Now Reading
“Bukan Buat Perangai” – Pakar Pediatrik Dedah Bayi Rasa Lebih Cepat Panas Berbanding Orang Dewasa

“Bukan Buat Perangai” – Pakar Pediatrik Dedah Bayi Rasa Lebih Cepat Panas Berbanding Orang Dewasa

Pakar Pediatrik Dr Nisa Khalil turut menyenaraikan beberapa tanda kepanasan pada si kecil termasuk tiada air mata ketika menangis, sukar dibangunkan serta bibir dan mulut sangat kering.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, negara dilanda cuaca yang amat panas, malah berisiko mengalami cuaca panas Tahap 3 atau gelombang haba ekstrem dengan suhu melebihi 40°C.

Oleh itu, mereka yang sibuk beraya diingatkan agar berhati-hati dengan gelombang haba terutamanya buat golongan berisiko termasuk bayi dan kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik.

Buat si kecil pula, mereka sebenarnya boleh rasa panas lebih cepat berbanding orang dewasa, tetapi masih tidak pandai memaklumkannya.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Berpotensi Hadapi El Nino Paling Panas, Gelombang Haba Cecah 40°C

Baca Artikel Berkaitan: Suhu Di Asia Tenggara Kekal Tinggi, Ini Tips Untuk Hadapi Cuaca Panas

Bayi Lebih Cepat Rasa Panas, Tak Pandai Maklumkan Apabila Tubuh Badan Dehidrasi

Itulah yang diterangkan oleh Pakar Pediatrik, Dr Nisa Khalil, menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.

Menurutnya, bayi boleh terasa bahang panas lebih cepat kerana kelenjar peluh mereka masih belum matang sepenuhnya. Sebagai info, peluh membantu untuk menyejukkan badan menerusi proses penyejatan.

Selain itu, di kecil juga belum pandai untuk meminta minuman atau air masak apabila tubuh badan sudah mengalami dehidrasi.

Dr Nisa berkata hanya pengawasan ibu ayah yang boleh mengenal pasti jika anak sedang mengalami kepanasan melampau. Oleh itu, ibu ayah perlu sentiasa cakna dengan sifat anak-anak.

“Bayi yang tantrum, tidak mahu berenggang dan tidak mahu tidur? Itu bukan buat perangai. Itu otak yang telah terlampau panas, dalam tubuh badan yang berpeluh-peluh,” katanya.

Foto: Canva

Lebih Baik Pasangkan Aircond Jika Suhu Sekitar Cecah 35°C

Tapi bila bayi dah terlampau panas, boleh ke pasang pendingin hawa? Ada yang kata risau nanti si kecil demam pula sebab terdedah pada angin sejuk.

Namun menurut Dr Nisa, kipas hanya sesuai digunakan apabila cuaca sekeliling adalah di bawah 35°C. Sebaliknya, jika suhu melebihi 35°C, kipas hanya akan menolak angin yang panas.

Bagi aircond pula, pakar itu menjelaskan suhu 24°C hingga 26°C sebagai julat paling bagus untuk kanak-kanak.

Jangan pasang aicond pada suhu rendah kurang 22°C kerana boleh meningkatkan risiko pernafasan.

“Suhu harian Malaysia sekarang 37°C-40°C. Kipas sahaja tak mencukupi,” ujarnya.

Petua Orang Tua Ada Benarnya, Beri Anak 1+ Minum Air Kelapa & Barli Ketika Cuaca Panas

Bukan itu sahaja, Dr Nisa turut menerangkan tentang petua orang tua-tua untuk menurunkan suhu badan anak.

Ini termasuklah memberi air kelapa yang penuh elektrolit dan air barli tanpa gula kepada kanak-kanak yang sudah mencecah usia setahun.

Bagi cincau pula, Dr Nisa menasihati agar ia dikisar terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kanak-kanak bawah tiga tahun.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa sebarang minuman termasuk air kosong tidak boleh diberikan kepada bayi baru lahir (bawah enam bulan) sama sekali walaupun dalam keadaan cuaca panas.

Foto: Canva

Anak tak mahu minum air? Gantikan dengan ice lolly! Dr Nisa mencadangkan gabungan air kelapa dan buah-buahan ataupun yogurt dan buah naga buat kanak-kanak lebih setahun.

Bagi yang masih kecil pula, boleh bekukan susu badan dan berikan kepada mereka.

Selain memberi minuman, boleh juga letakkan tuala sejuk yang dibasahkan pada bahagian leher dan ketiak si kecil untuk menurunkan suhu badannya.

Tak ada aircond di rumah atau nak jimat penggunaan elektrik? Boleh bawa anak-anak ke pusat beli belah untuk rasa lebih sejuk berbanding berjalan di luar.

View on Threads

Red Flag Yang Ibu Ayah Kena Perhati Pada Bayi, Segera Bawa Ke Kecemasan Jika Ada Tanda-Tanda Ini

Di samping itu, Dr Nisa juga menyenaraikan tanda-tanda si kecil mengalami kepanasan melampau yang perlu diperhatikan oleh ibu ayah.

Jika mereka menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa ke bahagian kecemasan. Antaranya:

  • Tiada air mata keluar ketika menangis
  • Bibir dan mulut yang sangat kering
  • Sukar dibangunkan atau badan lembik
  • Tidak kencing lebih enam jam
  • Demam dengan nafas laju
  • Tertinggal di dalam kereta, walaupun hanya satu minit

“Jangan tunggu. Jangan perhatikan dari rumah sahaja. Tahun ini sahaja dah ada 15 kes berkaitan kepanasan di Malaysia.

“Termasuk seorang kanak-kanak yang tidak berjaya diselamatkan. Dia ditinggalkan dalam kereta,” katanya.

Foto: Canva

Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Kenapa Ramai Ibu Ayah Susah Nak Cakap “Jangan Cium Baby Saya”? Ini Ulasan Dr Nisa Khalil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd