“Tiba Masa Untuk Pakai Mask Balik Kalau Nak Raya” – Doktor Ingatkan Tentang Bahaya Kes Tibi
Menurut doktor perubatan, Dr Syed Anwar, jangkitan Tibi boleh menyebabkan kerosakan kekal pada organ paru-paru pesakit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dahulu, Malaysia pernah berdepan dalam satu fasa yang mana setiap individu diwajibkan untuk memakai pelitup muka sekiranya mahu memasuki mana-mana premis atau berada di tempat awam.
Undang-undang itu dikuatkuasa disebabkan penularan virus berbahaya, Covid-19 yang meragut jutaan nyawa seluruh dunia.
Walaupun jangkitan virus itu sudah turun mendadak, namun orang ramai mungkin perlu mempertimbangkan memakai semula pelitup muka khususnya di kawasan terbuka akibat penyakit wabak penyakit Tuberkulosis (Tibi).
Kes Tibi Di Malaysia Semakin Membimbangkan
Sebelum ini, seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr Syed Anwar menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya memberi peringatan kepada orang ramai tentang peningkatan kes Tibi di negara ini.
Walaupun ia tidak seserius pandemik Covid-19 terdahulu, namun lonjakan kes penyakit Tibi dilihat semakin membimbangkan.
“Mungkin dah tiba masa untuk pakai mask semula kalau tak kamu mungkin tak sambut raya,” nasihat doktor itu.
Menurutnya, media sebelum ini melaporkan bahawa Malaysia mencatat hampir 600 kes baharu Tibi dalam tempoh dua minggu. Setakat 21 Februari pula, lebih 3,000 kes positif dikenal pasti.
Jelas Dr Syed, Tibi adalah jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh merebak kepada organ-organ dalaman yang lain seperti otak, saraf tunjang dan lebih parah ia mampu mengundang maut.

Risiko Dijangkiti Tibi Selepas Berhimpun Di Tempat Orang Ramai Seperti Bazar
Tambahnya, Tibi ini telah meragut nyawa jutaan pesakit setiap tahun di negara luar seperti India dan Indonesia.
Bagaimanapun, Dr Syed mengingatkan orang ramai agar tidak terus panik kerana jangkitan Tibi ini berlaku selepas individu meluangkan masa yang lama dengan seseorang yang aktif Tibi dan bukannya melalui satu batukan sahaja.
Oleh disebabkan itu, mana-mana perjumpaan atau himpunan yang melibatkan orang ramai adalah berbahaya pada ketika ini. Contoh yang kita boleh lihat sekarang adalah pengunjung bazar yang bersesak hampir setiap hari.

Penyakit Tibi Ambil Masa Berbulan-bulan Untuk Sembuh
Meskipun penyakit tersebut boleh dirawat, namun rawatannya mengambil masa lama, malah mencecah beberapa bulan sebelum benar-benar sembuh.
“Jadi nak dipendekkan cerita, kalau kamu pergi ke tempat yang sesak, cuba pakai pelitup muka.
“Kalau kamu tahu sesiapa yang batuk lama lebih dua ke tiga minggu, dengan hilang selera makan dan berat badan secara tiba-tiba, atau mungkin demam, hantar mereka pergi jumpa dengan doktor serta-merta,” katanya.
Berikut adalah gejala Tibi yang perlu diperhatikan:
- Batuk melebihi dua minggu
- Batuk berdarah
- Sakit dada
- Lemah, letih dan lesu
- Penurunan berat badan
- Kurang selera makan
- Berpeluh ketika waktu malam
- Demam
@drsyedanwar Tuberculosis is on the rise in Malaysia. Share & save this in case you or someone you know has been coughing for more than 2 weeks.🔴 One of the simplest ways to protect yourself? Wear a mask To diagnose active TB, the most important test is checking your sputum phlegm for the TB bacteria. A chest X-ray helps us see changes in the lungs, but it cannot confirm TB by itself. The TB blood test is mainly used to check if someone has been exposed to TB before (latent TB). Remember, It does not confirm active TB disease on its own. Stay safe, everyone #fyp #malaysia #tibi #kesihatan #cough ♬ Piano famous song Chopin Deep deep clear beauty – RYOpianoforte
Tonton video penuh [DI SINI].
Pakai Pelitup Muka N95 Di Tempak Sesak
Dalam hantaran sama, Dr Syed turut mengingatkan bahawa jangkitan Tibi yang serius boleh menyebabkan kerosakan kekal pada paru-paru dan akhirnya mengurangkan fungsi organ terbabit.
Jika mahu berjumpa orang, atau menziarahi keluarga teruatamanya menjelang Aidilfitri nanti, anda digalakkan untuk memakai pelitup muka N95. Hati-hati semua!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Pencegahan Untuk Kurangkan Risiko Tibi & Cara Merawatnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jangan Biarkan Batuk Berpanjangan Lebih 2 Minggu! Ini Antara Simptom Tibi Yang Anda Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Tular Kluster Tibi Dikesan Di Johor, Ini Cara Pencegahan & Merawatnya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



