Tabiat ‘Layan’ Media Sosial Hingga Sanggup Korbankan Tidur Berbahaya, Ini Penjelasannya Dari Sudut Psikologi
Ramai sebenarnya di kalangan orang ramai terutamanya para pekerja yang akan meluangkan masa melayari media sosial atau melakukan hobi selepas pulang daripada bekerja meskipun badan sudah keletihan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pernah tak anda rasa dalam dilema dengan diri sendiri? Sebagai contoh, badan sudah rasa keletihan selepas seharian bekerja/belajar dan menghadap jammed tetapi masih nak selitkan masa untuk aktiviti sendirian.
Malah ramai yang masih berdegil dan berjaga tengah malam hanya untuk melakukan hobi atau yang lebih simple melayari media sosial.
Bukannya tidak rasa penat, tetapi sanggup menahan mata yang mahu terlelap hingga 2 ke 3 pagi. Kadangkala sampai ke Subuh! Seolah-olah mahu ‘mengejar’ masa yang sudah hilang.
Kalau anda nak tahu, istilah bagi tabiat itu dikenali sebagai balas dendam penangguhan waktu tidur (Revenge Bedtime Procrastination).
Baca Artikel Berkaitan: Ketagih Likes & View Di Media Sosial Boleh Buat Seseorang Jadi Murung
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia No. 2 Di Dunia Paling ‘Ketagih’ Media Sosial
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Dedah Ketagihan Media Sosial Jadi Punca Pasangan Suami Isteri 50 Tahun Ke Atas Bercerai
Ramai Sanggup Tidur Lambat Untuk Dapatkan Masa Me-time
Tetapi kenapa ia berlaku? Menurut ThoughtLab di laman Threads, individu cenderung mahu meluangkan masa dengan diri sendiri meskipun dengan masa yang terhad.
“Kau rasa hilang kawalan ke atas masa kau sendiri. Jadi, berjaga malam tu adalah cara psikologi kau untuk ‘balas dendam’ dan rampas balik me-time yang hilang tu.”
Meskipun ia membuat anda gembira dan lega pada waktu tersebut, namun ia sebenarnya memberi kesan buruk pada hari berikutnya sebagai contoh lebih beremosi kerana tidak mendapatkan tidur mencukupi.
“Masalahnya, esok kau bangun penat, mood kelaut, dan kitaran ni berulang lagi. Kau bukan tak disiplin, kau cuma inginkan kebebasan. Ingat ni, rehat yang cukup tu tanda kau sayang diri sendiri, bukan tanda kau malas. Tutup telefon dan tidur. Duniawi boleh tunggu,” tambah pengendali akaun ThoughtLab.
View on Threads
Kesan Buruk Layan Revenge Bedtime Procrastination
Menerusi semakan kami, Apollo Hospitals di India menjelaskan tabiat tersebut merupakan fenomena global dan bukannya berlaku di kalangan sesebuah negara sahaja termasuk Malaysia. Antara impaknya terhadap diri sendiri adalah:
- Prestasi kerja merudum
- Tidak boleh fokus
- Stres dan bimbang
- Produktiviti merosot
- Kemurungan
- Masalah kesihatan seperti sakit kepala, badan lesu, obesiti, kencing manis, penyakit kardiovaskular dan lain-lain
- Penurunan mood gembira (Dopamin)
- Mengurangkan keberkesanan vaksin

Menurut Apollo Hospitals, dalam satu kajian yang dijalankan pada 2018, banyak kes penangguhan tidur dilaporkan berlaku akibat tabiat seperti burung hantu yang sanggup berjegil mata pada waktu malam selepas seharian bekerja.
Kegagalan mengawal diri juga berkait rapat dengan penangguhan waktu tidur kerana ia meningkatkan keinginan seseorang untuk tidak melelapkan mata sebaliknya memanjakan diri dengan aktiviti menarik sebagai contoh menonton K-Drama, pergi ke pusat karaoke, melayari platform e-dagang dan banyak lagi.
Sekadar info, 59.5% individu melengah-lengahkan masa di atas katil, manakala selebihnya menghabiskan masa menghantar teks, membuat panggilan video, atau menonton video di YouTube.
Langkah Pencegahan Tabiat Revenge Bedtime Procrastination
Namun usah risau, buat mereka yang terjebak dengan tabiat tersebut, terdapat beberapa langkah pencegahan yang anda boleh lakukan. Antaranya:
- Pastikan bilik sentiasa bersih
- Kekalkan suhu bilik yang nyaman agar selesa untuk tidur
- Matikan gajet dan elektronik bagi mengelakkan gangguan
- Minum banyak air untuk kekalkan hidrasi badan
- Jangan makan terlampau banyak sebelum tidur
- Jangan ambil alkohol, tembakau atau gula sebelum tidur
- Mendengar muzik instrumental yang lembut
- Melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar mudah terlelap pada waktu malam
- Pakai topeng mata
Sekiranya langkah-langkah di atas tidak berhasil, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan mendapatkan nasihat pakar.
Doktor mungkin akan merawat masalah tidur itu dengan mengesyorkan ubat seperti antihistamin iaitu diphenhydramine (Benadryl) dan benzodiazepin atau lorazepam (Ativan) iaitu alprazolam (Xanax).
Baca Artikel Berkaitan: Senarai Pekerjaan Yang Paling Kurang Tidur Dan Paling Cukup Tidur Menurut Kajian
Baca Artikel Berkaitan: Tabiat Tidur Lambat Boleh Datangkan 5 Kesan Buruk Ini. Jangan Pandang Enteng!
Baca Artikel Berkaitan: Dah Tidur 8 Jam Tapi Masih ‘Barai’? Mungkin Ini Penyebabnya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.