“Sperma Boleh Jadi Lemah, Ganggu Ovulasi” – Doktor Kongsi Bahaya Rokok Untuk Hamil
Menurut doktor perubatan, Dr Raihana Ismail ada segelintir individu yang menafikan bahaya merokok kerana mereka masih dikurniakan zuriat meskipun menghisap bahan tembakau tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memiliki cahaya mata pastinya menjadi impian bagi setiap insan bergelar suami isteri di luar sana, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah lama mendirikan rumah tangga.
Namun setiap manusia diuji dengan dugaan berbeza. Ada pasangan yang terus mendapat berita baik selepas sebulan berkahwin, namun ada yang menunggu sehingga bertahun-tahun.
Bagaimanapun, jangan pernah putus asa dan percayalah pada rezeki Allah SWT. Paling penting, jauhi perkara-perkara yang boleh menurunkan peluang seseorang itu hamil. Ramai sebenarnya yang mungkin terlepas pandang selama ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Sakit Hanya Allah Tahu” – Paru-paru Wanita Kena Tebuk Lepas Hidu Asap Rokok & Vape Orang Lain
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Bahaya Thirdhand Smoke Yang Ramai Masih Tak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Rasa Terganggu Akibat Asap Rokok & Vape? Fahami Hak Anda Sebagai Golongan Bukan Perokok
Rokok Boleh Ganggu Keadaan Sperma & Ovulasi Wanita
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila doktor dan Pengasas Efferty, Dr Raihana Ismail berkongsi kaitan tabiat merokok dan juga kesuburan suami serta isteri.
Mungkin ada yang pernah berkata ramai sahaja perokok di luar sana yang dikurniakan zuriat yang banyak. Namun menurut Dr Raihana ia tidak bermaksud merokok itu selamat dan tidak mempunyai kesan buruk yang lain.
Jelas beliau, kesan merokok mungkin tidak kelihatan dari segi luaran tetapi berkemungkinan besar merosakkan organ dalaman.
Menurut doktor berkenaan, kesuburan bagi kedua-dua suami dan isteri berisiko terjejas.
“Sperma boleh jadi lemah, bentuk tak normal, pergerakan perlahan. Untuk perempuan pula, rokok boleh kacau hormon, ganggu ovulasi, dan kurangkan kualiti telur. Semua ni kita tak nampak dari luar, tapi kesan dia tetap ada.”

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sedang Ikhtiar Hamil? Doktor Ini Kongsi 4 Makanan Utama Matangkan Telur Wanita
Risiko Sukar Hamil Meningkat Jika Merokok
Jelas Dr Raihana, merokok mampu menurukan peluang kehamilan dan setiap individu mempunyai kapasiti berbeza untuk melawan kesan rokok itu terhadap tubuh badan.
“Rokok tu sebenarnya perlahan-lahan tengah turunkan peluang. Mungkin dari 100% jadi 60% dan jadi 40%. Masih boleh jadi (hamil), tapi makin susah, makin banyak risiko.”

Lebih membimbangkan, menghisap rokok juga mampu memberi kesan kepada bayi yang sudah dilahirkan nanti sebagai contoh saiz badan kecil dan pramatang, atau komplikasi lain yang berbahaya.
“Kita tak dengar cerita yang struggle (berusaha) bertahun-tahun TTC, keguguran, atau yang langsung tak dapat anak sebab kesan tu dah teruk. Kita nampak yang lepas (hamil) je dah berjaya dapat anak, tapi abaikan yang gagal.”

Jauhi Rokok Untuk Keselamatan Diri & Bayi
Untuk info, TTC merujuk kepada singkatan Trying To Conceive iaitu sedang mencuba untuk hamil.
Istilah itu selalu digunakan oleh suami isteri yang sedang merancang kehamilan atau mendapatkan anak sama ada secara semula jadi atau melalui bantuan perubatan.
Tegas Dr Raihana, rokok tidak pernah sesekali membantu masalah kesuburan malah meningkatkan lagi risiko pasangan mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.
Oleh disebabkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi bahan tembakau tersebut untuk kesihatan diri, pasangan dan juga bayi.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Take Note! Doktor Jelaskan Seluar Ketat Boleh Sebabkan Gangguan Masalah Kesuburan
Baca Artikel Berkaitan: Mikroplastik Dijumpai Dalam Ovari, Saintis Bimbang Beri Risiko Pada Kesuburan Wanita
Makanan Yang Boleh Tingkatkan Kualiti Telur Wanita
Kalau anda nak tahu, kualiti baki telur yang menurun boleh meningkatkan risiko masalah kesuburan dan berdepan keguguran. Namun jangan risau, ada cara untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dengan mengambil makanan yang mampu memperbaiki kualiti telur.
Dr Raihana menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya sebelum ini juga pernah berkongsi tentang makanan yang sesuai untuk wanita yang sedang cuba untuk hamil. Antaranya:

- Yogurt
- Kurma kering
- Telur
- Ikan segar
- Bayam
- Sayur kale
- Lada benggala
- Kacang mentah kecuali kacang tanah
- Raspberi
- Strawberi
- Kranberi
- Beri biru
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



