Now Reading
“Nampak Kecil Tapi Kesannya Besar” – Pakar Psikologi Kongsi Kesan Cuaca Panas Terhadap Kesihatan Mental

“Nampak Kecil Tapi Kesannya Besar” – Pakar Psikologi Kongsi Kesan Cuaca Panas Terhadap Kesihatan Mental

Memetik kajian, Pengasas Mental Kuat Centre Amirul Ramli berkata, suhu yang menaik 1°C akan meningkatkan risiko masalah kesihatan mental sehingga 1%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, negara telah dilanda cuaca yang amat panas sehingga ramai yang berasa tidak sihat badan, lebih-lebih lagi ketika sibuk meraikan Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.

Umum sedia maklum bahawa cuaca yang terlampau panas boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan termasuk menyebabkan dehidrasi.

Namun siapa sangka, keadaan ini juga boleh membawa impak negatif kepada kesihatan mental.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Berpotensi Hadapi El Nino Paling Panas, Gelombang Haba Cecah 40°C

Baca Artikel Berkaitan: Suhu Di Asia Tenggara Kekal Tinggi, Ini Tips Untuk Hadapi Cuaca Panas

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Buat Perangai” – Pakar Pediatrik Dedah Bayi Rasa Lebih Cepat Panas Berbanding Orang Dewasa

Suhu Naik 1°C Boleh Tingkatkan Risiko Masalah Kesihatan Mental 1%

Pakar psikologi, Amirul Ramli, mendedahkan perkara itu dalam hantaran terbaharu di akaun TikToknya.

Memetik satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environment International, setiap 1°C peningkatan suhu akan meningkatkan risiko masalah kesihatan mental sehingga 1%.

Kajian itu mendapati peningkatan suhu 1°C turut dikaitkan dengan peningkatan masalah kesihatan mental seperti gangguan mood, gangguan mental organik, schizophrenia, serta gangguan neurotik dan kegelisahan.

Tambah kajian itu lagi, masalah ini akan meningkat dengan iklim yang semakin panas, terutamanya dalam konteks perubahan iklim.

Amirul yang juga merupakan Pengasas Mental Kuat Centre berkata mungkin 1% kelihatan sebagai angka yang kecil.

Namun ia boleh membawa perubahan besar terhadap mereka yang sudah pada asalnya mempunyai keadaan kesihatan mental yang merosot.

Foto: Pexels

Markah Matematik Pelajar Tinggal Di Rumah Yang Panas Lebih Rendah

Selain masalah kesihatan mental, Amirul menjelaskan bahawa cuaca panas juga boleh memberi kesan negatif terhadap fungsi otak.

Satu kajian mendapati bahawa pelajar yang tinggal di kediaman dengan suhu panas mempunyai markah matematik lebih rendah apabila dibandingkan dengan pelajar yang rumahnya tidak begitu panas.

Penganalisis kajian di NWEA, Sofia Postell berkata, kesan ini adalah lebih ketara terhadap pelajar dari latar belakang kemiskinan tinggi.

Emosi Boleh Jadi Kurang Stabil Dalam Cuaca Panas

Tambah Amirul lagi, suhu panas juga dapat mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam otak termasuk hormon serotonin dan dopamin.

Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan emosi menjadi tidak stabil, mudah marah, cepat stres dan kurang sabar.

Foto: Pexels

Salah satu lagi impak cuaca panas adalah menyebabkan seseorang sukar untuk tidur dengan lena di waktu malam.

Amirul berkata perkara ini akan membuatkan otak tidak dapat rehat yang diperlukan untuk pulih semula.

“Bila otak tak dapat pulih dengan baik, mulalah hilang kawalan, jadi huru-hara,” katanya.

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Tanda-Tanda Kesihatan Mental Anda Mula Terkesan Dengan Cuaca Panas

Berdasarkan Anxiety and Depression Association of America, terdapat beberapa tanda bahawa cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan mental, termasuk:

  • Perubahan tingkah laku, terutamanya menjadi lebih impulsif.
  • Isu kognitif seperti sukar memberi fokus atau mengingat memori.
  • Sukar tidur atau mendapatkan tidur mencukupi.
  • Terasa tertekan.
  • Perubahan mood termasuk rasa lebih tertekan, cepat marah atau gelisah.
  • Simptom fizikal seperti sakit kepala, pening atau nausea.

Memandangkan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan mental, langkah-langkah perlu diambil untuk mengelak masalah ini.

Paling penting, minum air yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi kerana ia boleh menjadikan stres, kegelisahan dan rasa ingin marah lebih teruk.

Selain itu, amalkan pemakanan sihat, lakukan senaman ringan di rumah dan cuba dapatkan tidur mencukupi.

Elakkan daripada keluar rumah dan terdedah kepada cuaca panas, sebaliknya duduk di rumah atau tempat yang mempunyai pendingin hawa serta kerap mandi untuk turunkan suhu badan.

Boleh juga sertai acara sosial dan bergaul dengan orang ramai yang dapat meningkatkan semula tahap kesihatan mental.

Lakukan aktiviti yang dapat tingkatkan mood anda

Baca Artikel Berkaitan: “Emosi Lebih Stabil” – Pakar Dedah Kerap Sertai Event Sosial Mampu Pulihkan Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Psikologi Kongsi Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd