Makan Kena Ikut Turutan, Jangan Layan Nafsu! Lelaki Kongsi Cara Elak ‘Sugar Rush’ Di Pagi Syawal
Jelas pelajar perubatan dikenali sebagai Akmal Hakim, antara masalah yang selalu dilalui ramai ketika pagi 1 Syawal adalah badan terlampau penat kerana pengambilan juadah raya yang pelbagai dalam satu masa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, mesti para Muslim tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan saudara-mara di kampung.
Selain berjumpa dan berbual lama, antara perkara lain yang dinantikan pada hari istimewa tersebut adalah menerima duit raya, menggayakan baju sedondon yang baru, dan paling penting menikmati juadah raya!
Mesti sekarang ni pun ada yang terbayang-bayang makanan di pagi 1 Syawal nanti kan?
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Hidangan Tradisional ‘Rare’ Ditemui Di Pagi Raya Aidilfitri
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Ikut Nafsu!” – Makan Berlebihan Ketika Musim Raya Boleh Undang Risiko Mati Mengejut
Baca Artikel Berkaitan: “Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri
Badan Cepat Penat Ketika 1 Syawal Kerana Lonjakan Gula
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pelajar perubatan dikenali sebagai Akmal Hakim berkongsi antara perkara yang ramai terlepas pandang ketika di pagi hari raya.
Selalunya, kita akan menghidangkan juadah raya yang pelbagai di atas meja makan sebagai contoh lemang, rendang, ketupat, nasi impit dan kuah kacang serta banyak lagi.
Namun sebenarnya jika dijamah dalam satu masa yang sama, makanan ini berisiko membuatkan anda cepat tewas dan badan lemau meskipun baru sahaja bermula sambutan Raya Aidilfitri.

Jelasnya, gula yang terkandung dalam hidangan itu yang membuatkan anda berasa cepat penat.
“Perut kosong selama satu bulan (puasa) sangat sensitif pada gula. Bila awak sumbat kuih atau lemang, gula terus masuk salur darah. Boom, insulin mencanak naik, badan kelam-kabut nak simpan gula sebagai lemak,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Selalu Rasa Mengantuk Lepas Lunch Break? Ini Puncanya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Turun Berat Badan Sebelum Raya? Doktor Kongsi Tips Diet Defisit Kalori
F.P.C Adalah Turutan Makan Yang Betul Untuk Elak Kenaikan Gula Mendadak
Jelasnya, terdapat susunan nutrien makanan yang perlu diikuti bagi mengelakkan masalah kenaikan mendadak paras gula daripada berlaku iaitu dengan mempraktikkan format F (fiber) → P (protein) → C (karbohidrat).
“Ini urutan makan yang akan mengurangkan lonjakan gula dalam darah ketika raya nanti. Ia akan memperlahankan penghadaman gula dan buat awak rasa lebih bertenaga nak hadap open house nanti.”
Berikut adalah panduan makan yang disarankan oleh Akmal:
Langkah 1 (fiber):
Yang pertama sekali adalah mulakan pagi Syawal dengan meneguk air kosong dahulu kemudian diteruskan dengan pengambilan makanan mengandungi fiber serta makanan berlauk yang kaya protein.
Contoh makanan berfiber dan mengandungi protein adalah:
- Sate
- Rendang Ayam
- Rendang Daging
- Laksa (letak sayur lebih)

Langkah 2:
Selepas seketika menjamah sayur-sayuran dan protein, barulah boleh beralih ke karbohidrat dan kuih raya pula.
Contoh karbohidrat untuk juadah raya adalah:
- Lemang
- Ketupat palas
- Nasi impit
- Nasi minyak
“Serat dan protein yang awak makan tadi akan perlahankan serapan gula dari kuih dan nasi. Hasilnya? Lonjakan insulin lebih rendah dan tenaga lebih stabil.”

Ini antara perubahan yang anda akan lihat sekiranya mengikut susunan makan di atas:
- Tak rasa mengantuk (food coma) selepas makan
- Rasa lebih bertenaga untuk melayan tetamu yang hadir ke rumah
- Rasa mengidam terhadap kuih raya akan hilang
View on Threads
Tips Kekal Hidrasi Di Pagi Raya
Akmal dalam satu hantaran lain turut berkongsi cara-cara untuk mengekalkan hidrasi badan dan elak rasa haus di pagi raya. Antaranya:
- Jika mahu ambil kopi, minum sebelum jam sembilan malam. Kafein boleh mengganggu isyarat tidur sehingga enam jam.
- Pilih kopi tanpa gula atau 0 kalori. Gula mampu menjejaskan tidur serta proses pembakaran lemak.
- Minum air kosong secukupnya. Kopi bersifat diuretik dan boleh menyebabkan badan kehilangan lebih banyak air, sekaligus membuatkan anda cepat penat keesokan harinya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Gemar Minum Bubble Tea Berbanding Air Kosong Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan 300 Batu Karang
Baca Artikel Berkaitan: Suka Minum Kopi? Doktor Dedah Boleh Tingkatkan Risiko Osteoporosis Pada Wanita
Baca Artikel Berkaitan: Minum Air Masak Sahaja, Ambil Buah, Order Lauk Sayur & 5 Lagi Tips Untuk Kawal Kalori Jika Makan Di Restoran
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



