[Video] Risau Anak Kena Jaundis Sebab Ibu Darah O? Ini Penjelasan Pakar
Kata Pakar Kanak-kanak, Dr Syed Khaliq bilirubin menyebabkan seorang bayi mempunyai jaundis dan sekiranya bacaan terlalu tinggi boleh menyebabkan banyak masalah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pasangan yang bergelar ibu bapa pastinya bimbang apabila si comel yang baru dilahirkan mempunyai penyakit kuning atau jaundis.
Bahkan ada yang merasakan ianya bagai mimpi ngeri serta berharap agar bayi baru dilahirkan tidak terkena atau beransur pulih dengan segera.
Jaundice berlaku disebabkan kehadiran pigmen ‘bilirubin’ yang berlebih dalam darah dan ia akan mendap di kulit serta menunjukkan warna kekuningan pada bayi.
Ada juga yang mengatakan bayi mudah mendapat kuning sekiranya si ibu mempunyai darah dalam kategori O, namun sejauh manakah kebenaran perkara itu?
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bayi Anda Kuning? Ketahui Punca Dan Cara Untuk Merawatnya
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bila Ibu Ayah Boleh ‘Stop’ Kejutkan Bayi Bangun Malam Untuk Menyusu? Ini Jawapan Pakar
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pakar Dedah Bahaya Cium Bayi Orang Lain, Boleh Undang Maut Jika Tidak Berhati-hati
Pakar kanak-kanak jelaskan betul ke bayi kena jaundice jika ibu berdarah O
Terbaharu Pakar Kanak-kanak dari Hospital Assunta, Dr Syed Khaliq telah menjelaskan sejauh manakah kebenaran mengenai perkara itu.
Menurut Dr Syed, perkara itu adalah benar. Katanya jika ibu berdarah O manakala si comel pula berdarah selain daripada O ia sememangnya mempunyai risiko lebih tinggi untuk bayi mempunyai jaundis.
“Memang boleh capai level (bacaan) yang sangat tinggi pun. Ini keadaanya kita panggil ABO In Compatibility. Secara asasnya, darah kita ada jenis A, B, AB, dan O serta ada kajian lah.
“Semua ini pada kajian positif atau kajian negatif. Jadi orang yang darah A maknanya pada darah merah dia ada antigen ‘A’,” ujarnya, perkara sama turut diulaskan mengenai individu yang berdarah B, dan AB.
Antibodi darah ibu akan serang darah merah bayi & mengeluarkan hemoglobin dan dirungkai jadi bilirubin
Kata Dr Syed, sekiranya seorang ibu mempunyai darah jenis A maka darahnya mempunyai antigen A serta mempunyai antibodi terhadap darah jenis B dan sama juga bagi mereka yang mempunyai jenis darah B.
“Orang yang berdarah O, dia tidak mempunyai antigen A dan B. Dia ada antibodi terhadap A dan juga B.
“Jadi apabila ibu mengandung, antibodi (darah) daripada ibu itu melalui plasenta dan masuk ke dalam darah bayi. Jadi antibodi daripada darah ibu akan menyerang darah merah bayi.”
Oleh itu apabila antibodi ibu menyerang darah merah bayi, ia akan membuatkan darah merah mereka pecah lalu keluar hemoglobin.
Jelasnya lagi, hemoglobin yang keluarkan itu akan dirungkaikan dan menjadi bilirubin.
“Jadi bilirubin ini yang menyebabkan bayi kuning. Bilirubin yang terlalu banyak boleh menyebabkan ia pergi ke bahagian otak dan menyebabkan banyak masalah seperti pekak, cerebral palsy, mudah letih, susah nak menyusu dan banyak masalah,” ujarnya.
Dr Syed turut memaklumkan bacaan kuning yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan kerosakan pada otak, malah ia juga boleh membawa kepada kematian.
Bacaan kuning bayi perlu diturunkan dengan segera
Oleh kerana itu, bacaan tersebut perlu diturunkan dengan segera. Antara cara untuk menghilangkan bilirubin ini adalah ia perlu melalui proses pada hatinya.
“Cuma hati bayi ni lambat sedikit dia nak proses. Jadi ini masalah dia, sebab itu kadang-kadang kalau terlalu tinggi kita kena letak lampu biru untuk turunkan (bacaan kuning).”
Ujarnya lagi, sekiranya ibu berdarah O dan bayi berdarah selain dari O. Si kecil itu sememangnya mempunyai risiko lebih tinggi berbanding dengan darah jenis lain.
Namun para ibu bapa tidak perlu bimbang, apa yang penting Dr Syed menasihatkan untuk si comel disusukan dengan kerap.
@drsyedkhaliq Kalau ibu darah O memang baby akan jaundis ke? #drsyedkhaliq #drbabybydsk #doktorbudak #AssuntaHospital #jaundice
♬ original sound – Dr Syed Khaliq – Dr Syed Khaliq
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



