Guna Alarm Jam

Kurang Guna Telefon Pintar Tingkatkan Kesihatan Mental

Baru-baru ini, pakar psikologi, Amirul Ramli, berkongsi satu kajian yang dijalankan di mana peserta tidak menggunakan telefon pintar bagi melayari internet selama tempoh dua minggu.

Mereka bagaimanapun dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar bagi tujuan melakukan panggilan dan menghantar pesanan, serta mengakses internet menerusi komputer.

Amirul berkata di akhir kajian, fokus mereka didapati meningkat. Malah fungsi otak menjadi seakan-akan 10 tahun lebih muda berbanding tahap asal.

Kajian yang diterbitkan dalam PNAS Nexus itu juga menunjukkan kadar kemurungan yang menurun dengan lebih besar berbanding pengambilan ubat antidepresi dalam kalangan peserta.

Selain itu, kesejahteraan mental peserta juga didapati meningkat selepas dua minggu tidak menggunakan telefon pintar.

Individu Luang Masa Dengan Cara Lain Tanpa Telefon Pintar

91% daripada jumlah peserta menunjukkan peningkatan dalam sekurang-kurangnya satu daripada dapatan di atas.

Penyelidik berkata analisis mencadangkan bahawa impak positif terhadap kesihatan mental ini mungkin boleh dijelaskan melalui kesan kawalan telefon pintar terhadap bagaimana individu meluangkan masanya.

“Apabila mereka tiada akses kepada internet mudah alih, mereka meluangkan lebih banyak masa bersosial secara bersemuka, bersenam dan meluangkan masa dengan alam sekitar,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Emosi Lebih Stabil” – Pakar Dedah Kerap Sertai Event Sosial Mampu Pulihkan Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental

Guna Telefon Pintar Berlebihan Boleh Sebabkan Otak Terbiasa Dengan Stimulasi Tinggi

Amirul yang juga Pengasas Mental Kuat Centre, turut menjelaskan kesan penggunaan telefon pintar terhadap sistem otak dan emosi seseorang.

“Setiap notifikasi, skrol, video pendek, dopamine hit, semuanya kacau sistem fokus dalam otak anda.

“Bila lama-lama otak dah terbiasa dengan stimulasi yang tinggi dan laju, fokus yang mendalam jadi susah. Anda cepat bosan, emosi tak stabil, otak sentiasa rasa macam nak check sesuatu.

“Sebab telefon pintar sentiasa ada dengan kita. Masa makan, berjalan, bercakap dengan orang, sebelum tidur pun ada,” katanya.

Gunakan Telefon Pintar Secara Sedar & Terkawal

Namun Amirul berpendapat bahawa perkara ini tidaklah bermakna seseorang tidak boleh menggunakan telefon pintar bagi melayari internet sama sekali.

Sebaliknya, penting untuk menjadi seorang mindful user, iaitu menggunakannya dalam keadaan yang sedar pada waktu yang ditetapkan dan terkawal.

Dia menjelaskan bahawa penggunaan telefon pintar boleh menjadi bahaya apabila ia dilakukan secara automatik atau bawah sedar.

“Tangan tu dia skrol tanpa sedar. Otak sentiasa mencari stimulasi. Setiap kekosongan yang anda rasa,” katanya.

Amirul berkata seseorang yang menggunakan telefon pintar secara sedar dapat mengelakkan otaknya daripada mengalami stimulasi berlebihan, sekali gus menjadikan fikiran lebih tenang, lebih hadir dan membantu fokus serta emosi.

“Dalam masa sama, anda masih dapat menikmati manfaat dunia digital tanpa biarkan ia mengawal hidup anda,” katanya.

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Keburukan Penggunaan Sosial Media Berlebihan

Sebelum ini, banyak kajian yang dijalankan mendapati hubungan antara penggunaan sosial media secara berterusan dengan kemurungan, kegelisahan, kesunyian dan perasaan ingin bunuh diri.

Platform yang direka untuk menjadi menagihkan juga menyebabkan seseorang sering terdedah kepada kandungan dalam talian.

Jika telefon pintar sering digunakan tanpa kawalan sehingga mengganggu tidur, seterusnya memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Tambahan pula, penggunaan sosial media juga boleh menyebabkan seseorang berasa rendah diri jika membandingkan dirinya dengan individu lain.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Penyakit Mental Ini Layak Terima Perlindungan mySalam RM8,000


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd