“Ayah Dah Tak Sama Macam Dulu” – Pakar Kongsi Kisah Bapa Ketagih Air Ketum Hingga Jadi Baran
Menurut Pakar Perubatan Keluarga Dr Kent Khaw, seorang pesakitnya sebelum ini kerap minum air ketum dengan alasan mahu mendapatkan tenaga.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial di Malaysia. Bagaimanapun, masih ada kelompok masyarakat yang mengamalkan pengambilan air ketum ini dalam kehidupan seharian.
Ada yang mendakwa air itu memberi kesan ‘ajaib’ kepada tubuh badan. Lebih bertenaga dan kuat katanya.
Bagaimanapun, hasil dapatan kajian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati perwatakan individu yang meminum air ketum ini menunjukkan perubahan drastik dan lebih agresif daripada kebiasaan.
Baca Artikel Berkaitan: Kesan Ketagihan Air Ketum, Lelaki Kumpul Air Kencing Dalam Botol Minuman
Ayah Berubah Karakter Selepas Minum Air Ketum
Baru-baru ini, Pakar Perubatan Keluarga dikenali sebagai Dr Kent Khaw menerusi hantaran di akaun Threads miliknya ada berkongsi tentang kisah pesakit yang berdepan dengan masalah ketagihan air ketum.
Semasa beliau bertugas di Klinik Kesihatan sebelum ini, seorang individu berkata ayahnya mengambil minuman ketum untuk mendapatkan tenaga.
Menurut pakar itu, meskipun si bapa kelihatan tenang, namun pandangannya kosong.
Beberapa bulan selepas itu, si isteri pula datang berjumpa dengan Dr Kent dan berkata bahawa suaminya sudah menunjukkan perubahan ketara selepas mengambil air ketum dengan banyak.
Daripada seorang figura bapa yang penyayang, terus bertukar karakter hanya kerana pengambilan air ketum.
“Dulu seorang yang rajin, penyayang, balik rumah terus main dengan anak. Sekarang balik lewat, cepat marah, duit semakin tak cukup, dan anak-anak mula takut dengan ayah sendiri. Ketum yang dulu kononnya “untuk kuat kerja”, perlahan-lahan jadi kebergantungan,” katanya.
Perkara Yang Berlaku Apabila Individu Cuba Berhenti Minum Air Ketum
Menurut Dr Khaw, sukar untuk individu kembali normal selepas terjebak dengan pengambilan air ketum ini. Kalau tidak minum, badan akan terasa sakit dan emosi tidak stabil.
Jika teruskan minum pula, akan mudah lalai, hilang fokus dan menjauhkan diri dari keluarga. Itulah situasi yang dilalui oleh pesakitnya itu.
“Anak sulung mereka pernah cakap sesuatu yang saya tak boleh lupa. ‘Doktor, ayah saya dah tak sama macam dulu.’ Itu ayat yang amat berat. Bukan sebab penyakit kronik. Bukan sebab kemalangan. Tapi sebab satu pilihan yang nampak kecil pada awalnya.
“Ketum bukan sekadar isu kesihatan. Ia isu keluarga. Ia curi masa seorang ayah. Ia rosakkan hubungan suami isteri,” kata Dr Kent.
Tambah beliau, ketagihan air ketum oleh si ayah ini juga mampu memberi kesan emosi kepada anak-anak yang membesar dalam ketakutan dan kekeliruan.
Ketagihan Air Ketum Ambil Masa Lama Untuk Dirawat
Meskipun keadaan itu boleh dirawat oleh pakar, namun ia akan meninggalkan luka kepada ahli keluarga lain. Malah ia juga mengambil masa yang lama untuk betul-betul sembuh.
“Kalau hari ini ada yang masih anggap ketum itu “tak apa, natural sahaja”, ingatlah saya dah lihat sendiri kesannya. Ia tak hancurkan (diri) dalam (masa) sehari. Ia hancurkan perlahan-lahan.
“Sampai satu hari, bila sedar, semuanya dah berubah. Jaga diri. Jaga keluarga,” jelas pakar itu di akhir perkongsian.
View on Threads
Air Ketum Boleh Sebabkan Pelajar Malas Ke Sekolah
Sebelum ini, satu penyelidikan yang dijalankan AADK juga mendapati bahawa pengambilan dan ketagihan air ketum boleh membuatkan pelajar tidak produktif serta malas untuk menghadiri sekolah.
Kajian tersebut menunjukkan murid yang mengambil dan ketagih air berkenaan gagal memberi tumpuan dalam kelas.
AADK menerusi Unit Media dan Komunikasi Korporat menjelaskan wujud hubungan signifikan di antara pengambilan air ketum dengan prestasi akademik dan tingkah laku.
Jelas agensi terbabit, penyalahgunaan ketum atau bahan psikoaktif seperti mitragynine memberi kesan stimulan, sedatif atau khayal hingga boleh menyebabkan ketagihan.

Sumber: Malay Mail
Baca Artikel Berkaitan: Kajian AADK Dapati Pengambilan & Ketagihan Air Ketum Buat Pelajar Tidak Produktif & Malas Pergi Sekolah
Kesan Minum Air Ketum Kepada Badan
Memetik perkongsian Majlis Keselamatan Negara (MKN), berikut adalah kesan-kesan pengambilan air ketum kepada fizikal badan dan juga kesihatan mental:

Kesan pada fizikal:
- Turun berat badan
- Hilang selera makan
- Kulit kering dan gelap
- Muntah
- Sembelit
- Sakit badan
- Organ hati rosak
Kesan pada mental:
- Mabuk
- Khayal atau tak keruan
- Perubahan mood
- Berhalusinasi
- Mengalami delusi
- Stres
- Depresi
Baca Artikel Berkaitan: 4 Anggota Polis Ditahan Gara-Gara Peras Ugut Penjual Ketum Sebanyak RM10,000
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Tingkatan Lima Dicekup Polis, Disyaki Jual Air Ketum
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



