Now Reading
[Video] Jangan Makan Tengah Malam! Ini Risiko Melantak Durian Kepada Saraf Anda

[Video] Jangan Makan Tengah Malam! Ini Risiko Melantak Durian Kepada Saraf Anda

Jelas doktor perubatan Dr Nik Ariff, antara perkara yang selalu dilalui pesakitnya selepas makan durian adalah rasa kebas pada bahagian anggota badan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang anda tahu, musim durian dah pun kembali! Buat ‘hantu’ durian dekat luar sana, waktu inilah boleh mula hunting buah kegemaran ramai tu. Kalau anda perasan, ramai juga peniaga yang memberikan promosi kaw-kaw untuk jualan durian kali ini.

Nak jenis apa IOI? Musang King? Blackthorn? Sebut sahaja, confirm ada. Pun begitu, dalam masa orang ramai teruja menjamah durian, segelintir individu pula mengalami rasa sakit atau ketidakselesaan pada perut selepas menikmati raja buah itu.

Baca Artikel Berkaitan: Selain Blackthorn & Musang King, Ini Antara Durian ‘Underrated’ Yang Korang Patut Cuba!

Baca Artikel Berkaitan:Peniaga Tawar Musang King Percuma Buat Ibu Hamil Hingga Feb 2026 Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 7 Pantang Larang Lepas Makan Durian, Jangan Ambil Mudah

Punca-punca Sakit Saraf Selepas Makan Durian

Baru-baru ini, tular di laman TikTok apabila seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr Nik Ariff berkongsi antara masalah yang selalu dilalui oleh individu selepas menjamah durian. Menurutnya, antara aduan diterima daripada kebanyakan pesakit adalah sakit saraf.

“Musim durian je ramai mengadu kebas tangan dan kaki, sakit mencucuk macam sakit saraf,” katanya.

Berikut antara punca-punca mengapa ramai mengalami keadaan itu:

#1 Kandungan Gula Dalam Durian

Punca yang pertama adalah kandungan gula di dalam durian adalah tinggi berbanding buah-buahan lain. Menurut Dr Nik, indeks glisemik (GI) juga adalah tinggi.

Lonjakan gula secara mendadak boleh menyebabkan iritasi saraf terutama sekali kepada individu yang menghidap pra diabetes dan diabetes.

“Saraf yang sensitif akan beri kesan kebas, mencucuk dan berdenyut,” jelas doktor itu.

#2 Respon Keradangan Badan

Dr Nik berkata, pengambilan durian yang berlebihan boleh mencetuskan proses radang sistemik iaitu ia akan menekan bahagian saraf, memburukkkan serta merosakkan lagi penyakit saraf sedia ada.

Ia kemudiannya mengakibatkan sakit saraf yang dialami seseorang itu lebih ketara.

Sumber: Pexels

#3 Aliran Darah Terjejas

Faktor seterusnya yang mungkin ramai tidak tahu adalah gangguan pada saluran darah. Kandungan gula tinggi yang dijelaskan sebentar tadi boleh membuatkan aliran darah mikro seseorang menurun.

Oleh disebabkan saraf mendapat oksigen ataupun nutrien yang kurang, simptom saraf yang biasa akan lebih mudah berlaku. Antara tanda-tandanya adalah seperti berikut:

  • Kebas
  • Badan rasa panas
  • Badan rasa tercucuk
Sumber: Pexels

#4 Penyakit Sedia Ada & Ubat-ubatan

Individu yang mengalami penyakit seperti kencing manis, kolestrol, darah tinggi dan buah pinggang juga senang diserang sakit saraf sekiranya makan buah durian secara berlebihan.

Dalam sesetengah kes, pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit tersebut mampu meningkatkan sakit di bahagian saraf.

@drnikariff Musim durian bukan sekadar panas badan. Ramai tak sedar sugar spike dan proses radang boleh cetuskan sakit saraf, kebas dan rasa mencucuk terutama jika ada diabetes atau prediabetes #durian #sakitsaraf #kebastangan ♬ Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策

Tonton video penuh [DI SINI].

#5 Waktu Makan Tidak Sesuai

Punca sakit saraf yang terakhir adalah pengambilan durian yang terlampau banyak dan waktu yang tidak sesuai.

“Masalah utama bukan durian, tapi makan lewat malam, ataupun digabungkan dengan air manis atau alkohol. Semua ni meningkatkan tekanan metabolisme ke atas saraf,” ujarnya.

Sakit Dada Selepas Makan Durian Tengah Malam?

Menurut perkongsian Pakar Nutrisi Dr Hafiz Sulaiman, segelintir individu akan sakit dada selepas makan durian pada waktu tengah malam akibat gabungan karbohidrat, gula, serat dan lemak tinggi yang sukar dihadam.

“Sulfur tinggi pun risiko hasilkan gas. Waktu malam, sistem penghadaman yang dah mula ‘slow’ terpaksa kerja lebih. Bila tak hadam, kuman akan tapai dan hasilkan angin, rasa perut penuh, dan kadangkala asid naik ke dada. Kalau dah baring lepas makan, makinlah senang refluks berlaku,” kata Dr Hafiz.

Cara Elak Kena Serangan Sakit Saraf Ketika Makan Durian

Namun usah risau, kunci utama bagi masalah ini adalah mengehadkan kuantiti durian yang diambil. Boleh layan rasa mengidam, tetapi jalan terlampau ikut nafsu ya!

Ini apa yang anda boleh buat bagi mengelak atau mengurangkan rasa sakit saraf selepas makan durian:

  • Hadkan 1-2 ulas durian sahaja sekali makan
  • Elakkan makan lewat malam
  • Minum air kosong mencukupi selepas makan durian
  • Periksa kandungan gula dan saraf dengan doktor sekiranya rasa kebas berpanjangan

Baca Artikel Berkaitan:Pelanggan Wanita Bantu Pelancong China Nak Beli Durian Guna Bahasa Mandarin Buat Ramai Kagum [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Single Dapat Free” – Peniaga Bagi Durian Percuma Kepada Pelanggan Tiada Pasangan Jadi Perhatian [Video

Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Kelebihan Jika Anda Makan Durian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd