Now Reading
Tular Driver Grab Papar Notis Hidap TMAU, Ini Info Tentang ‘Sindrom Bau Ikan’ Yang Ramai Tak Tahu

Tular Driver Grab Papar Notis Hidap TMAU, Ini Info Tentang ‘Sindrom Bau Ikan’ Yang Ramai Tak Tahu

Untuk info, TMAU adalah singkatan kepada Trimethylaminuria atau lebih dikenali sebagai Sindrom Bau Ikan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kadangkala kalau kita terbau badan seseorang yang kurang menyenangkan di tempat awam, mesti antara benda yang terlintas dalam fikiran adalah, “Dia ni tak mandi ke?”

Kebiasaannya situasi ini kerap berlaku dalam pengangkutan awam sebagai contoh tren LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Mass Rapid Transit) atau KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad).

Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kadangkala bau badan sukar dikawal, bukan disebabkan seseorang yang tidak menjaga kebersihan tetapi masalah kesihatan yang tidak boleh dirawat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Selalu Malas Mandi Sebab Badan Terlampau Letih? Ini Kesan Buruknya Yang Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ketiak Bau Busuk? Ini Cara Terbaik Untuk Atasinya

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tujuh Jenis Fabrik Yang Buatkan Badan Cepat Berbau

Pemandu E-Hailing Dedah Hidap Sindrom TMAU, Mohon Maaf Jika Penumpang Tak Selesa

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Husna Zaris berkongsi satu papan tanda notis yang dilihatnya semasa menaiki kereta perkhidmatan e-hailing, Grab.

Difahamkan pemandu tersebut mempunyai satu masalah kesihatan yang menyebabkan badan berbau.

Notis itu bertulis, “Hello saya pemandu Grab mengalami gangguan metabolik. Masalah yang tiada ubat, tapi saya 100% bersih. Harap maaf. TMAU awareness foundation.”

Untuk info TMAU adalah singkatan gelaran bagi masalah kesihatan dikenali sebagai Trimethylaminuria atau lebih dikenali sebagai Sindrom Bau Ikan.

Pemandu Grab Usaha Sediakan Pengalaman Selesa Buat Penumpang

Menurut pemandu Grab berkenaan, dia seorang yang pembersih dan bau badannya hanya disebabkan penyakit yang tiada rawatan perubatan.

Namun jelas Husna, pemandu terbabit sangat menitikberatkan keselesaan penumpangnya dan berusaha sehabis baik bagi mengelakkan bau kurang menyenangkan.

“Kepada yang bertanya betul ke bau ikan? Untuk hidung yang sensitif macam saya ni, saya boleh kata pemandu sangat bagus cover baunya. Kereta bersih bau wangi, malah dia juga kunyah gula-gula getah sebelum saya masuk (kereta). Jadi tolong bagi dia rating terbaik dan sebarkan benda ni (info tentang TMAU) sebagai kesedaran ya,” kata wanita itu.

View on Threads

Penghidap TMAU Akan Hasilkan Bau Hamis Seperti Ikan Mati

Menerusi semakan kami, doktor perubatan dikenali sebagai Dr Zubaidi Hj Hamid berkata, TMAU adalah masalah kecelaruan genetik yang jarang berlaku.

Jelas beliau, pesakit yang mengalami masalah ini tidak dapat menghadamkan (memecahkan kepada molekul-molekul kecil) sebatian, trimethylamine.

Sebatian itu kemudiannya akan berkumpul dalam tubuh dan apabila dikeluarkan sebagai peluh, air kencing dan wap pernafasan ia bakal menghasilkan bau busuk seperti bau hamis atau ikan mati.

Gejala TMAU Yang Boleh Diperhatikan

Secara saintifiknya, keadaan ini berpunca daripada kecacatan gen FMO3 yang menyebabkan tubuh gagal menukarkan trimethylamine (TMA) berbau ikan kepada N-trimethylamine oksida yang tidak berbau.

Gejala utama penyakit ini adalah bau badan, peluh, air kencing dan nafas berbau hanyir. Bau tersebut akan bertambah kuat apabila individu sudah akil baligh, stres atau sedang berdepan dengan perubahan hormon.

Wanita mungkin mengalami gejala lebih teruk, terutamanya:

  • Sebelum haid
  • Semasa haid
  • Selepas mengambil pil perancang
  • Sekitar menopaus
Foto: Badan berpeluh

Elak Makanan & Minuman Yang Boleh Membuatkan TMAU Bertambah Teruk

TMAU akan didiagnos oleh doktor melalui ujian air kencing sama ada seseorang itu mempunyai tahap TMA yang tinggi atau tidak. Meskipun tiada rawatan setakat ini, namun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengawal bau badan tersebut.

Antaranya dengan mengelakkan makanan dan minuman seperti berikut:

  • Susu lembu
  • Makanan laut dan kerang
  • Telur
  • Kekacang
  • Bahagian hati
  • Suplemen yang mengandungi lesitin
Sumber: Pexels

Ramai Netizen Baru Tentang TMAU

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai baru tahu bahawa wujudnya sindrom sebegini.

“(Pemandu) sampai terpaksa papar (notis) macam ni. Terima kasih sebab kongsi, ni pertama kali dengar (tentang Trimethylaminuria),” kata seorang pengguna Threads.

“Ni untuk semua yang suka judge orang yang tak pakai deodaran la, berbau la. Sesetengah orang memang ada masalah kesihatan ya,” tambah seorang wanita.

Sementara itu, seorang individu yang dipercayai menghidap TMAU juga turut berkongsi kisahnya meneruskan kehidupan seperti biasa meskipun mempunyai masalah bau badan.

“Saya rasa saya ada ni (TMAU). Sampai sekarang saya bergelut. Ya saya tahu saya berbau tapi ia tak jadi penghalang untuk saya bekerja dan teruskan rutin harian. Ada masanya bila saya rasa badan berbau sangat, saya hadkan keluar jumpa orang sebab takut mereka tak selesa.

“Kawan kerja saya pun okay je, dan tak layan saya berbeza, syukur sangat. Alhamdulilllah sekarang saya dah kahwin pun suami tak pernah persoalkan kenapa saya macam ni,” kongsinya.

Sumber: Threads (husnazaris)

Semoga perkongsian di atas membuka mata orang ramai di luar sana. Badan bau busuk tidak bermaksud orang itu kurang menjaga kebersihan atau tidak mandi, mungkin masalah kesihatan yang kita sendiri tidak pernah dengar selama ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pagi-pagi Je Wangi, Ini Rupanya Sebab Anak Bau Telur Selepas Pulang Dari Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Cara Guna ‘Washcloth’ Untuk Bersihkan Badan Ketika Mandi

Baca Artikel Berkaitan: “Tolong Mandi” – Doktor Nasihat Pesakit Jaga Kebersihan Sebelum Dapatkan Rawatan Di Hospital


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd